kutwo181.blogspot.com Headline Animator

05 January, 2011

Adakah Sayuran Tempatan Selamat?

Adakah Sayuran Tempatan Selamat?


Kebimbangan yang semakin meningkat di kalangan para pengguna di dalam dan luar negara mengenai tahap keselamatan sayur-sayuran yang dikeluarkan di Sabah. Pengimport sayur-sayuran semakin berhati-hati untuk membeli sayur-sayuran yang dikeluarkan di negeri ini. Adakah keprihatinan ini berasas?

Sayur-sayuran yang mengandungi tahap sisa racun serangga yang tinggi terbukti dalam statistik yang diperolehi. Pada tahun 1999, empat pengeksport sayur dari Sabah telah didapati mengeksport sayur-sayuran yang melebihi Paras Sisa Maksimum (MRL) (Sumber: FAMA). Cawangan Penyelidikan Jabatan Pertanian Sarawak juga telah mendapati bahawa 10.4% daripada sayur-sayuran yang diimport dari Sabah didapati melebihi MRL pada tahun 1998. Tahap MRL yang tinggi didapati dalam 75% daripada keseluruhan sampel daun celery China, 50% chai sim (sawi bunga), 40% cili (capsicum), 20% terung, 25%       bayam       (spinach) dan    15.6%   kobis   China.

Statistik tahun 1998 daripada Jabatan Kesihatan juga mendapati kandungan racun serangga adalah melebihi MRL bagi sayur minyak, sawi pahit, sawi bunga (Chai Sim), kacang wangi, bayam, sawi Taiwan, daun “Sadri”, cilli, bendi, daun ketumbar (Chinese celery) dan bayam putih.  Statistik daripada Jabatan  Perangkaan menunjukkan bahawa 21% daripada sayur-sayuran tanah rendah yang diambil sampel antara Januari hingga Mei 2000 mempunyai paras sisa racun serangga EBDC yang melebihi MRL, mengikut masing-masing.

Kesimpulannya : semua pemakanan yg kita ambil ada kandungan "racun" pada tahap berbahaya yg kita tak sedar...sebab itu juga ramai manusia yg jiwanya sentiasa negatif , cepat emosi , lekas naik darah , cepat putus asa , tidak berimpian , mental lemah , jiwa kacau , nafsu bergelora , dan lain-lain yg berpunca dari pemakanan..

Jadi mari kita berkongsi satu alat yg turun dari langit untuk dikongsi bersama masyarakat semoga kita kekal sejahtera walau pun kita tahu yg kita akan mati..


kata-kata anak orang asli bukit lanjan :
          "kalau nak , nak lah....kalau tak nak syudah..."
                                                                     kah..kah..kah..


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...