kutwo181.blogspot.com Headline Animator

12 April, 2011

Tipu sokmo...


ala benda ni dah lama dah...
dah banyak aduan dah..
ntahapapantah...!!!
 
bayar agen rm 5000.00
amah keje 3 bulan rajin..
lepas tu malas..mcm boss..ckp bapak sama ibu pukul2..
tak tahan..lari sama kekasih..
 
bapak sama ibu blacklist..
tak boleh ambik bibik lagi..
kalau mahu bibik lagi keluar duit lagi sama lain agen..
rm 5000 lagi...
 
kalau dapat..bibik ok 3 bulan saja..
lepas tu capek..dah pandai solek2/cun2..
lps tu ngorat sama bapak..
ibu marah..
hantar bibik pulang...
kah.kah.kah..
kena tipu lagi...
woit..boss !!!
tak kan nak pantau je....
pantai pun dah berubah la..
duit rakyat dah ciput..
sebab kena kencing dgn bibik...
 
kah.kah.kah..
*ada agen jual babun ke ???
 
kah.kah.kah...

kena tipu lagi..ceh !!!

aduyai....
sayanggg...aku kena tipu-tipu lagi...
ayam telur sebijik riuh sekampung...
 
tak boleh pakai dahhh...
depa yg riuh...
kok.kok.kok..
"ada ka teloq aku dikatakan palsu ??"
"tu teloq dah lama..teloq tembelang..."
kah.kah.kah...


sayangggg...aku kena tipu-tipu lagi...
pasai teloqqqq...

 kah.kah.kah...
adoiiii.....!!!!!

Meeting Malam Ni...!!!


Untuk semua..!!!
Datang dan saksikan..
tak perlu bayaran..
Percoma semata-mata..


kutwo181 ready at 8.45pm...


kah.kah.kah...see u alls....!!!

11 April, 2011

Ayam..si Ayam...


ni bukan ayam telor...
ayam hormon..ayam antibiotik..!!!
naik la 5 kupang pun...
ada yg heran..ada yg buat tak heran..
bukan hari2 makan ayam pun..
 
ayam ni dari dulu buat isu...
salah ayam tu ke???
soalan tak brp nak cerdik...
kah.kah.kah...
 
 
telor ayam pun dah mcm kes DAI...

telor ayam pun klon..
dah banyak ke kita makan telor klon..???
telor ayam kena ujian DNA..
woit..ayam..!!!
betapa malang nasib mu...
kah.kah.kah..

*lepas ni kena periksa samada ayam ni ada masuk
pertandingan "ratu nyah di kuantan tak..."

kah.kah.kah...

kutwo di Melaka...

semalam aku ke melaka pulak..
datang la melaka woooooiii....!!!!
nak belajar..nak semangat..nak kenal..
nak lihat..nak ilmu..nak apa yg aku nak...

kah.kah.kah..
DSM Rahim kalau tak silap nama...
suami kpd DDM Nor < gambar tak ambik..sori >
pasangan yg gigih...
congratulation !!!! positif !!!

you always macho man....CDM Syed Huzair...

CDM Khazir & CDM Hamaka..dah CDM pun nak belajar..gilezzz...

CDM "Otai"...CDM Roshila , CDM Faridah & CDM Dzul..
tiang seri AT 181..

CDM Zhaifrey pun turut hadir..

CDM Muhamad Razali...
Network tak dak di Melaka..
hati besar , kaya hati pasti ada ganjaran...!!

CDM Khazir..makin lama makin mantop !!!!

tahniah kpd mereka yg hadir..

DDM Norita & suami pun ada..
demi membimbing rakan kongsi yg mahu berjaya !!!!
tahniah.tahniah.tahniah..bolehhh dapattt..!!!



kepada semua yang hadir tahniah..
anda semua luar biasa..kena rasakan itu..!!!
lebih terbaik lagi jika semua ilmu yg disampaikan
dicatit dalam buku...

kan.kan.kan...????

