PANDUAN HUKUM YANG BERKAIT DENGAN MULTILEVEL MARKETING(MLM)
Mu'amalah
Islam bersifat umum dan merangkumi Conventional Marketing (pemasaran
konvensioan) dan juga MLM. Keumuman mu”amalat Islam ini berkisar pada
perkara2 asas , yakni BEBAS dari unsur-unsur spt:
a. riba (interest/bunga)
b. gharar (tipuan)
c. dharar (mendatangkan bahaya)
d. jahalah (kesamaran)
e. dzulm (merugikan hak orang lain)
f. barangan/servisnya halal
–rujukan alhafidz alSyawkani, Irsyaad alFuhul/ 286)
MLM di Malaysia bermula pada 80”an dan sekarang
ia bergabung di bawah payung DSAM (Direct Selling Association 0f
Malaysia/Persatuan Jualan langsung Malaysia) dengan 66 syarikat MLM yg
dipantau oleh kementerian HEP dan Perdagangan dalam negeri yg
mengeluarkan lesen AJL. Pada statistik tahun 2003, MLM Malaysia
mencatatkan jualan RM 4 bilion dan lebih dari 3 juta orang Malaysia
terlibat dalam mu”amalat MLM (website DSAM).
Garis panduan MLM yang memenuhi mu”amalat Islami:
1. Barangan (produk) dan perkhidmatan (servis)
hendaklah halal dan diluluskan oleh Halal-Jakim dari segi kandungan
(ingredients), selamat diguna dan memberi manfa”at kepada pengguna.
2. Sistem Pemasaran MLM atau Marketing plan:
Selain dari produk barangan, MLM juga menawarkan
produk dalam bentuk perkhidmatan. Maka inilah datangnya komisyen,
bonus, imbuhan dalam tingkatan MLMnya kerana memberi upah dan ganjaran
kepada mereka yang memberi perkhidmatan dalam tahap2 pemasaran yg
ditawarkan oleh sistem MLM ini. Ini kerana stokis dan distributor
mendapat komisyen atau fee dari servis yang ditawarkan kepada
downliners. Ini dinamakan orang tengah dalam MLM yg sama juga dalam
sistem pemasaran konvensional yang ada pengedar, stokis, pemborong dan
peruncitan. Perjalanan barangan (produk) dari Pengilang hingga sampai
ke tangan pengguna, baik sistem marketing konvensional dan MLM, tidak
dapat tidak, akan ujud samsarah atau orang tengah dalam bentuk
pengedar, pemborong, stokis dan distributor.
Cth: Proton, pengilang kereta nasional Proton,
akan mengedarkan kereta proton hanya kepada dua pengedar sahaja, Proton
Edar dan EON. kedua2 pengedar sah ini akan kemudian melantik rangkaian
pengedar kereta proton di seluruh negara dan mereka semua akan
mengambil untung atas angin sebaik sahaja kereka keluar dari kilang
hingga sampai ke tangan pengguna.
Begitu juga MLM, sebaik sahaja barang keluar
dari kilang, maka rangkaian stokis, pengedar dan distributor akan
mendapat keuntungan atas angin kerana memberi khidmat perkhidmatan
pemasaran utk melancarkan perjalanan barang dari kilang hingga sampai
kpd pengguna.
Jadi samsarah/orang tengah ni ujud dalam
mana-mana sistem Pemasaran, baik konvensional atau MLM dan mereka
mengambil keuntungan atas angin kerana memberi servis dalam sistem
pemasaran.
Islam tidak melarang aktiviti pemasaran dan
perkhidmatan orang tengah atau samsarah dan mengenakan fee atau upah,
ini menurut fiqh Ibn Abbas (lihat Fiqh Sunnah sayyid sabiq)
Cuma Islam mengenakan syarat kepada orang
tengah (aktiviti samsarah) bahawa orang tengah harus jujur, telus,
ikhlas, tidak menipu downliners dan jika mereka melaksanakan aktiviti
pemasaran dengan baik dan jujur, maka mereka layak menerima komisyen
dan fee atau upah dari kerja2 orang tengah mereka. Islam hanya mencela
dan mengutuk orang tengah yg menghisap darah spt mana yg berlaku kpd
industri nelayan, padi, sayur, buah-buahan, di mana orang tengah
memainkan harga dan menipu orang yg bergantung penuh dalam industri
tsb.
Islam juga mahukan plan pemasaran MLM ini
telus, ada perjanjian yg jelas antara downliner dan distributor
mengenai formula imbuhan, bonus dan ganjaran.
Berikut adalah garispanduan dari IFANCA, USA (Islamic Food & Nutrition of
America, melalui jurucakapnya Dr Munir Chaudhry:
MLM yang syara”iy (menepati syarak) ialah:
1. Di lihat pada plan pemasarannya, jika ia MLM tulin, ia halal, jika
ia berunsur pyramiding (skim Piramid), maka ia haram. Skim piramid
ialah skim siapa masuk dulu akan untung dan mengurangkan hak mereka yg
masuk kemudian.
2. Dilihat kepada sejarah penubuhan syarikat MLM
itu. Jika ia mempunyai rekod sejarah perniagaan yg cemerlang, maka ia
MLM yg tulin. Jika ia syarikat MLM yang muncul mendadak dan penuh
misteri, maka ia hendaklah diawasi.
3. Produknya adalah halal dan bermanfa”at utk manusia
4. kekuatan MLM itu ialah kpd produknya yg unik dan bermutu bukan kepada
objektif jangkapendek utk mengumpul dana (modal)
5. MLM yg asli tidak menjanjikan kekayaan mendadak dan
memasang angan2 kpd ahlinya ke arah semua akan jadi jutawan. Ia melatih
ahli menjadi usahawan tulin dengan jalan yg panjang dan berliku.
6. Sistem pemasaran yg telus meliputi ketelusan
dalam penjualan, pembahagian bonus serta komisyen utk semua pihak baik
yang lama dan baru, yang ditingkat atas dan tingkat bawah skima MLM.
7. Penegasan objektif MLM tsb, bahawa ia
menumpukan perniagana teras kepada penjualan barangan dan perkhidmatan
bukan permainan wang (money game)
8. Produk yang ditawarkan itu adalah halal dan baik, bukan produk yg mendorong
kpd gaya hidup boros, dan mewah..
9. Harga barangan itu tidak terlalu tinggi
(ghubn fakhisy) bila berpindah dari kilang ke stokis , kpd distributor
dan kahirnya ke tangan pengguna yang terpaksa membayar dgn harga yg
melampaui batas..
10. Memupuk jiwa usahawan (entrepreneur) yg
sederhana bukan anggota MLM yang tamak, ingin cepat kaya, hedonis,
obses (melampaui) dalam memuja kerjaya MLMnya hingga lupa dan cuai akan
hidupnya sebagai seorang muslim dan melakukan pelbagai penipuan dan
manipulasi.
Penutup, itulah apa yg boleh kami sajikan buat
masa ini hinggalah Badan2 Fatwa seluruh Dunia mengeluarkan suatu
garispanduan yg lebih konkrit di masa depan dengan menganalisa impak
industri MLM dalam kehidupan kita sehari-hari. Buat masa ni, Islam
On-line misalnya masih bersikap terbuka dan positif terhadap MLM
asalkan mereka memenuhi apa yg digariskan di atas.