kutwo181.blogspot.com Headline Animator

26 April, 2011

al-kisah

pagi tadi aku bersarapan di warung..warung ni memang biasa aku singgah..ingat2 dah 9 tahun aku selalu jugak lah bertandang bila nak beli sarapan untuk keluarga..pagi ni aku teringin nak makan lontong..jadi sambil2 tunggu nak pergi farmasi aku singgah dulu..farmasi bukak dalam pukul 9..ni baru pukul 8.15pagi...nak pergi farmasi utk belikan ubat mak mertua yg sakit pinggang dah hampir sebulan..
jadi aku order lontong kesukaan jawa..sedap lontong kt sini..9 tahun lepas harga dia cuma rm1.80..sekarang dah rm3.00...itu pun biasa punya tanpa add-on telur puyuh ke..sambal sotong ke..telur rebus sebijik ke..kalau add-on duit pun add-on la..lagi aku order teh tarik kaw punya..lepas tu tapau lontong lagi 2 bungkus buat sarapan anak-anak di rumah...
aku duduk di satu sudut meja tanpa ada org disitu..mungkin hari bekerja org kurang sikit..kalau hari minggu santak kedai ni..roti canai mmg favorite la..satu baldi beso tu sampai kol 9 boleh habis bila kena hari minggu..
lepas selesai lontong aku belasah datang 2 org kakak @ sebaya dgn aku lah lebih kurang..mintak izin nak duduk semeja dgn aku..padahal banyak meja lain..sambik cucuh dunhill sebatang aku pun senyum lah sambil menjemput diorang duduk..
mula2nya diorang bercerita pasal anak sekolah..pasal duit belanja/pasal bekal makanan ke sekolah/pasal minum anak di sekolah dan bermacam-macam lagi..aku buat-buat dengar jer sambil melayan sms..lama-kelamaan diorang ada bercerita pasal nak cari duit lebih..nak berniaga..bila bab ni aku tengok diorang excited..nak cari pendapatan lebih..nak bukak restoran..nak bukak spa..nak melabur dalam dinar emas dan bermacam-macam lagi..paling syok ada sebut nama dato maznah...dato maznah ada cakap dlm rancangan television "paling penting dalam berniaga adalah promosi/pengiklanan..." produk nanti dulu...tu salah sorang dari kakak tu punya cakap..ada jugak diorang buat perbandingan antara org melayu dgn org cina berniaga..
fui !!! dlm kepala hotak aku diorang ni mmg minat bisnes..tapi takut gagal..!!!
diorang nak cari bisnes yg keluar modal kecik-kecik...kalau beso takut rugi...TAKUT DULU..
inilah satu sketsa diwarung kopi yg aku dapat pada pagi ni..berguna jugak utk aku...kesimpulannya ramai lagi org kita yg nak cari pendapatan sampingan..memang tiada jalan lain selain dari berniaga..cuma berniaga yg mcm mana????..perlu modal kecil @ besar ???..komitment selepas tu ???..keuntungan yg dapat ????...
kakak berdua ni tak de pun cakap pasal untung..maknanya semua org tahu berniaga PASTI untung...cuma berapa keuntungan tu tak diperjelaskan,tapi semua faham bahawasanya berniaga itu untung....
jadi pada aku, tiada berniaga yg mudah selain dr MLM...modal,masa terletak kpd kita..kita la yg menguruskan..memang nak cari org..sama jer kalau cakap nak cari pelanggan..apa berniaga tak guna pelanggan..itu asas berniaga dan semua org tahu...cuma ramai org melayu kita nak berniaga biar org cari kita..kita bukak kedai dan org dtg kedai kita..bunyinya senang..tapi fikir balik belanja yg dibuat untuk "menarik" org..tak seperti MLM..bukak mulut je..tu la iklan yg paling murah...pasal masa pulak terpulang kpd kita..tak perlu fix satu masa utk kita pergi berniga..terpulang..terpulang..terpulang..rajin usaha rajin la duit tu masuk dlm poket..jadi yg mana sedang berniaga MLM teruskan..rasailah nikmat berniaga ni..jgn give-up..sama gak kalau jual nasi lemak,kalau give-up bila duit nak masuk..??? betul tak???
jadi teruskan sehingga kita boleh menjadi JUTAWAN..!!!! MELAYU BOLEH !!...

jgn pandang serong..


woit..
jgn pandang serong..
pandang tegak-tegak..

kah.kah.kah..

