kutwo181.blogspot.com Headline Animator

24 December, 2010

Sumaat Malam..

Untuk semua warganegara Malaysia...
Pada malam ni tepat jam 9 di Wisma AT181,
USJ 9 Ballroom 2,


Majlis ilmu besar-besaran akan diadakan..
Masuk adalah percuma..tak kena bayor pun..
Datang beramai-ramai...
*dilarang membawa haiwan peliharaan...terima kasih..
kah...kah...kah...

Hala Tuju AT181 Perlis...

Perjumpaan bersama para pemimpin AT181 Zon Utara Taipan Perlis..
Duduk dan berbincang mengenai Hala Tuju bagi tahun 2011...
Perbincangan Meja Bulat..
Tekun mendengar taklimat...
Wawasan Jangkamasa Panjang...
Syabas....
Antara perkara penting yg dibincang:-
1.Mencipta Semangat Baru...
2.Peluang dengan pakej melancong (Hong Kong)...
3.B'mana membina rangkaian..
4.Sistem standard dalam B.O.P
5.Jadual perjumpaan mingguan...
6.Perlantikan AJK yg bertugas...
7.Hal-hal lain yg berbangkit...

Semoga dengan perbincangan ini,satu modul yg telah ditetapkan akan dilaksanakan dgn jayanya...
Tahniah untuk AT181 utara..!!!!

23 December, 2010

Positive...

PON!!PON!!PON!!
Anauncemen..Anauncemen..Anauncemen!!!
Malam ni bertempat di AT 181 Taipan Perlis ada perjumpaan untuk anda
saksikan orang-orang ajaib..produk ajaib..pendapatan ajaib...
Jangan lepaskan peluang ini..
Bersama kita untuk menjadi "extraordinary people"
Positive!!
Progresive!!
Profesional!!

Jumpa mlm ni tajam pada 09.00mlm...

HONG KONG !! HONG KONG !!
Bertemu bersama peneraju-peneraju AT 181
Malam ini di Akademi Taipan Perlis Indera Kayangan
09.00 mlm - 10.30 mlm
"Mari bersama-sama rebut peluang ini untuk kita berjaya bersama Akademi"
"Dua tiket untuk kita lawati negara terkaya di dunia"
"Jangan lepaskan peluang ini!!"

"bawa diri,adik beradik,saudara,ipar duai, dan sesiapa sahaja asalkan 18 tahun ke atas"
 
"JOM!!"

"Rich Young Retire Young"

21 December, 2010


KALIS bermaksud "tidak dapat dimasuki","tidak dapat ditembusi",@ "tidak dapat dijangkiti"...
Begitulah gahnya berniaga MLM yg kalis dengan kemelesetan...Sewaktu keadaan ekonomi gawat/merudum,MLM lah satu perniagaan yg akan dicari utk membuat pendapatan sampingan....Jadi untuk sesiapa yg sedang buat/mencari peluang inilah satu bentuk Biz yg sesuai untuk tambah duit...dan berpeluang untuk menjadii seorang JUTAWAN.... 

WHY?

Mentor aku beritahu,
Berniaga MLM is the BEST bisnes in the world...
Berniaga MLM boleh mencipta ramai Jutawan....
Berniaga MLM adalah untuk orang MALAS..MALAS bermaksud satu perniagaan yg satu hari nanti kerjanya akan menjadi sikit tetapi pendapatan berganda dlm satu tempoh masa...
Berniaga MLM tiada kedai...hanya promosi mulut ke mulut... 
Berniaga MLM boleh mencipta pendapatan diluar jangkaan...
Berniaga MLM boleh mencipta insan Luar Biasa...
Berniaga MLM adalah bentuk perniagaan yg berisiko rendah...
Berniaga MLM tiada pekerja....
Berniaga MLM tiada overhead cost...
Berniaga MLM ialah satu bentuk perniagaan yg murni...
Berniaga MLM is My Choice For Life.....

