Kita sering takut/bimbang untuk memulakan sesuatu sebab kita selalu berfikiran apa yang kita ingin
mulakan itu sesuatu yang besar, susah dilakukan atau mungkin akan gagal.Kita selalu memandang rendah akan diri kita sendiri.
Kita takut berhadapan dengan apa yang akan terjadi nanti andai kata kita silap,
atau apa yang kita buat tak berhasil. Mungkin juga kita akan malu
berdepan sanak saudara jika apa yang kita usahakan lari dari
perancangan.Pemikiran yang sangat negatif.
Untuk melawan rasa takut,
mulakan tindakan dengan langkah yang kecil. Kejayaan besar bermula dengan langkah-langkah kecil, one little step at a time.
Dari setiap langkah, Anda belajar sedikit demi sedikit. Selepas itu,
pelajari perkara baru kemudian perbaiki apa yang dah dipelajari sebelum
ni. Lama kelamaan Anda akan semakin mahir lalu menjadi semakin konpiden.
Anda akan semakin optimis yang usaha Anda boleh berhasil.Bak kata perpatah "alah bisa tegal biasa" @ " practise make perfect "
Secara saikologinya, kita cukup bagus melakukan sesuatu apabila kita
melakukannya dalam jumlah yang kecil, difokuskan satu-persatu. Sejarah
Islam sendiri pun sering menceritakan , Nabi Muhammad s.a.w. dulu berdakwah secara
kecil-kecilan (diam-diam) sebelum Baginda berdakwah secara
besar-besaran (terbuka).
Kejayaan
Islam menjadi salah satu agama yang paling ramai
penganut di dunia hari ni bermula dengan langkah-langkah kecil dimulai
oleh seorang Rasul bernama Muhammad s.a.w.