*dah dia asyik menyerong..mcm mana nak menegak..???

kah.kah.kah
cilakoi....

masih tak diprofesionalkan..


woit...
bila tegang mesti keras..
bila keras mesti tegang..
sapa kasi keras sapa kasi tegang ????

kah.kah.kah..

woit..
walau pun lagenda..
masih jadi suruhan..
masih makan gaji...
masih tak diprofesionalkan..
biasa la..

kah.kah.kah..

adat : bila dah terkambus baru dikenang...

woit...mentalayu..
mentalayu selalu lupa..
sebab banyak makan kari kepala ikan..
 
mentalayu congkak..
mentalayu batu seremban..
mentalayu konda-kondi..
mentalayu teng-teng...

kah.kah.kah...

Loktor Plosionat...



woit...
nak buat mcm mana ????
no money no talk la bro !!!
cari farmasi..cari guardian..cari bomoh melayu la..

caj lama dah 10 tahun..
dunia dah berubah..
duit doktor tak berubah-rubah..
harga ubat dah berubah-rubah..

kenapa tak banding dgn UK..??
kenapa tak banding dgn Autralia ???
kenapa tak banding dgn USA..????

woit...loktor..!!!
kesihatan penting..
keduitan penting..
ni semua sbb loktor eeeeee laa....

kah.kah.kah..


7 Wonderful Qualities of a Leader

1) Leaders Have Good Communication Skills

2) Leaders Are People with Courage

3) Leaders Pay Attention to Details

4) Leaders are Problem Solvers

5) Leaders Build Relationships

6) The Leader as Team-Builder

7) The Leader as Visionary 

25 April, 2011

Rakan blogger...



woit..
blogger.blogger.blogger sakalian..

kutwo181 ada dlm gambo tu...cuba teka yg mana ???

kah.kah.kah

datanglah kalau BERANI..???




woit..

datanglah kalau BERANI..???

kah.kah.kah..

Asal ada yg MAU !!!

semalam BOP di USJ Taipan tetap berjalan seperti biasa..
tak kira apa yg berlaku...
berniaga tetap diteruskan..
apa sebab ???

ada lagi mereka yg MAHU dan
WAJIB dijayakan,dibantu,dibimbing..
itulah visi dan misi AT 181...

sapa MAHU......JOM!!!!
sapa tak MAHU......kami kasi MAU !!!!

1st time MC dlm BOP...DDM Norhayati Razali...GOOD !!

kata aluan oleh CDM Indawati...
ice breaker CDM Syed Huzair
tetamu seawal 10.30 pg....tahniah !!!!
sharing 1
sharing 2
sharing 3 from kuantan..
sharing 4
sharing 5
sharing 6
sharing 7 kah.kah.kah
bisnes strategi..CDM Hanim...
giler-giler punya bisnes...

mudah dan menguntungkan...
bersama syarikat dan Akademi yg membantu..

JOM kita share biz ni bersama manusia yg lain...
masih ramai lagi yg tak tahu...
masih ramai lagi yg mahu..

special thanks to..

CDM Ahmad Shahril & CDM Amran...
(sound engineer)

24 April, 2011

pilihanraya MLM...



kah.kah.kah

cilakoi...

Kami tak minum...

woit..
sapa tuduh ko minum arak..???
ko melayu ke??
kah.kah.kah..

kalau bukan melayu ..aiman pon tak kesah...
kah.kah.kah..

woit...
makcik tanah rancangan boleh la tipu..
wak seman tauke lintah boleh la tipu..
nyonya jual cencalok boleh la tipu..

kah.kah.kah...

inilah melayu tipu melayu...

