Salam dan selamat kita menyambut Hari Raya Aidiladha @ Hari Raya Korban 1431H...Buat rakan-rakan , sahabat handai ,rakan seperjuangan aku ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Korban serta MAaf Zahir dan Batin..
Jom kita muhasabah diri supaya kita menjadi insan yg lebih merendah diri..hidup yg sementara ini mari kita penuhkan dgn perkara-perkara yg banyak memberi manfaat kpd diri kita juga kepada orang lain..Selari dgn konsep Jaya dan menjayakan org lain maka mari kita hitung berapa pengorbanan yg telah kita buat hingga ke saat ini berbanding Nabi Junjungan kita serta para sahabat baginda untuk memperjuangankan agama Allah ini..
Cuba kita renung bgmana pengorbanan Nabi Ismail a.s , Nabi Ibrahim a.s...jika kita di tempat mereka bmanakah kita?..kuat kah kita.? yakinkah kita..?...B.mana pula Nabi Muhammad s.a.w dibaling batu , diherdik , diugut dan bermacam2 lagi jenis penghinaan dan cabaran yg baginda tempuh demi menyebarkan syiar Islam yg kini sedang dianuti kita dan ramai lagi masyarakat dunia....
Jadi aku ingatkan diri aku juga rakan2 semua..mari kita teruskan perjuangan ini...jauh lagi perjalanan yg harus kita tempuh..kejayaan yg kita miliki sekarang hanyalah permulaan...mari sama-sama kita terus menadah tangan tanda syukur kita kepadaNYA...
Selamat Hari Raya Aidiladha....