kutwo181.blogspot.com Headline Animator

18 December, 2010

Sehari di Hat Yai

Awal-awal pagi lagi aku telah dikejutkan dari tidur..berseorangan tidur di hotel Federal amat melenakan selepas habis program di Safira club semalam....aku bermalam seorang diri di hotel yg ber kos Rm80 satu malam...ok la tu...
Aku dikejutkan oleh CDM Ali kerana pagi ini ada sesi lawatan ke HatYai bersama 2 pemimpin hebat CDM Tini Dan CDM Din sekeluarga...Selepas mandi dan bersiap aku terus check out..Jam 9 pagi Van dah siap menanti di perkarangan hotel..didalamnya sedang menunggu CDM Din sekeluarga bersama anak-anak dan Che mat Noh...malu sendiri aku dibuatnya sbb org yg last...
Van yg membawa kami ke SIAM..
Kami singgah dulu di CIMB kangar utk withdraw sikit duit utk beli apa yg patut nanti di Hat Yai...Ngam pukul 10 pagi kami sampai di Imigresen Padang Besar..slps urusan cop pastport selesai kami teruskan perjalanan...
Sempadan..
Welcome to Thailand..
Setibanya di sempadan perut mula memberi isyarat..LAPOR!!!!...kami singgah di satu restoran di Padang Besar bahagian Siam..Nama restoran tu Husna Yala...restoran Muslim...kami bersarapan dgn menu "maggi sup"..sedap wooo..sup dia memang sedap...campur pulak Tapai pulut..dan pelbagai lagi juadah sebagai "alas perut"....
Husna-Nama  Tauke dia kot...

CDM Din & CDM Tini..
Che Mat Noh,CDM Ali & aku sedang menikmati...
Aduhai..memang power!!!!!
Aiman & Amira juga tidak ketinggalan..
Habis bersarapan kami semua teruskan perjalanan..mengikut kata CDM Ali kita akan singgah di pantai Samila  di Songkla..Disana ada replika "ikan Duyung" yg menjadi mitos bagi penduduk tempatan..Pantai Samila juga menjadi daya tarikan kepada pelancong asing untuk bermandi-manda..hampir 1 jam setengah juga perjalanan tersebut mengambil masa...hampir pukul 1 tengahari kami sampai..Waktu tempatan adalah 12 tengahari...tidak ramai pengunjung mungkin disebabkan hari bekerja....
Samila Beach..
CDM Tini bergambar dgn peniaga telur apa ntah...
CDM Din & CDM Tini bergambar dgn replika Ikan Duyung..
Tandanya aku dah sampai si Samila Beach..
Selepas bergambar dan pekena "Ice Cream" yg tersohor di Songkla kami pun terus berangkat untuk ke bandar Hat Yai...                                                                           
Ice Cream yg famous di Samila Beach....ada pulut,roti,Kacang,Jelly dan mcm2 lagi dlm Ice Cream...
Dalam perjalanan kami singgah bersenbahyang di Masjid Jamik Songkla..Masjid yg didirikan hasil penat lelah Muslim disana..difahamkan Masjid ini dibina diatas duit kutipan derma ikhlas bukan sahaja di Thailand tetapi juga dari rakyat Malaysia kita...Masjid ini seperti berkonsepkan Taj Mahal di India...
Gambaran Masjid yg siap sepenuhnya...
Ruang Utama solat di tingkat 2
Pemandangan luar dari pintu utama Masjid
Bertapa besar impian muslim di sini untuk mendirikan sebuah Masjid yg besar disebuah negara yg bukan Islam....Alhamdullilah...
Sesudah bersolat Jamak di Masjid ini kami terus sahaja ke bandar Hat Yai...dalam pukul 3 ptg kami sampai di sebuah pasar di pusat bandar Hat Yai...Yang aku perhatikann ramai penjaja yg berniaga..macam-macam ada..memang sesak sedikit tempat ni..
Limau..
kedai yg menjual makanan laut...
Ikan Bilis ni sedap...pedasssss....
Perkakas dapur..
Hampir 40 minit je kami ronda-ronda..singkat masa sbb mlm ni pulak ada meeting di Taipan Perlis..Jadi terpaksa singkatkan jadual lawatan...next time kompem akan bermalam do Hat Yai...seberapa ketika perut beri isyarat lagi..LAPOR!!!!...sebelum berangkat pulang kami singgah di sebuat restoran milik rakyat tempatan..
Ni la nama dia..Tak tau nak sebut mcm mana...
Di pintu masuk restoran...Muslim Food
tengah tunggu makanan..
promosi..order je yg mana satu....
Russnanee Restoran..
Selesai makan kami pun berangkat pulang..Jam dah menunjukkan hampir 5 ptg....singkat waktu lawatan..tak puas rasanya kami melawat bandar Hat Yai....lain kali pasti akan ke sini lagi untuk bercuti bersama keluarga.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...