kutwo181.blogspot.com Headline Animator

24 October, 2010

23 Oktober 2010

AKADEMI TAIPAN 181.

Salam....
Potongan dari surat khabar semalam...aku attach untuk tatapan semua...AT 181 terus gah di persada media untuk di ''brandingkan" menjadi satu Akademi yg terus melatih dan membimbing setiap orang yg berimpian , berkemahuan dan memiliki cita-cita tinggi...
Dengan misi menjadikan insan biasa kepada luarbiasa , AT 181 tidak jemu mengolah idea , perancangan , analisa untuk menambah baik lagi sistem & strategi yg berhubung rapat dgn keinginan , keperluan dan kehendak manusia di dalam perspektif kehidupan di arena global dan mencabar ini...
Setiap pelajar di dalam AT 181 , akan di "bajukan" dengan "ILMU" yg boleh didapati secara langsung melalui graduan yg telah dilahirkan oleh AT 181 yang lebih menarik ia akan didapati secara percuma..
Untuk pelajar boleh lah copy lampiran surat khabar ini untuk dijadikan tools..
sekian..

23 October, 2010

Switzerland..

KLIA ,23hb Oktober 2010
5.30pm aku sampai di parking blok C aras 3..aku datang bersama keluarga..CDM Yan dan 3 anak pompuan aku..tujuan ke KLIA untuk mengiringi rakan-rakan seperjuangan yg layak melancong secara percuma ke Switzerland..Tahniah!!!
6.00pm di balai berlepas sudah berlonggok CDM Pak Su , CDM C.Mat , DDM Pak Long , dan beberapa lagi CDM...di wajah semuanya kelihatan ceria dan gembira..segala pengorbanan masa,tenaga dan wang ringgit sebelum ni nampaknya berbaloi..sungguh mengujakan..ada yang tak percaya boleh layak pergi melancong , ada yg pertama kali buat pasport , ada yg berkobar-kobar untuk terbang selama 14 jam...dan bermacam-macam jenis lagi kegembiraan dari wajah riang mereka..
ada yg hadir sendiri , ada yg dihantar oleh suami @ isteri..ada yg dihantar oleh emak & ayah beserta anak-anak..dan ada juga pasangan suami isteri yg pergi bersama..memang best!!!..
cuaca diberitahu sekitar 2 - 5 darjah celcius...memang sejuk..ada dikalangan sudah siap berjaket...ber long john..memang suasana luar biasa...
penerbangan mereka bersam Qatar Airways..transit di DOHA selama 3 jam sebelum landing di Zurich..dikhabarkan mungkin ada sesi lawatan ke Jerman...bestnyerrrr...sbb aku dah pernah pegi Jerman...lagi-lagi hujung tahun mcm skrg nih....
sebelum bertolak byk yg ambil gambar sbg tanda ingatan yg mereka akan bertolak ke switzerland...lebih-lebih lagi untuk mereka yg tidak dapat bersama melancong..dapat snap 2 @ 3 foto dgn orang yg pergi pun jadilah..bukan apa.ia sebagai dorongan untuk kita pula selepas nih...Don'T Give up..!!!
Jam telah menunjukkan 7.15pm...maghrib dah masuk..so aku dan family rasa-rasa cukuplah hampir 2 jam bersama mereka...tahniah kepada warga Akademi Taipan yg seramai 100 org bakal berangkat ke swiss..kami doakan semoga anda enjoy secukup rasa di sana , selamat pergi dan selamat pulang ketanah air pada 29/10/2010 ( jumaat ) ....semoga percutian ini dijadikan sumber inspirasi agar kita boleh terus berjaya dan satu dunia bakal kita lawati...salam...

21 October, 2010

Angan-angan

Dah mula berfikir-----angan-angan-----impian--------CITA-CITA...
Impian mesti besar..setinggi langit...tak salah , tak sapa marah , tak pelik....
Perancangan perlu di buat...cari ilmu..dapatkan pandangan , nasihat...
 Perlu rapi dan teliti....rangka jangkamasa....pendek - sederhana - panjang...
Kerja kena kuat..bersungguh....ikut masa yang dirancang...
KEJAYAAN ADALAH PASTI...



20 October, 2010

"Kejayaan"

Untuk berjaya kita harus memilih platform yang betul...