Jgn makan hormon/antibiotik...!!

woit....
jgn makan makanan yg di suntik..
suntik hormon..
suntik antibiotik..
kerana boleh menjadi kanser..

makan la makanan organik..
kah.kah.kah..

sodappppssss....!!!

cair.cair.cairan....



woit...lelaki tempatan..!!!
jgn ingat korang je cair tengok minah bollywood..
jgn ingat korang je cair tengok bawang putih - bawang merah..
 
pakistan jual karpet lagi emcem...
bangla potong rumput lagi emcem..
bangla ygg kt petronas lagi emcem
raden kedai runcit lagi emcem..
kah.kah.kah...
 
woit pompuan tempatan...!!!
cair tang mana tu ???
 
kah.kah.kah..

woit pondan !!!


woit pondan...
dulu ada sekarang pun ada tapi non-function..
kah.kah.kah..
korang memang cantik..
korang memang gebu..
korang memang melayu...
kah.kah.kah..

kutwo pun tak takut..
takut kalau yg dulu tak de nanti ada pulak..
power pulak tu...
kah.kah.kah...

macam "niat" nak sedekah tapi mencuri...
"niat" nak sedekah tapi beli nombor ekor...
kah.kah.kah..
woit...artis melayu..
jom taubat sama-sama..

ini bukan tipu-tipu...


woit.....dah banyak berlaku..
 dah banyak report..
dah banyak dah..
 
 
 
jangan takut...jgn nyesal...
tiada berguna..
ramai yg ingat duit tu boleh dapat balik...
bank boleh bagi sebenarnya..
tapi yg hilang bukan duit bank..
 
kah.kah.kah..
pencuri ni pun satu hal..
curi dgn internet..
cilakak !!!

10 April, 2011

" jangan tipu-tipu aku lagi..."

sayangggg....sudah la sayyaaannggg...
" jangan tipu-tipu aku lagi..."
kah.kah.kah..

 woit mambang tanah,mambang api..
mambang angin.mambang air...
jangan la kau tipu-tipu lagi si mambang..!!!


malaon mana punye keja ni..??

rm 85,000 tu...
SSM terus..
dapat gi H/Kong free tu...
ada lagi rm85,000 tu ???
join AT 181..
situ sayannnggg...tak tipu-tipu !!!


kah.kah.kah...

Pertandingan Pondan...Kuantan..


nak buat amal kebajikan tu bagus...
dari jantan jadi pompuan "haramm...bengong !! "
dah tengok video ni ???
cari la dalam you tube...

surat kabo nak rahsia pulak kat negeri mana..
kat negeri kuantan la..
kah.kah.kah..

woit org kuantan...
jgn dibiarkan...
jgn jadi negeri penyimpan kunyit terbesar..
kah.kah.kah...
ada artis yang menyokong..
mereka diundang..
katanya tak salah..
untuk kebajikan..tuhan je tau niat bapok2 ni...
betul ke statement awak tu..???
cuba tanya ustaz azhar idrus..
ustaz tu ada di negeri kemamang....

 antara ramai2 yg ni ada tak kerandutnya berbulu ????

kah.kah.kah...

Be a Good Listener...

Kajian menunjukkan mereka yang berjaya dalam hidup hampir semuanya merupakan pendengar yang baik. 


Terdapat dua sebab utama kenapa kita mesti menjadi pendengar yang baik.

Pertamanya kita mempelajari apa yang tidak ketahui hanya setelah kita sanggup mendengar. 
Kedua, manusia hanya mengutamakan mereka yang menjadi pendengar yang baik.


