kutwo181.blogspot.com Headline Animator

08 April, 2011

Terapkan Fikiran Positif

Untuk mula menerapkan fikiran positif senang jer..Kita hanya perlu fokus pada nilai-nilai baik pada diri seseorang. Contoh la...kawan kita.

Kawan kita ni tabiat dia suka menyindir-nyindir dan selalu memandang rendah pada kita..biasalah kita ni , mesti ada rasa sakit hati, geram dan "menyampah" pada  kawan kita tu.

Kalau sekali sekala tak pe gak tapi berkali-kali...itu biasa la..

Semakin hari semakin kita geram pada dirinya. Lama kelamaan rasa geram tu "bersarang" dalam fikiran kita tanpa kita sedari.

Mengikut Law Of Attraction, apa yang selalu kita fikirkan, maka itulah yang akan terjadi pada kita. Pendek kata, kita adalah hasil dari apa yang kita fikirkan.

Kalau kita geram, maka lebih banyak situasi "geram" yang akan muncul.Betul tak ?? Jadi  macam mana nak buang rasa geram tu?

Tentu kita tak mahu situasi-situasi buruk yang tak diingini muncul tetiba dalam hidup kita hanya kerana melayan perasaan geram tu berhari-hari.

Tentu juga kita tak mahu apa yang dimaginasikan selama ini tak menjadi.

Jadi bagaimana nak buang? 

Pertama sekali, maafkan kawan kita tadi tu. Sanggup ???...kena sanggup kalau nak positif..

Maafkan apa yang dia dah buat pada kita, terima diri dia dah macam tu...

Lafazkan kemaafan itu sepenuh hati, seikhlas yang mungkin dan tiada satu pun rasa tak puas hati yang tinggal. Lafazkan dengan nada berbisik.

Kemudian, lupakan kesalahan-kesalahan dia yang dia dah pernah buat dengan kita dulu dan sekarang hingga yang akan datang.

Kalau boleh, jangan ingat walaupun sedikit. Kalau masih ada, lupakan cepat-cepat.

Selepas itu, lihat pada dirinya.

Cari nilai-nilai positif yang ada pada dirinya.


Mungkin dia seorang yang kelakar, sentiasa ceria, pandai mengambil hati orang lain, rajin, cekap bekerja, pandai berkomunikasi mahupun pandai menyesuaikan diri.

Tumpukan fikiran kita pada ciri-ciri ini.

Secara perlahan-lahan, puji dia kerana sifat dirinya mempunyai ciri-ciri ini. Bandingkan pula dengan diri kita..Nobody perfect maa.. Adakah kesemua ciri-ciri ini ada pada diri kita?

Selepas itu, terapkan niat kita mahu bersaing dengannya. Bersaing dengan dia dalam menerapkan nilai-nilai positif ni, kalau boleh biar kita kalahkan dia dan menjadi lebih baik daripada dia.

Kalau dia sakitkan hati kita lagi, ulang semula teknik  di atas tadi.

Lama-kelamaan kita akan jadi "immune"/"mangli"/"alah".. sebab apa yang dia buat tak berkesan pada kita bahkan kita merupakan pesaing utamanya dalam diam!

Ini juga mencakupi situasi-situasi dan orang lain disekitar kita. Kadangkala kita tidak berpuas hati, geram dan "menyampah" pada situasi tertentu yang berlaku diluar kawalan kita.

Cuba cari nilai positif dalam situasi tu dan belajar untuk lupakan situasi yang kita sakit hati sebelum ini, step by step.

Kesan daripada ini, kita akan menjadi orang yang sentiasa berfikiran positif dalam semua keadaan, berfikiran positif pada semua orang dan semua benda.

Dengan ini,mudah untuk kita menerapkan Law Of Attraction dalam hidup kita.

Tumpukan yang positif dan semua yang positif akan lebih mudah datang pada kita.

Semua yang kita mahukan dan semua yang kita inginkan, mudah untuk minda merealisasikannya.