Samada ia cepat @ lambat , ia memerlukan komitment yang berterusan..Harus dijaga dengan baik , harus di bajai dengan ilmu , bersedia menerima bimbingan....  
Ia juga menuntut displin diri , kemahuan , pengorbanan , kesabaran dan usaha yang gigih...
Tiada "short cut" @ "Jalan pintas" untuk berjaya...
Harus yakin bahawasanya kejayaan pasti menjelma...
Kesabaran , cabaran , ujian , penat lelah akan hilang apabila kejayaan di kecapi..    



MANISNYA SEBUAH KEJAYAAN..

19 October, 2010

Ilmu

Apa pun kita "ILMU" adalah yang utama....
"Ayuh Membacalah..!!!"
"Dan terus membaca..."
"Kerana ia adalah ASAS untuk kita berjaya..."

Teknologi..

1.Dodge Tomahawk V10
Harga: 550.000 dollar AS
Ecosse Titanium Series Harga: 250.000 dollar AS
Macchia Nera Concept Bike
Harga: 150.000 euro
MTT Gas Turbine Superbike
Harga: 175.000 dollar AS

18 October, 2010

Emmmhhhh......



  • Panjang: 5.89 m (232 in)
  • Lebar: 2.148 m (84.6 in)
  • Berat: 2,660 kg (5,864 lb)
  • Enjin: Bi-Turbo V12 from Maybach 57 S 700 hp (SAE) (522 kW), 1020 N·m (737 ft·lbf)
  • Top speed: 351 km/h (218 mph)
  • 0-100 km/h (62 mph): 4.4 seconds
  • Tires: 315/25 ZR 23 Fulda Exelero
  • Fuel used for top speed test: 190 octane
  • Harga selepas diskaun: Approx. £7,000,000 (GBP) or about $8,000,000 (USD) or about € 7,500,000 (EUR) or Rm ?????????.???

Fuh!!!....Dahsyat.....RmXX,XXX,XXX.XX......

Melancong....


Tembok pertahanan Chittogarh,India   
Desa warna-warni-Cinque Terre,Riviera Italia
Puncak Himalaya-Tibet
Kota di Atas Awan-Machu Picchu,Peru
Massif de La Chartreuse-Perancis
College The Valleyfield-Quebec,Kanada
Pemandangan Aurora-Alaska ujung Amerika Utara
Lautan Kutub Artik

17 October, 2010

Dapat merasa 3 @ 4 malam pun jadi.....

1. Hotel Royal Villa at Grand Resort Lagonissi, Athens, Yunani ($50,000 per hari).
2. Hotel Hugh Hefner Sky Villa, Palms Casino Resort, Las Vegas ($40,000 per hari).
3. Hotel Ty Warner Penthouse, Four Seasons, New York ($34,000 per hari).
4. Hotel Royal Penthouse Suite, President Wilson Hotel, Geneva, Swiss ($33,000 per hari).
5. Hotel Bridge Suite at The Atlantis, Paradise Island, Bahamas ($25,000 per hari).
6. Hotel Ritz-Carlton Suite, The Ritz-Carlton, Moscow, Russia ($18,200 per hari).
7. Hotel Royal Suite, Burj Al Arab, Dubai, Uni Emirat Arab ($18,000 per hari).
8. Hotel Royal Armleder Suite, Le Richemond, Geneva, Swiss ($17,500 per hari).
9. Hotel Royal Suite, Four Seasons George V, Paris, Perancis ($16,000 per hari).
10. Hotel Imperial Suite, Park Hyatt-Vendome, Paris, Perancis ($15,500 per hari).

Syoknya.....

Fuh!! Syoknya..!!!!

Bukan mustahil..!!!
Indahnya memiliki rumah di kaki pergunungan....Swiss
Ada kolam renang pulak tu....
Berkayak di Sydney...
Menjadi salah sorang dari penumpangnya.....
Menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan....

"Saya ada impian ini....Anda ada??? !!!!"




14 October, 2010

Minda & Sikap...