Berikut adalah langkah-langkah yang perlu diambil untuk kita menjadi pendengar yang baik:
  1. Dengar dengan teliti apa yang sedang diperkatakan.
  2. Berikan tumpuan sepenuhnya.
  3. Berikan 'eye-contact'.  Lihat tepat kedalam anak matanya.
  4. Anggukkan kepala sebagai tanda gerakbalas.
  5. Ikuti perbualannya dengan berkata, "ya.... ya..  ok".
  6. Cuba selami perasaan orang yang sedang bercakap dan hayati ceritanya.
  7. Ubah mimik muka kita seiring dengan perkara yang dipertuturkan.
  8. Elakkan dari mengkritik.
  9. Jangan menyampuk dan memotong cerita yang belum selesai.
  10. Susuli dengan soalan-soalan sebagai tanda yang kita memang mendengarnya dengan penuh minat.
  11. Ulangi apa yang dibicarakan sebagai tanda kita faham atau untuk memastikan apa yang kita fahamkan itu betul.
Jom kita praktikkan kaedah ini sehingga ia mula menjadi tabiat baru.
Satu hari nanti insyaAllah mereka disekeling kita mula mengutamakan kita.
Rakan-rakan mula menjadikan kita teman karibnya.
Orang bawahan kita mula menghormati kita sebagai ketua.
Begitulah berkuasanya bila kita mahu menjadi pendengar yang baik.

09 April, 2011

Risiko Jadi Gila...woit !!!


read.read...n understand carefully...
crazy.crazy.crazy...many.many.many..
ini kajian..ini statistik..ini realistik..
not boom bastic !!!!
"Tekanan adalah sebahagian dari hidup.."
"sebahagian lagi tak tau.."
control.control.control...!!!
 
 
*suka tak suka kita semua ada tekanan tersendiri..
tekanan = masalah..
do something yg boleh membawa kita mengurangkan tekanan hidup..

*Islam mengajar kita supaya banyak memohon petunjuk dariNYA...

"sayanggg..kau tipu-tipu aku lagiii..."

ingat tak siri raja lawak baru-baru ni..
si nazmi tu..
antara dialog dia yg best...

"sayangggg...sayang tipu-tipu aku lagi !!! "
"sayyyyaaannngggg......."

kah.kah.kah...
"saaayyyyaaannnnggggg......"
"sayang kena tipu-tipu lagi....?? "
"saayyyaaannnggggg....!!!"..

woit...
mana melayu kutuk melayu ???
mana melayu ckp MLM tipu ???
yang tak MLM lagi dahsyat menipu...
yang kena tipu pun melayu...
paling dahsyat kena tipu dgn mamat bangla...

kah.kah.kah...shah rukh kang kang...

Jumaat Malam 8/4/2011

Kelas Pengukuhan..
Kelas Bimbingan..
Untuk ambil ILMU..
Thank you for attending...
DSM Baru...Kak Rosiah dari Tg Karang...
Tahniah Kak...
pasti BooM lepas ni...Beautiful.Beautiful..
 Apa yg melucukan tu ???
DSM Lelawati from Tg Karang...jauh tu...syabas kak !!
sikit lagi nak naik DDM....
Boleh la...!!! Fight ! Fight !

 DSM Hadz semakin confidence..
EmCee majlis mingguan...
punyai "potensi" tersendiri..
tahniah....Kau boleh !!!


Slot pertama malam tadi berkenaan "Premium Beautiful"...oleh DDM Norita..
Masa agak singkat..tak puas...
Next Time kita setting BAIK punya..
malam tadi bersama beliau ialah rakan kongsi dari Riau..
< lupa pulak nak ambik gambar >...

 CDM C.Wan dengan slot "Follow UP"...
ramai yg tak tau rupanya...
ingat follow up yg tak mahu je...
yg mahu pun kena Follow Up...
TQ CDM...Mantop !!!!

 CDM C.Mat dgn slot "M/Plan"..
tetapi tak sempat present...
cuma buat kesimpulan...
< CDM ni pandai control majlis >..

jadi slott CDM C.Mat akan ke udara minggu depan..
di tempat dan waktu yang sama...
dan satu tajuk baru lagi..
"b,mana menjana pendapatan lumayan????"
oleh speaker yg dirahsiakan dahulu namanya...

datang ye jgn tak datang....!!!!
dtg awal la..banyak boleh dapat...

