kutwo181.blogspot.com Headline Animator

29 March, 2012

NURSE

hari ni berjumpa dengan seorang NURSE disebuah Hospital terkemuka di IBUKOTA..
bertugas sebagai pembantu perubatan
dah bekerja hampir 10 tahun..
OPSS!!! 8 tahun
sudah mendirikan rumahtangga
memiliki 2 cahayamata

sedih bercerita
tinggal lebih 50km dari tempat kerja
hari-hari berulangalik ke tempat kerja
seawal jam 6 pg dah tunggu bas untuk ke tempat kerja
itulah rutin harian
jam 7 @ 8 mlm baru sampai semula ke rumah

yang sedih lagi
semua wang gaji diserah kepada ALONG
akibat desakan/tekanan yang memerlukan wang segera
ALONG lah jalan paling mudah dan cepat
nak memohon pinjaman banyak karenah
tidak pun prosesan pinjaman akan mengambil masa yang lama
jadi terpaksa lah meminjam dgn ALONG
jumlah pinjaman rm3500.00
nampak sikit,tapi pada yang tak berduit..banyak ni..

yang sedih lagi
kad dan buku bank ALONG akan simpan
ini dah biasa
dah lumrah
dah syarat dan prosedur ALONG
mau tak mau????
tak mau lu boleh angkat kaki lorrrr...
begitu lah kehidupan NURSE selama setahun lebih ni
tiap-tiap bulan ALONG akan ambik rm300 dari duit gaji
rm300 hanya BUNGA!!!
kalau nak setel NURSE kena setel rm3500 seketul

dah setahun beb...
rm300 hanya untuk ALONG..

kasihan
sedih memang sedih
tapi kisah sebenar hanya NURSE yang tahu..

ini adalah antara suka duka dan liku-liku sebuah kehidupan
kita susah..tapi ada lagi yang susah
memang patut yang susah dibantu
membantu bukan sekadar menghulur rm..
bak pepatah
'jangan selalu bagi ikan'
'bagi dia cara b'mana menangkap ikan'

tq

19 March, 2012

~Nurse PPUM~..

berkenalan dengan seorang NURSE..
tubuh kecik..kurus..
sedikit macam peng kid..
tak kisah lah,asalkan boleh berbincang

tempat kerja di PPUM..Pusat Perubatan Universiti Malaya
dah 13 tahun bekerja
asalnya tiada kelulusan apa2..apply keje terus dapat sebagai pembantu Jururawat
rezeki kot..
sekarang beribu manusia mintak keje
ramai yang graduan kolej swasta @ Universiti

bertugas di DEWAN BEDAH..
soalan pertama
mula-mula keje tak takut ke dik?
takut la bang..selalu mc seminggu
kadang-kadang 2 minggu MC
tak boleh tengok doktor kerat sana kerat sini
kulit ni disiat-siat mcm daging lembu
banyak operate bahagian JANTUNG
ada yang sambung..yang tampal,yang pakai BATERI..hish banyak la bang..
yang potong KAKI,TANGAN..kemalangan
macam-macam la..NGERI bang..
belum campur BAU-BAUAN..
darah bang,bila lama sikit dia BUSUK..
tu yangg LOYA tu..sebulan tak habis..

yang paling ramai bedah ialah orang MELAYU..
bukan sebab banyak DUIT tapi SAKIT
semua sebab MAKANAN bang..
CINA jarang..INDIA ada jugak la
MELAYU???????
*statistik cari sendiri la..

soalan kedua
bila start ok dengan keadaan keje tu?
dalam setahun lepas tu ok dah bang
siat kulit nak tengok tulang selamber..
bedah dada tengok JANTUNG biasa..
operate ANGIN PASANG pun ada..
dah tak de apa la bang..
hari2 dah tengok..
dah tak rasa apa dah..
dah tak LOYA..tak de MC..
ok la bang..

mula-mula biasalah bang..lama-lama ok..

so?
samalah buat apa2 pun..
mula-mula je susah..lama-lama ok..
mula-mula terpaksa..lama-lama suka..
mula-mula malas..lama-lama buat gak..

17 March, 2012

Temubual Esklusif....

