kutwo181.blogspot.com Headline Animator

03 August, 2010

Ramadhan Akademi Taipan 181

Malam ni B.O.P macam biasa...ooppss!! bukan macam biasa tapi LUARBIASA!!!.. Hampirnya Ramadhan al;mubarak ini AT 181 akan memanggil seorang penceramah agama yg akan ber Tazkirah di mines tepat pukul 8:45 mlm..
Ayuh JOM !! kita mendalami konsep rezeki , ganjaran bagi mereka2 yang sabar...sabar menghadapi ujian,cabaran dan halangan dlm perniagaan ini..
Kita perlu dedahkan diri kita dgn majlis2 spt malam ni untuk menambah kuat lagi pengetahuan , kesabaran , kekuatan dalaman agar minda kita sentiasa positif.....tq Taipan krn menganjurkan majlis2 spt ini semoga kita semua diberkati dan dikasihi olehNYA...
*ingin sangat menjadi O.K.B ( org kaya ber Taqwa )...Amin..

02 August, 2010

Susah Nak ke Meeting/Biz talk..

Nak ajak prospek dtg meeting sebnarnya tak susah kalau kita fikir ia mudah..so fikir lah mudah..
fikir biar mudah dulu , yg susah x  perlu ingat pun..kita cerita peluang berniaga ni mudah , hebat dan bersemangat..mudahnya biz ni sbb kita hanya bawa rakan/member untuk turut serta sbb kita tahu semua org x benci "duit"..hebatnya biz ni sbb kita tahu dah ramai org biasa2 dah berubah menjadi kaya..bersemangatnya kita sbb kita dah bercampur/bergaul dgn mereka2 yg memiliki minda yg sentiasa positif..
semua orang boleh terlibat..x de masalah..
Dgn presentasi kita yg nampak mudah , hebat dan bersemangat , prospek akan tahu dari air muka kita meeting itu penting..semangat yg ditonjolkan didepan prospek itulah yg kita dpt dari meeting di AKADEMI TAIPAN 181...
Tonjolkan kehebatan/keunggulan TAIPAN..Taipan ada dimana2 shj..Kita Akademi yg membantu & membimbing mereka2 yg ingin berjaya..Tunjukan gambar2 B.O.P Taipan , wajah2 CDM yg selalu berada di tempat anda...promote gila-gila..tunjukkan surat khabar yg mengandungi nama TAIPAN 181..
So..dgn semangat kita sewaktu presentasi..insyaAllah untuk membawa/mengajak prospek untuk dtg meeting/biz talk akan dipermudahkan..

CDM Shahrina Bt Mohd Yazi

5 Disember 1982 lahir insan yg diberi nama Shahrina..berasal dari Ulu Pauh,Arau Perlis..anak sulong dari 6 adik beradik..Berasal dari sebuah keluarga yang berniaga runcit lebih dari 10 tahun di kampung beliau
Memiliki Diploma in Lanscaping dari UItm Shah Alam..
Sebelum menyertai perniagaan ini pernah bekerja di Majlis Perbandaran Subang Jaya sebagai Juru Lanskap..
Atas desakan hidup di bandaraya,dengan pendapatan yg tidak seberapa dgn dikurnikan 2 cahaya mata bersama kos saradiri yg tinggi..Shahrina telah mengambil keputusan utk bersama Hai-O pada penghujung 2007..setelah 3 bulan bersama suatu lonjakan,perubahan,keseronokan,keceriaan telah terpancar..akhirnya beliau meletakkan jawatan dan full time bersama Taipan 181..setelah tindakan nekad di buat dtg cabaran yg bertali arus..dahan tempat berpaut hanyalah Akademi Taipan yg sentiasa mendorong,meransang,menyuntik semangat kpd beliau agar terus bertahan dan terus bertahan,,
Akhirnya berkat ketahanan diri yg sentiasa dipohon,rezeki utk keluarga dimurahkan, Shahrina telah dinobatkan sbg Crown Diamond Manager pada ulangtahun Hai-o yg ke-17 di stadium malawati shah alam..
Dari seorang yg takut bertukar menjadi berani..dari seorg yg "tak tau cakap" bertukar menjadi seorg speaker yg hebat..sudah berani berimpian besar,,
Seorang yg berjiwa besar,commit pada semua d/line,tegas dlm membimbing,ikut panduan Taipan telah melonjak Shahrina krn berada di atas pentas CDM bersama 3 lagi CDM yg dilahirkan..HEBAT!!!

Melayu wajib berubah...






















Kenalah kita buat sesuatu dan bersungguh-sungguh...Cukup ke duit kita kalau macam ni..?
Pastinya bersama Akademi Taipan 181!!!

