kutwo181.blogspot.com Headline Animator

06 April, 2011

Petua mencuci Hati - Dr Haji Fadzilah Kamsah

  1. Dirikan solat dan banyakkan berdoa - ini adalah salah sati kaedah yang sungguh berkesan. Semasa bedoa turut katakana "Ya Allah jadikan hatiku bersih".
  2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 kali sebelum tidur - ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, minda tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetus semua perkara kebaikan.
  3. Solat taubat - selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
  4. Membaca AlQuran - selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-Allah" sebanyak 3 kali.
  5. Bermaaf-maafan sesame kawan setiap hari - semasa meminta maaf perlu sebutkan.
  6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri,merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri.
  7. Program minda/cuci minda - paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata dan katakana di dalam hati "Ya Allah cuci minda aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, Berjaya, ceria, bersemangat, aktif,positif".Menurut kajian psaikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakam sepanjang tidur hingga keesokkan harinya.
  8. Berpuasa - sekiranya dalam puasa, terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.
  9. Cuba ingat tentang mati - sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa.
  10. Bersedekah amal jariah dalam kehidupan.
  11. Pesan pada orang supaya menjadi baik.
  12. Jaga makanan - jangan makan makanan yang kotor.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...