"Saya keje dgn Dato Bandar Bang"
Meeting semua saya ikut Dato..
Kadang-kadang Dato ajak minum kat Hotel..Dato belanje..
Dato ni memang ok la...

kahkahkah...

aku asyik mendengar SHARING seorang insan..
budak MUDA..hingus meleleh lagi
sedang syok bersosial
kerja dengan Dato Bandar..
kerja dengan Bandaraya...satu Bandaraya kenal sama dia..
satu bandaraya dia jaga..

woit..kahkahkah..

aku malas nak tanya..
aku pendengar yang baik..
banyak puji
tak nak MAKI
senyum sampai ke telinga
seronok buat-buat muka

hebatnye dik..untungnye dik
dapat keje dgn Dato..dapat belanje makan kt hotel
jadi orang rapat Dato Bandar tu..
hebatnye Dik...

kahkahkah..

woit..ni lah budak-budak
perjalanan masih jauh
kita nak share dia buat dekkk..
maklumlah keje dgn Dato woooo
tengah syok..tengah seronok..
jangan KACAU..
bisnes-bisnes x payah la..
duit-duit x payah la..
dah cukup..dah banyak..
aku bukan ada family pun..

kahkahkah..


temubual bersama kontrak sambilan MBSA..

10 March, 2012

BUKAN SEKADAR RENUNGAN...BACA!!!!


TAK SEMUA ORANG GAGAL
DAN 
TAK SEMUA ORANG AKAN BERJAYA

PILIHAN !!!!

PERATUS YANG SENGAJA INGIN GAGAL MEMANG SIFAR
KALAU ADA GOLONGAN MCM NI TERUK LA
HIDUP UNTUK GAGAL!!!!

TETAPI
PERATUS YANG INGIN BERJAYA MEMANG TINGGI
BERJAYA NI PULAK SUBJEKTIF
ADA YANG INGIN BERJAYA DLM PEPERIKSAAN
ADA YANG INGIN BERJAYA DLM KERJAYA
ADA YANG INGIN BERJAYA LEBIH LUAR BIASA

YANG GAGAL HANYA SATU GOLONGAN
YANG BERJAYA BANYAK KATEGORI

BERJAYA PADA AKU ADALAH "MENIKMATI"
MENIKMATI KEHIDUPAN
TIADA KONGKONGAN
BEBAS !!!!
BEBAS BUAT PILIHAN..
BEBAS DALAM MENIKMATI MASA-MASA KEHIDUPAN..

TANGGUNGAN & TEKANAN HAMPIR SAMA
TAPI TAK SERUPA..

POSITIFNYA KEDUA-DUANYA BOLEH MEMBAWA
KITA KEPADA KEJAYAAN

KEJAYAAN YANG BAGAIMANA?

ITU ADALAH PILIHAN...

KERJAYA AKU ADALAH BERKONGSI PELUANG UNTUK SAMA-SAMA
BERJAYA MENIKMATI KEHIDUPAN..

RAMAI SALAH TANGGAPAN BAHAWA AKU MENINDAS..
HALLO..

FIKIR LAH SEBUTIR-BUTIR..
INI SEMUA SUDAH MENJADI BUDAYA..
BUDAYA YANG SUKAR DI UBAH..
BUDAYA BERTELAGAH

INILAH CABARAN AKU DAN KAWAN-KAWAN
KERANA NILA SETITIK ROSAK SUSU SEBELANGA

SANGAT SINONIM PERPATAH INI DENGAN BUDAYA BANGSA
MAKNANYA BUDAYA INI BUKAN BARU BERLAKU
DAH LAMA/SEDANG/DAN AKAN TERUS BERLAKU

JADI 
KAWAN SEPERJUANGAN,JANGAN KITA LETIH/PENAT/KECEWA
INI BERKAITAN DENGAN BUDAYA
KITA LAH YANG HARUS MENGUBAHNYA
KALAU TIDAK SIAPA LAGI????

TERUSKAN BERCERITA MENGENAI PELUANG
PELUANG YANG BOLEH MENGUBAH KEHIDUPAN

GAGAL ADALAH PERKARA UTAMA
PERKARA YANG MEMBAWA KEPADA KEBANGKITAN
UNTUK KITA SEMUA MERASAI

APA ITU NIKMAT KEHIDUPAN..

05 March, 2012

Macam-macam Perangai..

Ada yang penyabar
Ada yang penyayang
Ada yang suka merajuk
Ada yang suka berkawan
Ada yang suka tak melawan
Ada yang suka berpura-pura
Ada yang suka menipu/hipokrit
Ada yang bersemangat
Ada yang longlai
Ada yang berkobar-kobar
Ada yang malas
Ada yang rajin
Ada yang terbuka
Ada yang tertutup
Ada yang kecoh
Ada yang senyap
Ada yang buat tak tahu
Ada yang pura-pura tahu
Ada yang sengal
Ada yang tak faham-faham
Ada yang nampak ok
Ada yang tak nampak ko

macam-macam kan...woit kahkahkah...

ni tak habis lagi..banyak lagi..nak fikir ke???..tak payah la..buat je yang terbaik...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...