Salam...
Sampai KL dari Penang pukul 4.30pg...semalam bertolak dari rumah CDM Kamaruddin pukul 5.30ptg..CDM C.Mat , CDM Amran ikut sama..dari bandar kinrara kami straight to seberang jaya..pukul 8.30mlm sampai di kedai Char special..perjalanan kali di driver penuh oleh CDM Amran...HEBAT!!!! 180 - 190km/h...non stop!!! consistent & persistence...begitulah kalau miliki matlamat dan tujuan yg jelas..pantas , fokus , tenang akhirnya sampai juga ke destinasi..
Selepas alas @ lapik perot terus ke safira club..bila sampai tengok manusia dah ramai..mcm ada perhimpunan awam...Dahsyat..!!!rupa-rupanya semua sdg menunggu untuk mendengar taklimat dari AT181...lepas park kereta terus kami ke arah dewan..mcm biasa byk salam-salaman dgn manusia hebat di sana..aku rasa teruja..positif bro !!!..
Sinar mula kelihatan di utara..org yg hadir makin bertambah maknanya makin ramai org yg ingin @ sudi untuk menjenguk peluang yg sepatutnya semua org harus ambil ..tahniah kpd mereka yg membawa org baru..
Kedatangan aku kali ni tanpa pengetahuan Down Line..jeng...jeng...mau bikin spot check..begitulah kalau kita ingin lihat komitment mereka yg berada jauh dari kita..Alhamdullilah mereka hadir awal dgn situasi wajah yg ceria dan bersemangat..DDM Aza , DSM Din ( MC majlis ) , SM Abil , SM Zam semuanya hadir untuk membantu majlis dan mengekalkan momentum untuk terus pergi jauh dlm bisnes ni..
CDM Fitri dan CDM2 yg lain turut memeriahkan majlis..kehadiran CDM Wan Suriani dari Kelate juga turut menambah kehangatan..
Kehadiran pemimpin2 AT 181 ni sebenarnya banyak membantu dlm membuat prospecting...mereka boleh melihat wajah-wajah insan hebat ni secara "LIVE"....bukan setakat tunjuk di atas sekeping kertas sahaja..."REAL punya..".
Minda org Penang masih positif..tiada negatif...maintain..SYABAS!!!!..teringat pulak kata-kata Tan Sri Mukhtar..org Melayu boleh berubah asalkan 2 perkara ini di ubah..1.Minda 2.Sikap...2 perkara ni sentiasa dipandang serius oleh Tan Sri Mukhtar untuk kita org Melayu menjadi tuan di Tanah tumpah darah sendiri..penguasaan ekonomi harus dikuasai oleh org Melayu..untuk menguasai ekonomi kita harus berniaga..Minda & Sikap adalah perkara asas untuk ini semua..jadi kpd kita yg sudah beralih kpd Minda & Sikap yg positif wajib berkongsi perkara ini dgn rakan2...itulah tujuan sebenar utk kita buat prospecting..
Bantu rakan , bangsa , agama dan keluarga...sempat duduk dgn DSM Che Mat Noh baliau ada berkata " berniaga semacam ini seumpama kita bersembahyang jemaah..ganjarannya adalh 27x lebih baik dari sembahyang berseorangan..." dan org yg suka sembahyang berseorangan seumpama org yg makan gaji "....
So mari kita terus rapatkan saf , bersama & bersatu dalam perniagaan ini bersama Akademi Taipan 181 yg akan melatih membimbing kita semua menjadi seorang yg berjaya dan berkualiti....
Jam 12.00mlm kami di restoran pelita untuk menikmati "Nasi Dalca"...1.30pg kami berangkat pulang ke KL..

12 October, 2010

Aku berada di Dewan Parlimen

Hari paling bersejarah apabila kaki aku menjejakkan kaki di dalam Dewan Rakyat....Niat tu bukan apa , saje ingin mendapat pengalaman..Seblum ni aku dah menjejakkan kaki di dewan Tun Abd Razak PWTC dan Istana Budaya..dan bakal menjadi impian selepas ni adalah berada di puncak menara petronas KLCC..
Dalam dewan seperti yg biasa kita tengok dalam TV tu , ada 2 parti , pembangkang dan parti yg menyokong kerajaan..mereka membahaskan isu-isu yg sangat serius yg mungkin umum tidak tahu @ hanya segelintir yg tahu..banyak soalan yg diajukan oleh pihak pembangkang dan banyak juga soalan yg dibatalkan atas sebab peraturan-peraturan dewan yg aku sendiri tak tahu..
Pindaan undang-undang yg akan dibuat bukan ambil masa singkat..rang undang-undang akan dibahaskan..satu pindaan kadangkala ambil masa setahun untuk diwartakan...Fuh!!! baik buat Hai-O...
Perkara mcm ni pun kalau di cerita dgn kawan-kawan diorang tak kan heran pon...setakat masuk dewan yg mcm tu...Perangai mcm ni biasa..Tapi kalau dewan mcm ni kt Paris , Washington D.C , Tokyo kompem diorang pun jakun gak..baik kita bangga dgn tempat kita dulu...
Dulu pernah aku pergi trip ke Ghuang Zhao , China..Tourist guide bawa kami ke tempat orang China ber "opera"..dewan tu memang besar..boleh 5,000 org masuk..kami yg dtg dr Malaysia ni "teruja" bila melangkah masuk ke dewan tersebut..sebenarnya "Istana Budaya" yang kita ada tu lebih 50x ganda baik...
Moral disini yg aku nak bgtau dalam konteks kita berniaga ni , kita harus bangga di mana status kita sekarang..Jadikan kejayaan orang lain itu sebagai api penguat semangat..Mungkin boleh jadi lebih baik dari mereka..Jangan kita asyik bangga dgn kejayaan orang lain sedang kita masih di tahap yang sama..
teringat kata-kata mutiara CDM Kamaruddin " Orang lain dah melancong ke Bulan , tapi kita masih didalam selimut buruk..."
so jumpa kita di puncak kejayaan!!!.....KLCC tinggi tu....