19 December, 2010

35 Tahun

Hari ni 19 Disember 2010 genap umur aku 35 tahun...
macam-macam ada....
terima kasih ayah...
terima kasih mak...
terima kasih mak mertua..
terima kasih isteri tercinta...
terima kasih anakku Nur Insyirah...
terima kasih anakku Nur Ismahani...
terima kasih anakku Nur Irdina
terima kasih anakku Nur Izzati Nadhirah
terima kasih rakan-rakan di AT 181..
"terima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraan dan keberkatan dalam hidup aku...kalian semua adalah pendorong  dan penyokong kuat kepada aku...."

 

Singa Utara..

Perlis sudah melahirkan 4 orang CDM hasil dari bimbingan dan tunjuk ajar oleh AT 181..Satu negeri di penghujung peta Malaysia yg tiada siapa sangka bakal lahir CDM seramai itu..air tenang jgn sangka tiada buaya..bendang yg luas jgn sangka tiada singa..begitulah ibaratnya Perlis indera kayangan....Alhamdullilah berkat kesungguhan seorang CDM yg membawa peluang perniagaan ini ke utara telah berjaya melahirkan 4 CDM Singa Utara...
CDM Shahrina Mhd Yazi..
 Memang berasal dari Ulu Pauh Perlis..pernah bekerja di MPSJ Subang Jaya..dapat peluang ini di Subang Jaya...pulang ke kampung cuma mencuba kot-kot ada yg mahu..berkat kesungguhan dan keyakinan yg amat tinggi akhirnya beliau telah berjaya sbg CDM dlm masa tidak sampai 2 tahun...
CDM Muhammad Razali..AT 181 amat berbangga dgn kebolehan beliau..
CDM Ahmad Ishak ( Sjn Mat )..
CDM Ali dan CDM Pak Su Manab...
CDM Wan Mahadzi..
 Inilah pemimpin AT 181 dari zon utara...kesemuanya kaum-kaum Adam....Hebat CDM Shahrina..Tahniah...!!!!!!
Baru-baru ni center Taipan Perlis adakan majlis perjumpaan bersama usahawan2 yg telah bersama dgn AT 181..Dahulu produk Bio Aura telah menghasilkan jualan hampir Rm14 juta di Perlis...bayangkan...Kini kami dtg lagi dgn produk baru Bio Zone Food Purifier....Ramai juga yg datang untuk menyaksikan sendiri "keajaiban" produk ini...
warga Perlis tetap positif...
tidak pernah menghampakan...
CDM Kartini tidak pernah jemu utk memberi sokongan...
penyampaian oleh CDM C Mat amat berkesan...
CDM Fitri dari Penang banyak membantu...Hebat CDM!!!!
 Begitulah sikit sebanyak suasana berniaga di Perlis..Pastinya akan melonjak lagi selepas ni..segala program bersam AT 181 sedang rancak diatur bagi menyemarakkan lagi suasana dan budaya berniaga di Utara..bukan shj di Perlis tetapi di kedah,penang dan perak bakal di landa Tsunami berniaga lebih baik dari dahulu....

18 December, 2010

Sehari di Hat Yai

Awal-awal pagi lagi aku telah dikejutkan dari tidur..berseorangan tidur di hotel Federal amat melenakan selepas habis program di Safira club semalam....aku bermalam seorang diri di hotel yg ber kos Rm80 satu malam...ok la tu...
Aku dikejutkan oleh CDM Ali kerana pagi ini ada sesi lawatan ke HatYai bersama 2 pemimpin hebat CDM Tini Dan CDM Din sekeluarga...Selepas mandi dan bersiap aku terus check out..Jam 9 pagi Van dah siap menanti di perkarangan hotel..didalamnya sedang menunggu CDM Din sekeluarga bersama anak-anak dan Che mat Noh...malu sendiri aku dibuatnya sbb org yg last...
Van yg membawa kami ke SIAM..
Kami singgah dulu di CIMB kangar utk withdraw sikit duit utk beli apa yg patut nanti di Hat Yai...Ngam pukul 10 pagi kami sampai di Imigresen Padang Besar..slps urusan cop pastport selesai kami teruskan perjalanan...
Sempadan..
Welcome to Thailand..
Setibanya di sempadan perut mula memberi isyarat..LAPOR!!!!...kami singgah di satu restoran di Padang Besar bahagian Siam..Nama restoran tu Husna Yala...restoran Muslim...kami bersarapan dgn menu "maggi sup"..sedap wooo..sup dia memang sedap...campur pulak Tapai pulut..dan pelbagai lagi juadah sebagai "alas perut"....
Husna-Nama  Tauke dia kot...

