Kajian menunjukkan mereka yang berjaya dalam hidup hampir
semuanya merupakan pendengar yang baik.
Terdapat dua sebab utama kenapa kita mesti menjadi pendengar yang baik.
Pertamanya kita mempelajari apa yang tidak ketahui hanya
setelah kita sanggup mendengar.
Kedua, manusia hanya
mengutamakan mereka yang menjadi pendengar yang baik.
Berikut adalah
langkah-langkah yang perlu diambil untuk kita menjadi pendengar
yang baik:
-
Dengar dengan teliti apa yang sedang diperkatakan.
-
Berikan tumpuan sepenuhnya.
-
Berikan 'eye-contact'. Lihat tepat kedalam anak matanya.
-
Anggukkan kepala sebagai tanda gerakbalas.
-
Ikuti perbualannya dengan berkata, "ya.... ya.. ok".
-
Cuba selami perasaan orang yang sedang bercakap dan hayati ceritanya.
-
Ubah mimik muka kita seiring dengan perkara yang dipertuturkan.
-
Elakkan dari mengkritik.
-
Jangan menyampuk dan memotong cerita yang belum selesai.
-
Susuli dengan soalan-soalan sebagai tanda yang kita memang mendengarnya dengan penuh minat.
-
Ulangi apa yang dibicarakan sebagai tanda kita faham atau untuk memastikan apa yang kita fahamkan itu betul.
Jom kita praktikkan kaedah ini sehingga ia
mula menjadi tabiat baru.
Satu hari nanti insyaAllah mereka disekeling kita mula mengutamakan kita.
Rakan-rakan mula menjadikan kita teman karibnya.
Orang bawahan kita mula menghormati kita sebagai ketua.
Begitulah berkuasanya bila kita mahu menjadi pendengar yang baik.
Satu hari nanti insyaAllah mereka disekeling kita mula mengutamakan kita.
Rakan-rakan mula menjadikan kita teman karibnya.
Orang bawahan kita mula menghormati kita sebagai ketua.
Begitulah berkuasanya bila kita mahu menjadi pendengar yang baik.