
Iran gantung dua perogol kanak-kanak di khalayak awam2011/05/29
TEHRAN: Iran hari ini melaksanakan hukuman gantung sampai mati di
khalayak umum bandar Kemanshah ke atas dua perogol lelaki atas kesalahan
merogol kanak-kanak, kata agensi berita rasmi IRNA.
Kedua-dua lelaki itu yang dihukum gantung itu dikenali sebagai P Mohammadi Pashterizeh dan A Namaki, masing-masing didapati bersalah merogol seorang kanak-kanak dan merakamkan sebelum serta selepas memperkosa kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun. Laporan IRNA berkata, orang awam yang berkumpl di tengah bandar itu menjerit "Kehakiman, terima-kasih." - AFP |
