kutwo181.blogspot.com Headline Animator

19 April, 2011

10 Tips kutwo..

Aku berjanji dengan diri sendiri bahawa tanpa mengira betapa susah sesuatu masalah yang aku hadapi dalam kehidupan , aku akan mencuba dengan sedaya upaya untuk membantu diri sendiri.

Aku mengakui bahawa usaha aku untuk membantu diri sendiri ini mungkin tidak berbuah kerana pemberian ganjaran yang wajar adalah di luar kawalan aku.

Keyakinan ialah kepercayaan yang tidak berbelah bagi.

Keyakinan diri pula ialah kepercayaan bahawa diri aku boleh mengendalikan kehidupan dengan baik serta segala cabaran yang dihadapi dengan jayanya

Aku cuba hayati 10 Tips Mewujudkan keyakinan diri;

01.Anggapkan diri aku yang diciptakan oleh Allah adalah sama seperti orang lain, tiada yang kurang dan tiada juga yang lebihnya.

02.Orang lain boleh buat, kenapa aku tidak boleh buat? Pedulikan apa orang nak kata tapi yang penting pelajari apa orang lain buat terlebih dahulu sebelum aku buat.

03.Apa kekurangan/kelemahan yang ada pada diri aku dan aku baikinya. Jangan biarkan ia terus berkekalan tanpa ada sebarang usaha.

04.Jangan takut-takut atau teragak-agak untuk melakukan sesuatu yang positif. Berani!

05.Elakkan perasaan malu yang tidak bertempat. Ketepikan! Tonjolkan diri!!!

06.Lakukan riadah yang ringan sebelum melakukan sesuatu pekerjaan, ianya sebagai warm up dan dapat mengaktifkan diri aku..

07. Kemas diri dan anggapkan diri aku adalah terbaik pada hari itu. Ya aku boleh!

08.Apabila berinteraksi pandang tepat pada muka dan mata orang yang kita sedang berinteraksi dan gunakan sedikit pergerakan tangan untuk menerangkan sesuatu. Jangan terlalu kaku.

09.Apabila memulakan sesuatu tugas jangan memikirkan tentang masalah, tetapi fikirkan tentang hasilan yang akan dapat selepas tugas tersebut.

10.Sentiasa peka terhadap waktu, jangan berlengah-lengah atau bertangguh dalam melaksanakan sesuatu tugas. Masa itu emas! Setiap waktu berharga.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...