kutwo181.blogspot.com Headline Animator

08 April, 2011

5 Langkah Meningkatkan Motivasi & Keyakinan Diri

1. Bina Matlamat yang Jelas
 

Seseorang yang tidak mempunyai matlamat hidup yang jelas akan seolah-seolah meniti kehidupannya dalam keadaan gelap yang tidak pasti akan ke mana sampainya.

Oleh kerana itu, binalah dengan jelas MATLAMAT atau apa juga yang anda ingin benar-benar capai atau miliki dalam kehidupan anda.


2. Bina Falsafah Kejayaan Hidup
 

Benteng semangat juang ialah moto atau falsafah hidup seseorang. Peribahasa atau kata-kata mutiara adalah contoh-contoh falsafah yang sudah teruji kebenarannya.


Oleh itu, binalah falsafah hidup sendiri agar anda dapat memotivasikan diri anda terutamanya tatkala anda memerlukan semangat atau dorongan yang kuat untuk terus hidup dan maju ke hadapan.

Contoh falsafah kejayaan:

"Untuk berjaya, saya mesti benar-benar serius, fokus, dedikasi, tekun  dan bersungguh-sungguh dalam perjuangan saya".


3. Bina Keyakinan Diri yang Tinggi
 
Salah satu sebab utama kenapa motivasi seseorang menjadi lemah ialah apabila timbulnya ketidakyakinan pada diri sendiri. Seseorang yang tidak yakin diri, biasanya akan kalah sebelumpun melakukan apa yang patut dilakukannya untuk mencapai kejayaan.
Agar anda lebih yakin dan berani, anda mestilah benar-benar tahu apa yang anda ingini serta membina / mempunyai strategi mencapainya. 
Yakinlah bahawa anda sebenarnya BOLEH. Katakanlah kepada diri anda berkali-kali, SAYA BOLEH!
4. Bina Pelan Tindakan yang Mantap
 

Setelah anda sudah membina matlamat-matlamat yang jelas dan mantap serta moto-moto hidup yang hebat, anda hendaklah merangka pula pelan tindakan yang mantap.

Pelan tindakan anda itu harus sentiasa bertindak sebagai rangka panduan, penguat fikiran serta rujukan anda dalam menangani apa juga cabaran yang anda hadapi dalam usaha anda mencapai kejayaan.

Oleh itu, agar anda lebih komited mencapai kejayaan, buatkanlah perancangan anda secara bertulis.

5. Fokuskan Tindakan dan Tenaga Anda
 

Seterusnya, fokuskanlah segala perhatian, tenaga dan usaha anda ke arah mencapai matlamat dan cita-cita anda itu.

Berusahalah dengan penuh ketekunan, dedikasi serta penuh kesungguhan. Lakukanlah tindakan-tindakan yang perlu anda laksanakan untuk mencapai apa juga matlamat yang telah anda tetapkan dengan penuh keyakinan.
Insya-Allah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...