08 April, 2011

Terapkan Fikiran Positif

Untuk mula menerapkan fikiran positif senang jer..Kita hanya perlu fokus pada nilai-nilai baik pada diri seseorang. Contoh la...kawan kita.

Kawan kita ni tabiat dia suka menyindir-nyindir dan selalu memandang rendah pada kita..biasalah kita ni , mesti ada rasa sakit hati, geram dan "menyampah" pada  kawan kita tu.

Kalau sekali sekala tak pe gak tapi berkali-kali...itu biasa la..

Semakin hari semakin kita geram pada dirinya. Lama kelamaan rasa geram tu "bersarang" dalam fikiran kita tanpa kita sedari.

Mengikut Law Of Attraction, apa yang selalu kita fikirkan, maka itulah yang akan terjadi pada kita. Pendek kata, kita adalah hasil dari apa yang kita fikirkan.

Kalau kita geram, maka lebih banyak situasi "geram" yang akan muncul.Betul tak ?? Jadi  macam mana nak buang rasa geram tu?

Tentu kita tak mahu situasi-situasi buruk yang tak diingini muncul tetiba dalam hidup kita hanya kerana melayan perasaan geram tu berhari-hari.

Tentu juga kita tak mahu apa yang dimaginasikan selama ini tak menjadi.

Jadi bagaimana nak buang? 

Pertama sekali, maafkan kawan kita tadi tu. Sanggup ???...kena sanggup kalau nak positif..

Maafkan apa yang dia dah buat pada kita, terima diri dia dah macam tu...

Lafazkan kemaafan itu sepenuh hati, seikhlas yang mungkin dan tiada satu pun rasa tak puas hati yang tinggal. Lafazkan dengan nada berbisik.

Kemudian, lupakan kesalahan-kesalahan dia yang dia dah pernah buat dengan kita dulu dan sekarang hingga yang akan datang.

Kalau boleh, jangan ingat walaupun sedikit. Kalau masih ada, lupakan cepat-cepat.

Selepas itu, lihat pada dirinya.

Cari nilai-nilai positif yang ada pada dirinya.


Mungkin dia seorang yang kelakar, sentiasa ceria, pandai mengambil hati orang lain, rajin, cekap bekerja, pandai berkomunikasi mahupun pandai menyesuaikan diri.

Tumpukan fikiran kita pada ciri-ciri ini.

Secara perlahan-lahan, puji dia kerana sifat dirinya mempunyai ciri-ciri ini. Bandingkan pula dengan diri kita..Nobody perfect maa.. Adakah kesemua ciri-ciri ini ada pada diri kita?

Selepas itu, terapkan niat kita mahu bersaing dengannya. Bersaing dengan dia dalam menerapkan nilai-nilai positif ni, kalau boleh biar kita kalahkan dia dan menjadi lebih baik daripada dia.

Kalau dia sakitkan hati kita lagi, ulang semula teknik  di atas tadi.

Lama-kelamaan kita akan jadi "immune"/"mangli"/"alah".. sebab apa yang dia buat tak berkesan pada kita bahkan kita merupakan pesaing utamanya dalam diam!

Ini juga mencakupi situasi-situasi dan orang lain disekitar kita. Kadangkala kita tidak berpuas hati, geram dan "menyampah" pada situasi tertentu yang berlaku diluar kawalan kita.

Cuba cari nilai positif dalam situasi tu dan belajar untuk lupakan situasi yang kita sakit hati sebelum ini, step by step.

Kesan daripada ini, kita akan menjadi orang yang sentiasa berfikiran positif dalam semua keadaan, berfikiran positif pada semua orang dan semua benda.

Dengan ini,mudah untuk kita menerapkan Law Of Attraction dalam hidup kita.

Tumpukan yang positif dan semua yang positif akan lebih mudah datang pada kita.

Semua yang kita mahukan dan semua yang kita inginkan, mudah untuk minda merealisasikannya.