60% dah eeelleekkk...


woit...60% ??????
sebelum STPM dah "hilang dara" untuk pompuan..
untuk laki-laki hilang apa ????
sepatutnya untuk laki-laki kena hilangkan...
sunat lagi sampai pendek..
kah.kah.kah..

inilah masalah budak-budak yg berkotek..
kat sekolah dah belajar SX18..
cikgu ajar teori..
teori-teori diorang tak pot...
mesti try amali maa....

ibu risau..
ayah risau..
cikgu risau..
sedara-mara risau..
mantalayu risau..

woit..melayu !!!
asyik nak beri bantuan..
bantuan kpd mangsa trauma..
bantuan tempat untuk pembuangan bayi..

bantuan2 mcm ni lagi melemakkan kaki romen..
kena tangkap bulih kaw tim..
bulih kehuluran keduitan..
asal tidak didedah kemaluan..
kah.kah.kah..

*kena ikut sunnah...baru selesai masalah..

berita hairan


woit..hayama ni putih...
ingatkan geng kajol..
kah.kah.kah..

berita hairan melaporkan..

*soalan : berita hairan ni melayu ke???
kah.kah.kah..

bengong kuasa 10...

kah.kah.kah..


23 April, 2011

Apa citer nih..???


Woit...
nak kah.kah.kah lebih-lebih pun takut haram..
sebab poco-poco kejap halal kejap haram...

kah.kah.kah..

tau tak poco-poco mana asalnya???

Berdasarkan perkataan "poco" dalam sesetengah kamus merujuk kepada sejenis tarian liar yang dilakukan ketika bersawai dirasuk oleh "semangat leluhur". Ini termasuk istilah Gila Poco ("Pocomania") menurut Encyclopædia Encarta , dan Encyclopædia Britannica 
Tarian Poco-poco mempunyai unsur salib ekoran langkah pergerakan ke kanan-kiri-depan-belakang. Tarian Poco-poco juga merupakan turutan langkah pergerakan dari kanan ke kiri dan belakang ke hadapan, (menyerupai salib).
 
kah.kah.kah..
lepas ni jgn bagi anak-anak main teng-teng..
jgn letak tanda + pada ambulan..
jgn letak tanda simpang empat +..
jgn letak tanda + dlm simbol matematik..

kah.kah.kah..

*senang je kalau ikut mufti sabak bernam..
 
haram kalau tarian ni bogel ramai-ramai..
haram kalau bergaul laki pompuan yg dah sunat..
haram untuk tujuan beronok-ronok..

kah.kah.kah..


yg ni tolong kasi komen sikit...
sepatutnya tajuk dia " konsert wonder girls haram jadah"..

kah.kah.kah..

22 April, 2011

kompius...

nak ke tak nak..?
tak nak ke nak..?
nak ke tak nak..?
tak nak ke nak..?
kah.kah.kah..

Aduyai Melayu...


woit..
semua gegar...!!!
semua tipu...
sapa tipu sapa???
melayu tipu melayu..
kah.kah.kah..

melayu risau masalah sosial..
melayu risau masalah maksiat..
melayu risau masalah akhlak..
melayu risau masalah anak luar nikah..
melayu risau masalah seks..
melayu risau masalah berhibur..

malayu risau masalah gegar..

woit...mentalayu yg tanggungjawab..
tak payah dok risau la..
waste to time je..

kah.kah.kah...

*soalan : ni masalah melayu ke @ melayu yg masalah..

kah.kah.kah...

6 Kelebihan Hari Jumaat

1. Berlakunya hari kiamat.

 Ya, Jumaat merupakan hari yang selalu dikaitkan dengan berlakunya hari kiamat. Dalam suatu hadis riwayat Muslim, Nabi SAW ada menyebut bahawa, “Pada hari Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”

 2. Nabi Adam diciptakan dan dia juga disingkirkan dari syurga.

 Hari Jumaat memang istimewa. Hari ini nabi Adam diciptakan, dan hari ini jugalah beliau diturunkan daripada syurga.
Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.”

 3. Penghulu segala hari.

 Saya suka sebut Jumaat ni special. Kenapa ya? Jumaat ini adalah hari yang sangat-sangat istimewa kerana agama kita sendiri yang meletakkan Jumaat itu ketua dan lebih sedikit ganjarannya berbanding hari-hari yang lain.
Dalam suatu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”

 4. Selamat dari fitnah kubur bagi yang mati pada hari Jumaat.

 Menurut Nabi SAW, “Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah  daripada fitnah kubur.”
Jadi, sama-samalah kita berdoa moga-moga Allah memilih kita di kalangan manusia-manusia yang diberikan kelebihan oleh Allah ini.

