1. Berlakunya hari kiamat.
Ya, Jumaat merupakan hari yang selalu
dikaitkan dengan berlakunya hari kiamat. Dalam suatu hadis riwayat
Muslim, Nabi SAW ada menyebut bahawa, “Pada hari Jumaat juga kiamat akan
berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu
daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”
2. Nabi Adam diciptakan dan dia juga disingkirkan dari syurga.
Hari Jumaat memang istimewa. Hari ini nabi Adam diciptakan, dan hari ini jugalah beliau diturunkan daripada syurga.
Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah
bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah
Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga
dia dikeluarkan dari syurga.”
3. Penghulu segala hari.
Saya suka sebut Jumaat ni special.
Kenapa ya? Jumaat ini adalah hari yang sangat-sangat istimewa kerana
agama kita sendiri yang meletakkan Jumaat itu ketua dan lebih sedikit
ganjarannya berbanding hari-hari yang lain.
Dalam suatu hadis Rasulullah SAW yang
diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai
‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”
4. Selamat dari fitnah kubur bagi yang mati pada hari Jumaat.
Menurut Nabi SAW, “Tidak seorang muslim
yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan
Allah daripada fitnah kubur.”
Jadi, sama-samalah kita berdoa moga-moga Allah memilih kita di kalangan manusia-manusia yang diberikan kelebihan oleh Allah ini.
5. Kebaikan dengan memotong kuku.
Peliharalah kebersihan anda. Kalau
boleh, Jumaat ni bagi lebih-lebih lagi. Mana yang dah lama tak potong
rambut, maka potonglah. Kasi kemas. Kalau kuku dah rasa mula nak
panjang, hah potonglah.
Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang
memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada
penyakit dan memberikannya keselamatan.”
6. Makbulnya doa di antara dua khutbah.
Yang ini pun kita dah selalu dengar.
Daripada zaman sekolah lagi mungkin ramai yang telah diberitahu akan
perkara ini. Baca doa ketika imam sedang duduk antara dua khutbah
selalunya makbul doanya tu. Ya, kan?
Banyak ulamak yang berpendapat bahawa
makbulnya doa yang dibaca di antara dua khutbah, iaitu ketika imam
sedang duduk antara khutbah pertama dan khutbah kedua.
Ini berdasarkan hadis daripada Abu
Hurairah yang bermaksud, “Pada hari Jumaat ada satu saat yang bertepatan
dengan orang Islam ketika dia sedang sembahyang, di mana tatkala ia
berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.” Dan rasulullah menunjukkan
isyarat tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja waktu itu.
Abi burdah bin Abi al-Amusa al-Asy’ari
r.a berkata bahawa beliau pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar r.a
pernah mendengar bahawa Rasulullah pernah menjelaskan bahawa waktu yang
paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar
sehingga solat selesai didirikan.
"selamat beramal.."..