01 August, 2010

Berdikit-dikit tapi x jadi-jadi bukit

Ramai dikalangan kita yg menabung sikit-sikit..tapi setelah sekian lama tak berbukit-bukit apatah lagi nak menggunung-gunung..Why?
Menurut statistik KWSP :
  • 72% pencarum menghabiskan duit caruman dlm masa 3 tahun
  • 90% pencarum memiliki tabungan kurang dari Rm100,000 bila mencapai umur 55tahun
  • Purata tabungan adalah Rm114,000 bagi setiap org yg bersara
  • Purata pendapatan bulanan ialah Rm475 sebulan jika diambil hayat hingga 75tahun   
Delima ini sering menghantui para pesara..ranai pesara skrg tak meneruskan budaya lama..bila pencen balik kampung..kini mereka tinggal di bandar2..bilamana kos sara diri tinggi dan anak-anak tidak dapat membantu ramai antara pesara yg bekerja semula sbg pegawai keselamatan,tukang kebun atau pemandu..ini semua kerana tabung persaraan masih tidak mencukupi!!!
Kita lihat pula keadaan inflasi dlm jangkamasa panjang.20 tahun lagi?...Harga gula naik,minyak naik dan pelbagai brg2 keperluan yg lain kita tidak sedari sudah naik..Harga makan diluar 3 kali sehari sekarang mencecah Rm15..andaikan 20 tahun kehadapan..berapa?
Jadi,ayuh kita yg telah menjejakkan kaki dlm dunia perniagaan Hai-O ini terus melebarkan sayap demi menghilangkan kerisauan,delima yg dihadapi olehh para pesara skrg..Pendapatan perniagaan bersama Hai-O terlalu lumayan..Bayangkan sudah terdapat usahawan Hai-O yg telah memiliki simpanan sebanyak Rm 8,000,000 dlm 7 tahun berniaga...
Dah ada org yg boleh...so kita semua pasti BOLEH!!!! 

CDM Julianah Binti Munaf @ CDM Yan

Tanggal 19 Julai 1975 lahirnya insan yg diberi nama Julianah binti Munaf di satu kampung di Sabak Bernam,Selangor..Anak bongsu dari 4 adik beradik ini dibesarkan dlm satu keluarga yg sangat sukar..Ibunya hanyalah seorg surirumahtangga sepenuh masa dan ayahnya hanya seorg pekebun..
Dalam menjalani kehidupan yg agak sukar,ujian telah dtg menimpa ketika beliau berumur 4 tahun krn seorg dari kakak beliau telah dipanggil utk bertemu PENCIPTANYA..itulah tanda yg kita sentiasa diuji..
     Bersekolah di Sek,Keb.Teluk Rhu sehingga Darjah 6..krn kehidupan keluarga yg sukar,beliau ke sekolah tanpa berbekalkan duit belanja seperti apa yg beri kpd anak-anak kita skrg..terima kasih kpd kakak dan 
abang yg sanggup berkorban utk adik yg ingin menimba ilmu demi membela nasib keluarga..Menyambung persekolahan di Sek Men Tunku Abdul Rahman Putra dialiran sains..Tersentak lagi dgn ujian yg Allah beri,ayah kesayangan telah pergi selama-lamanya ketika saat peperiksaan yg besar (SPM) yg akan menjadi penentu bakal menjelang..antara adik-beradik beliaulah yg paling rapat dgn arwah ayah..arwah ayah selalu berpesan "belajar bersungguh-sungguh..jgn main-main".....bersambung

31 July, 2010

Kejayaan Seorang Petani

Bersama upline,d/line,sideline..

Bersama insan yang hebat..

Bersemangat!!

Pasar qornish Jeddah

Ziarah ke Madinah

CDM Pak Su Manab
Diiktiraf sbg Double Diamond Manager
Crown Diamond Manager Pak Su Manab.
Beliau yang aku kenali hanyalah seorang petani/pesawah yang membanting tulang saban hari di bendang. Perkenalan kami ditakdirkan melalui perniagaan Hai-O..beliau adalah pada aku seorang yg gigih demi mencapai satu impian..tapi aku tidak tahu apa impian beliau..titik pertemuan lebih 2 tahun lepas di Alor Star tanpa disangka telah merubah satu tanggapan aku dan mungkin ramai juga manusia diluar sana bahawa sesiapa sahaja tanpa mengira kedudukan,posisi jawatan,peribadi boleh berjaya dalam perniagaan ini..
Beliau seorang yang lucu,peramah,optimis,kreatif dalam membina perniagaan ini..aku selalu tersenyum sendiri apb mengenangkan selama perkenalan kami..itulah hikmah yang di turunkan Allah kpd umatnya..
sesuatu kejayaan tidak boleh diukur dgn zahir shj..siapa sangka seorang seperti "Pak Su" yang kerjanya saban hari dibendang dan apabila melihat "peluang" yang ditunjukkan dan dia buat bersungguh-sungguh akhirnya beliau akan menaiki pentas yang gilang gemilang iaitu "Crown Diamond Manager" pada penghujung 2010 ini..Tahniah dari aku untuk insan yang bernama Pak Su..Potensi,kehebatan,kegigihan dan kesabaran yang menjadi tunjang kejayaan ini akan aku lampirkan dalam diari hidup aku..Syabas dan Tahniah Pak Su..!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...