-
Jumlah pelaburan yang rendah – Kebanyakan syarikat MLM hanya mengenakan caj yang nominal untuk menjadi ahli/pengedar iaitu di antara RM30 hingga RM100.
-
Risiko yang minimum – Bayaran sebagai ahli yang rendah tidak memberi risiko yang besar untuk memulakan perniagaan jika dibandingkan dengan jenis perniagaan lain seperti francais, kedai makan dan lain-lain yang memerlukan modal yang tinggi.
-
Sebagai pekerjaan sampingan – Apakah yang lebih baik daripada memulakan perniagaan secara sambilan selain dapat mengekalkan pekerjaan tetap anda?
-
Masa yang fleksibel – Perniagaan MLM dapat dijalankan pada bila-bila masa setiap hari mengikut pilihan anda sendiri.
-
Tidak memerlukan pengalaman atau taraf pendidikan yang khusus – Seseorang yang berpendidikan rendah dan tanpa pendidikan formal dalam pengurusan perniagaan juga mampu berjaya sebagai usahawan MLM.
-
Bekerja Dari rumah – Tidak memerlukan pejabat atau ruang iklan. Anda boleh mengendalikan perniagaan di rumah, malah di dalam kereta sekali pun.
-
Pembabitan keluarga - Jika anda mementingkan institusi keluarga, babitkan mereka bersama.
-
Tidak memerlukan pekerja tambahan – Anda tidak perlu risau untuk membayar upah pekerja atau berhadapan dengan masalah yang sering ditimbulkan oleh pekerja.
-
Berpotensi memperolehi pendapatan tanpa had – Sesiapa sahaja mampu mendapatkannya, jika mereka “benar-benar” inginkannya.
-
Kebebasan masa untuk menikmati pendapatan – Anda tidak perlu menunggu sehingga berpuluh tahun untuk mengecap kejayaan. Jika anda berusaha bersungguh-sungguh serta komited, anda pasti berjaya dalam masa yang singkat.
-
Kebebasan untuk berpindah – Anda tidak perlu bimbang lagi untuk mencari pekerjaan lain sekiranya anda perlu berpindah ke tempat lain. Bonus anda tetap dihantar di mana sahaja yang dikehendaki.
-
MLM berteraskan sistem latihan yang komprehensif – Sistem latihan yang merangkumi pembangunan diri, motivasi dan pelbagai konsep perniagaan lazimnya menjadi teras latihan yang akan diajar kepada pengedar-pengedar. Ini merupakan salah satu faedah pembangunan diri yang bakal diperolehi.
-
Hubungan persahabatan yang berkekalan – Anda akan mempunyai ikatan persahabatan yang berterusan mempunyai perkaitan dan matlamat perniagaan yang sama.
-
Percutian yang panjang, kerap, bila-bila masa sahaja – Perniagaan ini yang tidak memerlukan masa bertugas yang tetap membolehkan anda merencana percutian anda pada bila-bila masa sahaja tanpa perlu memohon cuti daripada majikan.
-
Tabung persaraan – Pendapatan lima angka dan perancangan kewangan yang bijak akan memastikan seseorang itu mempunyai simpanan yang mencukupi ketika waktu persaraan