Bahkan, Law Of Attraction lebih senang bekerja dengan orang yang sentiasa berfikiran positif.

Bukan hanya setakat "mahu" tetapi bayangkan ia dah ada sekarang, di depan mata.

Lihat diri kita sebagai seorang yang berfikiran positif, ceria dan bersemangat.

Gunakan teknik ini untuk menjadikan diri kita seorang yang positif hari ini juga.

Teloq pun Palsu...


adoi.adoi.adoi...
banyak benda dah palsu sekarang..
ingatkan VCD je palsu..
ingatkan duit je palsu..
TELUR AYAM PUN PALSU !!!
kah.kah.kah..
siapa yg mereka cipta telur ni..
harus dianugerah hadiah NOBEL...kah.kah.kah..
 
 
woit..pulau tikus ada tang negara mana ???
di saudi arabia ka ??
di everest ka ??
di congo stan ka ??
 kah.kah.kah ??
 
penang ja...alamak !!!!!
mampuih.mampuih.mampuih..
 
 Teloq atas nasi dalca ni teloq palsu ka ???
 
kah.kah.kah..

Wak Bun...


kah.kah.kah.kah..

7 Langkah Mencapai Matlamat

1. Kenalpasti Semua Keperluan & Keinginan Sejelas-jelasnya
Duduk dan tulis semua keperluan dan keinginan anda sepuas-puasnya. Tuliskan seberapa banyak keperluan-keperluan serta keinginan-keinginan atau cita-cita anda. Apabila jumlahnya menjangkau 50 hingga 100, suatu bentuk perasaan atau semangat pada diri anda akan timbul. Teruskan. Perasaan inilah yang akan membarai semangat anda untuk terus ke hadapan bagi mencapai kejayaan.  Insya-Allah.

2. Tuliskan Matlamat-Matlamat Anda
TULIS matlamat-matlamat atau cita-cita anda di atas sehelai kertas. Ini amat-amat penting kerana jika anda tidak tulis, ia hanya akan menjadi angan-angan sahaja. Salinkannya ke dalam Buku Matlamat anda. Ini juga penting kerana dengan berbuat demikian, ia akan menjadi perkara yang penting bagi anda. Dengan berbuat demikian juga, ia akan mula meresap ke dalam minda separa sedar anda. Apabila ini terjadi maka akan mula sebati dengan matlamat anda. Hasilnya anda tidak lagi merasa selesa selagi anda belum mencapai matlamat atau matlamat anda. Dalam keadaan demikian, sudah pasti anda ingin dapat mencapai matlamat atau cita-cita anda itu dengan segara dan sebaik mungkin.

3. Tetapkan Tempoh dan Bila Anda Akan Mencapai Matlamat / Cita-Cita  Anda
Kaji tahap atau kedudukan anda sekarang berbanding dengan apa yang anda inginkan. Kira dan tentukan berapa banyak masa yang anda perlukan untuk mencapai matlamat anda itu. TETAPKAN bila matlamat tersebut mesti anda capai.

4. Buat Perancangan
RANCANGKAN tindakan-tindakan anda. Senaraikan semua aktiviti mengikut susunan keutamaannya. Dengan cara begini anda akan lebih yakin berapa lama masanya anda harus akan mencapai matlamat atau cita-cita anda serta bila matlamat anda itu akan anda capai. Perbaiki senarai aktiviti anda dari semasa; optimumkannya, sempurnakannya.

5. Gambarkan Kejayaan Pada Minda Anda 
Letakkan suatu Studio Filem di minda anda! Bayangkan satu GAMBARAN MENTAL yang anda telah berjaya mencapainya. Buat imej minda yang jelas dan terang pada mata minda anda. Mainkan gambaran itu berulang-ulang – berkali-kali di fikiran anda. Ingatlah bahawa: "Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang." - Cecil B. DeMille.

Ingatlah juga kata Mahatma Gandhi: Seseorang itu adalah hasil dari fikirannya. Apa yang dia fikir, itulah yang dia akan menjadi".