Bahkan, Law Of Attraction lebih senang bekerja dengan orang yang sentiasa berfikiran positif.

Bukan hanya setakat "mahu" tetapi bayangkan ia dah ada sekarang, di depan mata.

Lihat diri kita sebagai seorang yang berfikiran positif, ceria dan bersemangat.

Gunakan teknik ini untuk menjadikan diri kita seorang yang positif hari ini juga.

Teloq pun Palsu...


adoi.adoi.adoi...
banyak benda dah palsu sekarang..
ingatkan VCD je palsu..
ingatkan duit je palsu..
TELUR AYAM PUN PALSU !!!
kah.kah.kah..
siapa yg mereka cipta telur ni..
harus dianugerah hadiah NOBEL...kah.kah.kah..
 
 
woit..pulau tikus ada tang negara mana ???
di saudi arabia ka ??
di everest ka ??
di congo stan ka ??
 kah.kah.kah ??
 
penang ja...alamak !!!!!
mampuih.mampuih.mampuih..
 
 Teloq atas nasi dalca ni teloq palsu ka ???
 
kah.kah.kah..

Wak Bun...


kah.kah.kah.kah..

7 Langkah Mencapai Matlamat

1. Kenalpasti Semua Keperluan & Keinginan Sejelas-jelasnya
Duduk dan tulis semua keperluan dan keinginan anda sepuas-puasnya. Tuliskan seberapa banyak keperluan-keperluan serta keinginan-keinginan atau cita-cita anda. Apabila jumlahnya menjangkau 50 hingga 100, suatu bentuk perasaan atau semangat pada diri anda akan timbul. Teruskan. Perasaan inilah yang akan membarai semangat anda untuk terus ke hadapan bagi mencapai kejayaan.  Insya-Allah.

2. Tuliskan Matlamat-Matlamat Anda
TULIS matlamat-matlamat atau cita-cita anda di atas sehelai kertas. Ini amat-amat penting kerana jika anda tidak tulis, ia hanya akan menjadi angan-angan sahaja. Salinkannya ke dalam Buku Matlamat anda. Ini juga penting kerana dengan berbuat demikian, ia akan menjadi perkara yang penting bagi anda. Dengan berbuat demikian juga, ia akan mula meresap ke dalam minda separa sedar anda. Apabila ini terjadi maka akan mula sebati dengan matlamat anda. Hasilnya anda tidak lagi merasa selesa selagi anda belum mencapai matlamat atau matlamat anda. Dalam keadaan demikian, sudah pasti anda ingin dapat mencapai matlamat atau cita-cita anda itu dengan segara dan sebaik mungkin.

3. Tetapkan Tempoh dan Bila Anda Akan Mencapai Matlamat / Cita-Cita  Anda
Kaji tahap atau kedudukan anda sekarang berbanding dengan apa yang anda inginkan. Kira dan tentukan berapa banyak masa yang anda perlukan untuk mencapai matlamat anda itu. TETAPKAN bila matlamat tersebut mesti anda capai.

4. Buat Perancangan
RANCANGKAN tindakan-tindakan anda. Senaraikan semua aktiviti mengikut susunan keutamaannya. Dengan cara begini anda akan lebih yakin berapa lama masanya anda harus akan mencapai matlamat atau cita-cita anda serta bila matlamat anda itu akan anda capai. Perbaiki senarai aktiviti anda dari semasa; optimumkannya, sempurnakannya.

5. Gambarkan Kejayaan Pada Minda Anda 
Letakkan suatu Studio Filem di minda anda! Bayangkan satu GAMBARAN MENTAL yang anda telah berjaya mencapainya. Buat imej minda yang jelas dan terang pada mata minda anda. Mainkan gambaran itu berulang-ulang – berkali-kali di fikiran anda. Ingatlah bahawa: "Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang." - Cecil B. DeMille.

Ingatlah juga kata Mahatma Gandhi: Seseorang itu adalah hasil dari fikirannya. Apa yang dia fikir, itulah yang dia akan menjadi".