CDM Din & CDM Tini..
Che Mat Noh,CDM Ali & aku sedang menikmati...
Aduhai..memang power!!!!!
Aiman & Amira juga tidak ketinggalan..
Habis bersarapan kami semua teruskan perjalanan..mengikut kata CDM Ali kita akan singgah di pantai Samila  di Songkla..Disana ada replika "ikan Duyung" yg menjadi mitos bagi penduduk tempatan..Pantai Samila juga menjadi daya tarikan kepada pelancong asing untuk bermandi-manda..hampir 1 jam setengah juga perjalanan tersebut mengambil masa...hampir pukul 1 tengahari kami sampai..Waktu tempatan adalah 12 tengahari...tidak ramai pengunjung mungkin disebabkan hari bekerja....
Samila Beach..
CDM Tini bergambar dgn peniaga telur apa ntah...
CDM Din & CDM Tini bergambar dgn replika Ikan Duyung..
Tandanya aku dah sampai si Samila Beach..
Selepas bergambar dan pekena "Ice Cream" yg tersohor di Songkla kami pun terus berangkat untuk ke bandar Hat Yai...                                                                           
Ice Cream yg famous di Samila Beach....ada pulut,roti,Kacang,Jelly dan mcm2 lagi dlm Ice Cream...
Dalam perjalanan kami singgah bersenbahyang di Masjid Jamik Songkla..Masjid yg didirikan hasil penat lelah Muslim disana..difahamkan Masjid ini dibina diatas duit kutipan derma ikhlas bukan sahaja di Thailand tetapi juga dari rakyat Malaysia kita...Masjid ini seperti berkonsepkan Taj Mahal di India...
Gambaran Masjid yg siap sepenuhnya...
Ruang Utama solat di tingkat 2
Pemandangan luar dari pintu utama Masjid
Bertapa besar impian muslim di sini untuk mendirikan sebuah Masjid yg besar disebuah negara yg bukan Islam....Alhamdullilah...
Sesudah bersolat Jamak di Masjid ini kami terus sahaja ke bandar Hat Yai...dalam pukul 3 ptg kami sampai di sebuah pasar di pusat bandar Hat Yai...Yang aku perhatikann ramai penjaja yg berniaga..macam-macam ada..memang sesak sedikit tempat ni..
Limau..
kedai yg menjual makanan laut...
Ikan Bilis ni sedap...pedasssss....
Perkakas dapur..
Hampir 40 minit je kami ronda-ronda..singkat masa sbb mlm ni pulak ada meeting di Taipan Perlis..Jadi terpaksa singkatkan jadual lawatan...next time kompem akan bermalam do Hat Yai...seberapa ketika perut beri isyarat lagi..LAPOR!!!!...sebelum berangkat pulang kami singgah di sebuat restoran milik rakyat tempatan..
Ni la nama dia..Tak tau nak sebut mcm mana...
Di pintu masuk restoran...Muslim Food
tengah tunggu makanan..
promosi..order je yg mana satu....
Russnanee Restoran..
Selesai makan kami pun berangkat pulang..Jam dah menunjukkan hampir 5 ptg....singkat waktu lawatan..tak puas rasanya kami melawat bandar Hat Yai....lain kali pasti akan ke sini lagi untuk bercuti bersama keluarga.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...