6. Tangani Halangan
1) Kenalpastikan halangan-halangan yang perlu anda atasi.
2) Tumpukan kepada usaha mendapat bantuan; bantuan yang anda akan perlukan untuk mencapai matlamat anda - UPLine , Mentor dan Akademi

7. Baki 90% Adalah Usaha dan Keazaman Anda 
Sokong rancangan anda dengan KEAZAMAN (Resolve) dan SEMANGAT TIDAK MENGENAL PUTUS ASA (Persistence). Tekadkan semangat. Tumpukan kepada kejayaan. Fokuskan segala perhatian dan tenaga anda untuk mencapai segala matlamat anda pada waktu yang anda sendiri tetapkan. Bulatkan hati dan fikiran. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap sebarang cabaran. Lakukanlah tindakan-tindakan proaktif dan produktif.

Insya-Allah, dengan diiringi doa, keazaman, disiplin yang tinggi serta usaha gigih, anda akan mencapai apa juga matlamat atau cita-cita yang impikan.

5 Langkah Meningkatkan Motivasi & Keyakinan Diri

1. Bina Matlamat yang Jelas
 

Seseorang yang tidak mempunyai matlamat hidup yang jelas akan seolah-seolah meniti kehidupannya dalam keadaan gelap yang tidak pasti akan ke mana sampainya.

Oleh kerana itu, binalah dengan jelas MATLAMAT atau apa juga yang anda ingin benar-benar capai atau miliki dalam kehidupan anda.


2. Bina Falsafah Kejayaan Hidup
 

Benteng semangat juang ialah moto atau falsafah hidup seseorang. Peribahasa atau kata-kata mutiara adalah contoh-contoh falsafah yang sudah teruji kebenarannya.


Oleh itu, binalah falsafah hidup sendiri agar anda dapat memotivasikan diri anda terutamanya tatkala anda memerlukan semangat atau dorongan yang kuat untuk terus hidup dan maju ke hadapan.

Contoh falsafah kejayaan:

"Untuk berjaya, saya mesti benar-benar serius, fokus, dedikasi, tekun  dan bersungguh-sungguh dalam perjuangan saya".


3. Bina Keyakinan Diri yang Tinggi
 
Salah satu sebab utama kenapa motivasi seseorang menjadi lemah ialah apabila timbulnya ketidakyakinan pada diri sendiri. Seseorang yang tidak yakin diri, biasanya akan kalah sebelumpun melakukan apa yang patut dilakukannya untuk mencapai kejayaan.
Agar anda lebih yakin dan berani, anda mestilah benar-benar tahu apa yang anda ingini serta membina / mempunyai strategi mencapainya. 
Yakinlah bahawa anda sebenarnya BOLEH. Katakanlah kepada diri anda berkali-kali, SAYA BOLEH!
4. Bina Pelan Tindakan yang Mantap
 

Setelah anda sudah membina matlamat-matlamat yang jelas dan mantap serta moto-moto hidup yang hebat, anda hendaklah merangka pula pelan tindakan yang mantap.

Pelan tindakan anda itu harus sentiasa bertindak sebagai rangka panduan, penguat fikiran serta rujukan anda dalam menangani apa juga cabaran yang anda hadapi dalam usaha anda mencapai kejayaan.

Oleh itu, agar anda lebih komited mencapai kejayaan, buatkanlah perancangan anda secara bertulis.

5. Fokuskan Tindakan dan Tenaga Anda
 

Seterusnya, fokuskanlah segala perhatian, tenaga dan usaha anda ke arah mencapai matlamat dan cita-cita anda itu.

Berusahalah dengan penuh ketekunan, dedikasi serta penuh kesungguhan. Lakukanlah tindakan-tindakan yang perlu anda laksanakan untuk mencapai apa juga matlamat yang telah anda tetapkan dengan penuh keyakinan.
Insya-Allah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...