JUMAAT penghulu segala hari..
hati terdetik utk berkongsi..
kalau tak bgtau pun semua dah reti..
khayalan ini utk aku sendiri.
bukan pandai nak di tunjukkan..
bukan kelakar nak dipersembahkan..
biar kita sesama mengingatkan..
dunia ini pasti kita tinggalkan..
aku manusia selalunya alpa..
kemewahan dunia yg jadi utama..
hingga terlupa amalan utk dibawa..
di alam akhirat yg kekal selamanya..
muhasabah diri menjadi kunci..
pahala dan dosa empunya diri..
termaktub dalam hati sanubari..
menjadi terbaik itulah isi..
usah kita berbangga durja..
hakikatnya itu siapalah kita..
abadi tidak datangkan sempurna..
jika bukan anugerah dariNYA..
*sekadar renungan utk kutwwo181...insaf..