 5. Kebaikan dengan memotong kuku.

 Peliharalah kebersihan anda. Kalau boleh, Jumaat ni bagi lebih-lebih lagi. Mana yang dah lama tak potong rambut, maka potonglah. Kasi kemas. Kalau kuku dah rasa mula nak panjang, hah potonglah.
Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”

 6. Makbulnya doa di antara dua khutbah.

 Yang ini pun kita dah selalu dengar. Daripada zaman sekolah lagi mungkin ramai yang telah diberitahu akan perkara ini. Baca doa ketika imam sedang duduk antara dua khutbah selalunya makbul doanya tu. Ya, kan?

Banyak ulamak yang berpendapat bahawa makbulnya doa yang dibaca di antara dua khutbah, iaitu ketika imam sedang duduk antara khutbah pertama dan khutbah kedua.

Ini berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah yang bermaksud, “Pada hari Jumaat ada satu saat yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang sembahyang, di mana tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.” Dan rasulullah menunjukkan isyarat tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja waktu itu.

Abi burdah bin Abi al-Amusa al-Asy’ari r.a berkata bahawa beliau pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar r.a pernah mendengar bahawa Rasulullah pernah menjelaskan bahawa waktu yang paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai didirikan.


"selamat beramal.."..

21 April, 2011

Realiti Sebuah Kehidupan

Realiti Sebuah Kehidupan :  Kita Ialah Hamba Allah S.W.T

Memang realiti sebuah kehidupan iaitu kita adalah hamba tuhan. Tidak kira perkara yang kita lakukan semuanya dalam pengetahuan Allah S.W.T. Kesedihan, kegembiraan, kemarahan yang dirasai adalah liku-liku kehidupan yang menjadikan kehidupan kita penuh warna-warni.

Sedarkah kita yang kadang-kadang kita berusaha sedaya mungkin tetapi masih gagal merealisasikan cita-cita dan harapan. Kita bukannya tidak bekerja bersungguh-sungguh, malah telah mencuba yang terbaik untuk meningkatkan prestasi dibidang yang kita ceburi.

"Apakah pilihan kita?"

Jika kita berasa kecewa dengan apa yang kita miliki tentu kita akan terus beroleh kekecewaan. Perkara yang kita fikir itulah yang kita akan dapat. Lebih baik untuk kita muhasabah diri dan merenung hikmah yang tersembunyi disebalik perkara yang terjadi. Jika kita memilih untuk terus berusaha dan tidak membelakangkan Allah S.W.T, pastinya kita akan diberi laluan untuk berjaya kelak.

Pada masa yang sama, jangan lupa untuk mencari tempat untuk meluahkan perasaan. Manusia memerlukan manusia lain untuk hidup. Hiduplah bermasyarakat supaya di waktu kita susah, ada yang sudi membantu dan mahu berkongsi cerita. Orang yang mempunyai masalah dan tidak menjumpai tempat meluahkannya akan merasa bebanan, dia akan merasai kehidupan di dunia terlalu berat dan sarat dengan masalah. Perasaan ini jika tidak dikawal boleh menyebabkan berlakunya perkara-perkara yang tidak diduga. Justeru, untuk bangkit semula kita harus mencari teman dan rakan yang dipercayai dan akan bersama-sama melayari kehidupan dengan kita.

Saat Nabi Muhammad SAW. Hampir Wafat

Terdapat sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan RasulNya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Ketika itulah, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah:

"Wahai umatku, kita semua berada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasihNya. Maka taati dan bertakwalah kepadaNya. Ku wariskan dua perkara pada kalian, al-Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-samaku."

Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah saw. yang tenang dan penuh minat menatap sahabat-sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap baginda dengan mata yang berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.

"Rasulullah saw. akan meninggalkan kita semua,"keluh hati semua sahabat kala itu.
Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah saw. yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.

Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah saw. masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tetapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian dia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut.

Lalu, Rasulullah saw. menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

"Ketahuilah anakku, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikat maut," kata Rasulullah saw..

Fatimah menahan ledakan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri Rasulullah lalu Baginda menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasulullah dengan suara yang amat lemah.

"Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.

"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi.

"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"

"Jangan khuatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Ku haramkan syurga bagi sesiapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.

"Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat penghantar wahyu itu.

"Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.

Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu."

Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

"Ummatii, ummatii, ummatiii?" – "Umatku, umatku, umatku"

Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai dirinya sebagaimana Baginda mencintai kita?

Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi

Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.
Semoga kita hargai segala pengorban Rasulullah SAW

melayu bijak...

woit...
ini MLM ke??
aku malas la nak buat MLM ni..
nanti kena datang meeting..
balik lambat..
anak bini terbiar..
tak nak la aku..

kah.kah.kah...


"org luarbiasa suka buat apa yg org biasa tak suka buat"
paham???

kah.kah.kah..


bermula dengan "lihat & dengar"..
free je tak perluu bayar..
datang pun org lain ambik kt umah..

kah.kah.kah..


rupa2nya melayu dah lain..
melayu dah berubah...
ramai takut tak de duit..


tahniah melayu..
aku melayu..
aku tahu..
kau pun tahu...

kah.kah.kah..


yg ini bukan melayu..
melayu dah tak kena dah..
melayu dah bijak dah..

kah.kah.kah...

Iklim Dan Sikap Manusia

Tahukah anda salah satu keadaan yang mempengaruhi perangai manusia adalah iklim? Ia bukan sahaja mempengaruhi perangai dan sikap manusia tetapi juga mempengaruhi cara manusia berfikir dan bertindak.

Bagaimana ini boleh berlaku?

Di dunia, kita mempunyai pelbagai jenis iklim atau dengan kata lain cuaca dan musim. Di luar sana kedapatan kepelbagaian iklim seperti 4 musim, tundra, tropika dan panas. Bagaimanakah keadaan ini sangat mempengaruhi manusia?

Ia tidak memerlukan satu penerangan saintifik untuk memahaminya. Adakah mudah untuk memperoleh bekalan air ditengah-tengah padang pasir? Bayangkan seorang perantau yang merentasi padang pasir yang hanya berbekalkan sebotol air mineral, adakah perjalanan ia akan menjadi mudah? Bukankah kalau kehabisan air boleh menyebabkan perantau padang pasir menghadapi risiko maut?

Bagaimana pula di Malaysia, adakah kita risau jikalau hanya membawa sebotol air mineral ketika bermusafir? Andai tiada sebotol air pun di dalam kenderaan, kita langsung tidak pernah risau dan tertekan.Tidak pernah kita mendengar orang mati kehausan di Malaysia ketika bermusafir.

Tekanan Menjadikan Tiada Pilihan

Apakah pilihan yang ada bagi manusia yang tinggal di kawasan yang mempunyai iklim seperti tundra, panas dan 4 musim? Mereka tiada pilihan melainkan menyesuaikan diri dengan keadaan untuk meneruskan kehidupan.

Contohnya perubahan cuaca di iklim 4 musim yang berubah daripada musim panas ke musim sejuk. Musim sejuk kebiasaannya akan membawa masalah bekalan makanan. Jadi sudah menjadi kebiasaan setiap tahun bagi mereka yang duduk di iklim ini sentiasa bersedia untuk menyimpan makanan bagi persediaan musim sejuk. Andai mereka lalai, akibatnya mereka akan kelaparan dimusim sejuk.

Di padang pasir pula, apabila sudah menjadi persepsi asas bahawa air sukar diperolehi, maka orang sedia tahu bahawa mereka perlu sentiasa bersedia dengan bekalan air. Andai putus bekalan air dalam bermusafir, ia mungkin boleh menyebabkan maut. Orang yang tinggal di tundra sentiasa mempastikan mereka mempunyai pakaian yang sesuai dengan kesejukan. Hilang pakaian tebal, maka mereka akan menghadapi risiko kesejukan yang boleh menyebabkan kematian.

Tidak kurang juga mereka yang tinggal dinegara beriklim ini sering menghadapi bencana alam. Tidakkah anda melihat mereka tiada pilihan melainkan mencari jalan bagaimana membuat petempatan yang bersesuaian untuk menghadapi bencana-bencana seperti ini?

Tiada pilihan membawa manfaat

Apabila kita terlalu banyak pilihan, manusia biasanya banyak menghabiskan masa berfikir untuk memilih. Berbeza dengan mereka yang tiada pilihan, mereka akan menghabiskan masa dengan bertindak.

