kutwo181.blogspot.com Headline Animator

07 February, 2011

sketsa kehidupan..

Salam perjuangan..
malam tadi aku pergi berjumpa dgn seorg sahabat yg dah lama tak ketemu..dah setahun perancangan dibuat..buat call,miscall,sms suma reply selepas sebulan..ada je masalah yg tak kena..walhal aku dgn dia dulu satu tempat kerja...asal aku keja dia ada , asal aku tido dia ada , lps habis waktu keje pasti jalan bersama..kalau kira dia ni kwn baik lah..
kebetulan smlm slps maghrib dapat satu sms dari dia..terus aku reply..dia kata kalau free jom aarr minum..kebetulan hari ni tak berniaga..katanya..itupun slps 3 jam baru dia reply balik...aku tak kisah sbb aku mmg kenal sikap dia ni..
aku ambik dia kt rumah..transport dia dah tak de..hanya sebuah lori..aku tak tanya pun..aku buat bodoh je..lagipun ambik dan hantar org ni mmg aku dah biasa..so tepat 11.40 mlm aku sampai kt satu tepi jalan ambik dia..dia tak bagi pun ambik dia kt umah..aku pun tak tau pasal apa..
last kami pot kt sebuah restoran 24h..order teh ais 2 air suam 2..minum je cukup sbb semua dah kenyang..jadi kami mula berborak..
kwn aku ni dah 2 tahun berenti kerja ambik vss 2009..dapat lah 70k masa dia berenti dulu..sekarang menjadi seorang  peniaga pasar malam..kwn aku ni sebenarnya mewarisi perniagaan yg dibuat oleh arwah ayah dan ibunya yg dah tak mampu untuk teruskan berniaga..dia berniaga buah-buahan..
sedihnya selepas bermula slps berenti kerja pendapatan langsung tak mnetu..ada sahaja musibah @ ujian yg bertimpa-timpa tuhan bagi..itu tak jadi..ini tak jadi..barang tak laku..banyak buah kena buang..dan bermcm-mcm lagi yg boleh disebut "musibah"..
aku hanya mendengar dan sekali terkeluar dari mulut aku ini lah "kifarah"..maksudnya masa untuk membayar segala dosa...dia tersentak!!...tak tanya pun kenapa aku boleh cakap mcm tu..aku pun tak tau knp sampai begitu serius dia mendengar apa yg aku cakap..kwn aku ni dulu fizikal dia besar..perot buncit..kencing manis,darah tinggi semua ada..mlm ni yg aku jumpa dia aku tengok dia byk berubah dari fizikal..tubuh dia kurus..berat yg biasa slm 105-110kg turun sampai 69kg..bayangkan..aku bertanya kenapa kau jadi mcm ni..? jawapan yg diberi sangat menyentuh hati aku yg brutal ni..dia cakap.."ini lah yg tuhan bagi atas ego aku kepada ibu aku".."aku sendakan mak aku".."aku kata mcm-mcm dgn mak aku".."aku bg mak aku makan dgn duit yg tak baik"..tu lah yg dia bgtau aku..aku sebak dgr citer dia..
ujian demi ujian sampai...rumah lama tak boleh nak disewakan..dulu duduk rumah besar sekarang mcm pendatang..( anak 6 org )..berat badan susut..terbaru anaknya si angah patah kaki selepas sebulan baru tahu yg kakinya patah..si alang jatuh motosikal habis sebelah badan luka..kereta hampir ditarik..selepas tu terbakar di tepi highway..berniaga buah tiada untung hampir 2 tahun..salah seorang anaknya hampir tidak ditimpa TV 29'' yg jatuh dirumah lalu meletop sampai satu taman perumahan datang...dan bermacam-macam lagi musibah yg Tuhan bagi "direct"..
aku cuma dengar dan sedikit aku beritahu inilah "kifarah"..aku cakap kita dulu memang mewah..duit tak jadi masalah..kita tau duit tu dtg dari mana..kita dah campur adukkan..hati kita kotor..anak bini semua rasa sekali..bila hati kotor kita biadap pulak dgn ibu kita..inilah yg kita dapat..kita harus bayar..
aku cakap lagi..selagi ada ujian ini itu tanda Allah sayangkan kita..Sebenarnya Allah dekat dgn kita cuma kita shj yg jahil jauhkan diri dari DIA..aku pun belajar..aku pun menghadapi perkara yg tak jauh beza..kita harus sabar,tabah dan insaf..lebih2 lagi dgn ibu yg lahirkan kita..
biarlah kita hebat kaya mcm mana pun kalau Ibu tak pandang kita hebat hidup ini serupa mayat @ tiada berkat..itu memang jgn kita ambil ringan...
aku pun tak tahu apa yg Allah bg aku daya untuk aku bercakap dgn seorang yg senior dari aku mengenai kehidupan..aku insan biasa yg tak pernah dari kesilapan..cuma aku cuba menjadi yg terbaik..insyaAllah..
jam hampir pukul 4 pagi..jadi aku hantar dia balik kerumah..tak sangka dia ajak aku dtg lihat sendiri keadaan dlm rumah dia..SubhanAllah..memang sebak aku lihat..tapi aku kawal emosi agar aku kuat..aku lihat anaknya terbaring diruang tamu sambil berkain pelekat..kakinya patah dan baru 2 minggu keluar hospital selepas operation..keadaan rumah tunggang langgang..TV dulu 29'' kini jadi 15'' , sangat sempit untuk 8 anak beranak duduk..aku hiba dlm hati..aku teringat aku dulu pun serupa..rumah jadi sarang ular..tempat monyet bermain..air minum aku air perigi..aahhh...
anak-anaknya yg lain dah tentu tidor sbb esok hari pertama bersekolah selepas tahun baru cina..habis rokok sebtg aku pun mintak diri..aku cakap dgn kawan aku.."kita mesti yakin kita akan kembali gembira satu hari nanti..asalkan kita sabar,berusaha dan terus merintih/berdoa".."kita kuat,kita boleh..kalau kita tak kuat dah lama kita melarat.."..."ujian ini cuma sementara..".."b'mana pun keadaan kau,kau tetap kwn aku dunia akhirat"..
wassalam...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...