kutwo181.blogspot.com Headline Animator

12 April, 2011

Ciri-ciri dan Kelebihan Bisnes MLM

  1. Jumlah pelaburan yang rendah – Kebanyakan syarikat MLM hanya mengenakan caj yang nominal untuk menjadi ahli/pengedar iaitu di antara RM30 hingga RM100.
  2. Risiko yang minimum – Bayaran sebagai ahli yang rendah tidak memberi risiko yang besar untuk memulakan perniagaan jika dibandingkan dengan jenis perniagaan lain seperti francais, kedai makan dan lain-lain yang memerlukan modal yang tinggi.
  3. Sebagai pekerjaan sampingan – Apakah yang lebih baik daripada memulakan perniagaan secara sambilan selain dapat mengekalkan pekerjaan tetap anda?
  4. Masa yang fleksibel – Perniagaan MLM dapat dijalankan pada bila-bila masa setiap hari mengikut pilihan anda sendiri.
  5. Tidak memerlukan pengalaman atau taraf pendidikan yang khusus – Seseorang yang berpendidikan rendah dan tanpa pendidikan formal dalam pengurusan perniagaan juga mampu berjaya sebagai usahawan MLM.
  6. Bekerja Dari rumah – Tidak memerlukan pejabat atau ruang iklan. Anda boleh mengendalikan perniagaan di rumah, malah di dalam kereta sekali pun.
  7. Pembabitan keluarga - Jika anda mementingkan institusi keluarga, babitkan mereka bersama.
  8. Tidak memerlukan pekerja tambahan – Anda tidak perlu risau untuk membayar upah pekerja atau berhadapan dengan masalah yang sering ditimbulkan oleh pekerja.
  9. Berpotensi memperolehi pendapatan tanpa had – Sesiapa sahaja mampu mendapatkannya, jika mereka “benar-benar” inginkannya.
  10. Kebebasan masa untuk menikmati pendapatan – Anda tidak perlu menunggu sehingga berpuluh tahun untuk mengecap kejayaan. Jika anda berusaha bersungguh-sungguh serta komited, anda pasti berjaya dalam masa yang singkat.
  11. Kebebasan untuk berpindah – Anda tidak perlu bimbang lagi untuk mencari pekerjaan lain sekiranya anda perlu berpindah ke tempat lain. Bonus anda tetap dihantar di mana sahaja yang dikehendaki.
  12. MLM berteraskan sistem latihan yang komprehensif – Sistem latihan yang merangkumi pembangunan diri, motivasi dan pelbagai konsep perniagaan lazimnya menjadi teras latihan yang akan diajar kepada pengedar-pengedar. Ini merupakan salah satu faedah pembangunan diri yang bakal diperolehi.
  13. Hubungan persahabatan yang berkekalan – Anda akan mempunyai ikatan persahabatan yang berterusan mempunyai perkaitan dan matlamat perniagaan yang sama.
  14. Percutian yang panjang, kerap, bila-bila masa sahaja – Perniagaan ini yang tidak memerlukan masa bertugas yang tetap membolehkan anda merencana percutian anda pada bila-bila masa sahaja tanpa perlu memohon cuti daripada majikan.
  15. Tabung persaraan – Pendapatan lima angka dan perancangan kewangan yang bijak akan memastikan seseorang itu mempunyai simpanan yang mencukupi ketika waktu persaraan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...