Inilah yang secara tidak langsung menjadi latihan semulajadi yang membentuk sikap seseorang mengikut keadaan iklim masing-masing. Orang dinegara 4 musim amat terbuka pemikiran mereka terhadap idea kehidupan. Ini adalah kerana idea yang bernas akan memudahkan kehidupan. Kerana itu orang putih kebanyakannya sangat terbuka pemikiran mereka. Ini kerana pada setiap perubahan musim, mereka perlu berbuat sesuatu sebagai persediaan.

Berbeza di iklim tropika seperti di Malaysia. Begitu ramai anak muda yang malas dan membuang masa. Mengapa? Kerana mereka tidak perlu risau kerana tiada perubahan musim seperti diluar negara. Cuaca di Malaysia tidak akan membuat mereka maut jikalau putus bekalan air. Andai kata tiada kerja sekalipun, mereka hanya perlu pergi ke rumah ibu ayah dan membuka tudung saji.

Bagi negara yang kerap ada bencana alam, rakyatnya sentiasa mempunyai inovasi untuk mencipta sesuatu bagi survival kehidupan. Rekabentuk dan kejuruteraan rumah contohnya bagi negara yang sering mempunyai gempa adalah berteknologi tinggi. Andai gempa berlaku setiap bulan, rumah mereka masih berdiri teguh dan tahan. Di Malaysia, tiada gempa sekalipun, bangunan sudah retak dan bocor. Malah ada yang roboh.

Jangan Takut Dengan Tekanan

Tekanan adalah perkara yang membebankan. Tiada siapa yang menyukai tekanan. Namun bagi mereka yang memahami, pasti akan menghargai tekanan setelah mengetahui tekanan itu membuat mereka tiada pilihan melainkan menyelesaikan masalah daripada tekanan tersebut.

Masalah adalah peluang. Ia adalah peluang untuk mempelajari bagaimana membuat penyelesaian. Apabila manusia sering lari dari masalah, maka bilakah masanya mereka akan belajar menyelesaikan masalah? Bilakah masanya mereka akan mematangkan diri jikalau sentiasa lari dari situasi ini?

Masalah akan tetap berlaku dalam hidup. Orang yang bersedia dan terus bertindak mempelajari menyelesaikan masalahnya akan mudah di kemudian hari. Ini adalah kerana masalah-masalah baru lebih mudah diselesaikan dengan pengalaman yang lalu. Berbeza daripada mereka yang suka lari dari masalah. Sekecil-kecil masalah boleh menjadi besar kepada mereka.

Hayati Kejadian Allah

Sesungguhnya Allah itu Maha Bijaksana. Dalam benak kita berfikir sukarnya mereka yang tinggal di iklim yang sulit. Tetapi pada mereka ia sudah menjadi kebiasaan. Kebiasaan itu secara tidak langsung mematangkan mereka dengan lebih pantas. Berbeza bagi penduduk tropika yang tiada tekanan dan tidak menghayati perkara ini. Allah memberi mereka kesulitan pada mata kasar tetapi Allah beri kelebihan peluang mematangkan diri dari masalah yang diberi. Mereka lebih berpeluang mencipta ilmu berbanding kita di Malaysia.

Kerana itulah pepatah orang lama berbunyi,'banyak berjalan luas pemandangan'. Kita pasti akan teruja melihat cara orang luar menyesuaikan diri dengan iklim dan mukabumi mereka. Orang Malaysia dan orang beriklim tropika harus bersyukur di atas pemberian tuhan ini kerana iklim dan cuaca di sini adalah satu anugerah yang diidamkan mereka yang tinggal di iklim yang memberi ancaman.

Mengapa Rasulullah bersabda 'tuntutlah ilmu walau ke negeri china'?. Mengapa tidak menuntut ilmu dengan orang cina? Hakikatnya, selain daripada bangsa cina itu sendiri yang mempunyai keunikan, hadith ini menggesa manusia bergerak keluar dari tempat sendiri meneroka budaya, cara hidup, kehidupan dan keadaan ditempat orang. Seandainya kita tidak berpeluang memperoleh rezeki untuk mengembara, tanyalah daripada mereka yang pernah merantau. Dapatkan perkongsian tentang apa yang ada di dunia luar sana.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...