08 October, 2010

Berbanggalah...

Salam..& good morning to all my fellows...
Campur + , tolak - , bahagi / , kali x hari ni dah hampir 3 tahun aku sepenuh masa bersama AT181..masa terlalu pantas berlalu..kejayaan demi kejayaan bersama AT181 telah dapat aku saksikan "live" depan mata aku sendiri..
kejayaan yg paling syok adalah kejayaan diri aku sendiri..walau pun "belum" spt mereka yg lain..aku lihat diri aku dari satu perubahan sikap yg cukup mendadak dan mengambil masa yg lama..jika difikirkan dan diingat benda tu boleh diubah dlm masa satu @ dua hari tetapi hampir 3 tahun!!!!!
Membawa fizikal , mental & emosi kpd satu perubahan bukan kerja sorang-sorang,kita perlukan SOKONGAN...sokongan pasangan,keluarga,saudara-mara,sahabat handai adalah tunjang kpd kejayaan ini..Aku telah melakukan satu tranformasi sikap dan emosi diri walau aku tahu dunia perniagaan ini memang berbeza dgn pemikiran aku (not my taste!!)...dan kini aku berbangga , yg aku miliki rakan-rakan yg sentiasa dan tak kira masa sentiasa memberi kata-kata positif kpd aku..tak pernah aku merasai diri aku ini dihargai..aku bersyukur kehadrat Allah s.w.t yg membuka pintu hati dan kelapangan fikiran untuk menerima ini semua...
Jadi untuk mempertahankan suatu "kejayaan" adalah lebih cabarannya dari kita pergi mencapai suatu "kejayaan"..ramai yg sudah berada pada tahap "kejayaan" ini gagal untuk mempertahankannya...perasaan mula goyang dgn sedikit cabaran,fikiran mula negatif,semangat semakin hilang,momentum zero,diri semakin malas,hati dahulunya besar ttp kini naik ke kepala...dan bermcm-mcm lagi yg juga berlaku di depan mata aku...pelik manusia ni...tapi sebenarnya adalah perkara biasa..sbb "ILMU"...
aku bukan nak memperkatakan perihal manusia-manusia tersebut...ini semua sbg persediaan untuk aku lebih berilmu untk menghadapi situasi seperti itu...biar kita merasa asam garam perit jerih untuk berjaya barulah kita akan "menghargai" kejayaan tersebut...ramai yg tidak memberi penghargaan kpd "diri sendiri"..ramai yg menunggu penghargaan dari org lain..mengharapkan pujian..mengharapkan glamour..fuh!!! dasyat betul manusia...kadangkala perkara-perkara begini aku sendiri dpt merasai..kalau tak di "set" kan semula minda hati akan dirasuk..dan rosaklah satu badan...
Jadi ini semua ilmu yg perlu aku terus tambah untuk menjadi "ubat kuat" untuk aku kekal dalam kejayaan..kita harus ada satu kumpulan yg kuat untuk memberi sokongan agar kita tidak terkulai di peringkat awal apatahlagi bila sudah berjaya...secara ringkasnya sehingga saat kita pejamkan mata kita harus menuntut dan miliki ilmu apakah "kejayaan" itu yg sebenar...
Tahniah dan terima kasih kepada semua CDM-CDM AT 181 terutama isteri tersayang CDM Yan...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...