kutwo181.blogspot.com Headline Animator

08 February, 2011

aku tadika...

Rentetan dari perkongsian sahabatku semalam..aku pulang ke rumah dan bermuhasabah...
aku duduk dan renungkan sendiri apa yg menimpa aku selama ini..apabila duduk sendiri aku dapat tak banyak , sedikit mengimbau apa yg telah aku lakukan dari kecil hingga dewasa..
dari 6 tahun..
aku dulu memang dikategorikan anak nakal..dari sekolah tadika aku dah berbeza dari kanak-kanak lain..dahulu pada zaman 80-an sekolah tadika bermula dari jam 8 dan tamat pada jam 10..tetapi aku selalu pulang jam 5ptg..patutlah ibu selalu risau akan aku..tapi waktu itu aku tak kesah..
aku dibesarkan di dalam kem askar..ayah aku askar..jadi aku bercampur dgn anak2 askar..kami memang bercita-cita nak jadi askar krn waktu itu kami tak tau lawyer,doktor,jurutera dan apa-apalah..yg kami tahu berseronok..
pernah aku bermain "perang-perang"..ada 2 pihak sedang berperang..senjata aku hanya batu-batu dijalan..umpama melontarkan bom tangan aku melontar bagai tak mahu selagi mereka tak menyerah..dalam asyk menghumban batu ada suara tangisan..aku mula panik..alamak ni mesti teruk ni..sangka aku....memang betul sangkaan aku apabila aku lihat seorg musuh tapi kawan sebenarnya sedang dipapah oleh kawan yg lain dengan kepala dan mukanya berlumuran dgn darah...aku dimarahi oleh kawan-kawan...aku tak kisah itu semua..adat berperang..bukan main nyorok-nyorok tetapi apa yg bermain difikiran aku " mamposlah aku kali ni..mesti ayah marah dan pukul aku"..bila waktu malam selepas mengaji al-Quran memang tepat jangkaan aku..ayah mengamok bagai tak mau..aku disebatnya dgn tali pinggang askar yg berwarna hijau..habis birat-birat kaki badan aku..."aku perlu bayar atas apa yg aku dah buat"..ibu aku buat tak tau sbb dia tahu aku mesti diajar..ibu cakap dgnn aku , ayah kpd budak tadi ada dtg ke rumah memberitahu kejadian tersebut..patutlah..memang patut pun..
aku juga suka bermain dalam longkang..longkang dulu tak mcm longkang sekarang..longkang dulu banyak ikan..ikan keli,ikan haruan,ikan betok,ikan sepat...longkang sekarang sampah banyak,bayi pun banyak mansyaAllah...bermain dalam longkang pun mengalpakan..aku selalu bertiga..habis waktu sekolah tadika terus ke longkang...bukan nak ikan sangat tetapi saja kotorkan baju sekolah sbb kita anak jantan..jangan bersih2 sgt mcm org pompuan..fikiran kanak-kanak pada masa tu..
selalu balik dari main longkang memang ibu selalu berleter..tak cukup leter ayah tambah..zas sana zas sini..tapi aku tetap degil sbb aku memang degil..kesian ayah dan ibu...
satu hari aku balik dari sekolah aku syok bila sampai rumah.....aku nampak ada papan carom..tanya ibu sapa yg beli..?..ibu cakap ayah yg beli..lps ni jgn main longkang lagi pesan ibu...aku pun terus cakap ok...bila diingat teruk betul aku sampai mcm tu sekali..kalau nak diikut dulu..nak beli papan carom ni umpama beli sebuah television...lepas aku war2kan pd rakan2 rumah aku jadi tumpuan..tak menang tangan dibuatnya..setiap saat penuh dgn kawan2...rimas pulak ibu aku tengok...tak sampai 2 bulan papan carom jahanam...aku pun dah boring main....
selepas tu kami main lastik burung pulak..fuh mcm2 bentuk lastik buatan sendiri tercipta..banyak betul idea masa kanak-kanak..bukan mcm sekarang lastik kt maidin pun ada..burung yg selalu jadi sasaran ialah "burung kelicap"..kecik je burung ni..besar lagi kotak rokok..sebenarnya kami cabar diri masing-masing..nak lastik burung kecik lah..yg besar senang kena..burung kelicap ni suka main di pokok ubi..pokok ubi tak lah tinggi..itu yg sedap tu..kadangkala kalau kena batu lastik , burung tu tak de kepala,tak de kaki,perut pecah..ish kejamnya aku kalau difikirkan sekarang...tapi apa nak buat dulu kecik2 memang seronok...aku berenti main lastik lepas seorang pak cik tu dtg rumah marah ibu aku..pakcik tu dtg dgn bibirnya berdarah terkena batu lastik..dia tak tahu siapa yg buat tapi dia tahu aku yg main lastik..ibu tahu ok lagi..lepas ayah tahu jahanam aku....
tu sedikit imbauan waktu aku kecil..kalau nak kasi habis banyak wooo...

bakal bersambung..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...