6. Tangani Halangan
1) Kenalpastikan halangan-halangan yang perlu anda atasi.
2) Tumpukan kepada usaha mendapat bantuan; bantuan yang anda akan perlukan untuk mencapai matlamat anda - UPLine , Mentor dan Akademi

7. Baki 90% Adalah Usaha dan Keazaman Anda 
Sokong rancangan anda dengan KEAZAMAN (Resolve) dan SEMANGAT TIDAK MENGENAL PUTUS ASA (Persistence). Tekadkan semangat. Tumpukan kepada kejayaan. Fokuskan segala perhatian dan tenaga anda untuk mencapai segala matlamat anda pada waktu yang anda sendiri tetapkan. Bulatkan hati dan fikiran. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap sebarang cabaran. Lakukanlah tindakan-tindakan proaktif dan produktif.

Insya-Allah, dengan diiringi doa, keazaman, disiplin yang tinggi serta usaha gigih, anda akan mencapai apa juga matlamat atau cita-cita yang impikan.

5 Langkah Meningkatkan Motivasi & Keyakinan Diri

1. Bina Matlamat yang Jelas
 

Seseorang yang tidak mempunyai matlamat hidup yang jelas akan seolah-seolah meniti kehidupannya dalam keadaan gelap yang tidak pasti akan ke mana sampainya.

Oleh kerana itu, binalah dengan jelas MATLAMAT atau apa juga yang anda ingin benar-benar capai atau miliki dalam kehidupan anda.


2. Bina Falsafah Kejayaan Hidup
 

Benteng semangat juang ialah moto atau falsafah hidup seseorang. Peribahasa atau kata-kata mutiara adalah contoh-contoh falsafah yang sudah teruji kebenarannya.


Oleh itu, binalah falsafah hidup sendiri agar anda dapat memotivasikan diri anda terutamanya tatkala anda memerlukan semangat atau dorongan yang kuat untuk terus hidup dan maju ke hadapan.

Contoh falsafah kejayaan:

"Untuk berjaya, saya mesti benar-benar serius, fokus, dedikasi, tekun  dan bersungguh-sungguh dalam perjuangan saya".


3. Bina Keyakinan Diri yang Tinggi
 
Salah satu sebab utama kenapa motivasi seseorang menjadi lemah ialah apabila timbulnya ketidakyakinan pada diri sendiri. Seseorang yang tidak yakin diri, biasanya akan kalah sebelumpun melakukan apa yang patut dilakukannya untuk mencapai kejayaan.
Agar anda lebih yakin dan berani, anda mestilah benar-benar tahu apa yang anda ingini serta membina / mempunyai strategi mencapainya. 
Yakinlah bahawa anda sebenarnya BOLEH. Katakanlah kepada diri anda berkali-kali, SAYA BOLEH!
4. Bina Pelan Tindakan yang Mantap
 

Setelah anda sudah membina matlamat-matlamat yang jelas dan mantap serta moto-moto hidup yang hebat, anda hendaklah merangka pula pelan tindakan yang mantap.

Pelan tindakan anda itu harus sentiasa bertindak sebagai rangka panduan, penguat fikiran serta rujukan anda dalam menangani apa juga cabaran yang anda hadapi dalam usaha anda mencapai kejayaan.

Oleh itu, agar anda lebih komited mencapai kejayaan, buatkanlah perancangan anda secara bertulis.

5. Fokuskan Tindakan dan Tenaga Anda
 

Seterusnya, fokuskanlah segala perhatian, tenaga dan usaha anda ke arah mencapai matlamat dan cita-cita anda itu.

Berusahalah dengan penuh ketekunan, dedikasi serta penuh kesungguhan. Lakukanlah tindakan-tindakan yang perlu anda laksanakan untuk mencapai apa juga matlamat yang telah anda tetapkan dengan penuh keyakinan.
Insya-Allah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...