Berfikiran positif sepanjang masa memang akan menjadi amat mencabar
diperingkat permulaan. Anda akan bergelut dengan emosi sendiri dan
perasaan tak tentu arah, sama ada nak jaga hati orang atau nak jaga hati
sendiri. Anda akan keliru.
Sampai ke satu tahap, Anda akan mempersoalkan setiap satu tindakan
Anda, kerana ia akan kelihatan seperti membiarkan orang lain buat sesuka
hati pada Anda dan Anda pula tertahan-tahan nak membalas perbuatan
mereka itu, hanya kerana Anda jadi keliru lalu bingung.
Jadilah diri Anda sendiri. Usah terlalu mengikut orang. Kita boleh
mengikut orang, tapi kena sesuaikan supaya boleh diserap menjadi sesuatu
yang ngam dengan diri kita sendiri.
Nak mengekalkan sikap berfikiran positif, Anda kena jadi diri sendiri
sepenuhnya. Anda kena bersikap baik sepenuh masa, bercakap baik-baik,
bersangka yang baik-baik dan berkata yang baik-baik dalam hati Anda,
walaupun suasana di luar nampak buruk. Always look to the bright side of
your life!
Saya Suka Kebaikan dan Saya Mesti Berfikiran Baik!
Sikap suka bersangka baik akan mengubah suasana menjadi baik. Sikap
bersangka buruk akan mengubah suasana menjadi buruk, berterusan menjadi
bertambah buruk jika Anda kekal bersangka buruk. Orang-orang cemerlang
sentiasa bersangka baik sepanjang masa, sebab itu mereka cemerlang
sepanjang masa. Orang lain merasa agak sukar 'kejar' tahap mereka.
Berikut adalah tips dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan.
Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".
Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..
Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."
Jika bertemu dengan seorang yang jahil, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia jahil (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."
Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.
Tiga perkara lazim yang sukar dibuang oleh umatku : mengganggap sial, hasad dengki dan bersangka buruk" lalu seorang lelaki bertanya : "apakah yang boleh menghilangkannya wahai Rasulullah ?" Jawab Nabi : Jika kamu datang perasaan hasad dengki beristighfar lah kamu kepada Allah, apabila kamu bersangka buruk, janganlah kamu membenarkan sangkaan itu, dan apabila kamu menganggap sial belaku, abaikan dan jangan endahkannya" (At-Tabrani, no 3227, 3/228 ; Al-Haithami : Dhoif kerana perawi bernama Ismail Bin Qais)"
يَـٰٓأَيُّہَا
ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلظَّنِّ إِنَّ بَعۡضَ
ٱلظَّنِّ إِثۡمٌ۬ۖ وَلَا تَجَسَّسُواْ وَلَا يَغۡتَب بَّعۡضُكُم
بَعۡضًاۚ أَيُحِبُّ أَحَدُڪُمۡ أَن يَأۡڪُلَ لَحۡمَ أَخِيهِ مَيۡتً۬ا
فَكَرِهۡتُمُوهُۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَۚ إِنَّ ٱللَّهَ تَوَّابٌ۬
رَّحِيمٌ۬
"Wahai orang-orang yang
beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka
sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu
adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan
dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang
lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang
telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu
jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut)
dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat,
lagi Maha mengasihani"