kutwo181.blogspot.com Headline Animator

10 February, 2011

Tak Hairan...


kanak-kanak ni berumur 10 tahun..
dapat serangan di sekolah..
doktor pun pelik..
aku lagi lah pelik..
kah.kah.kah..

awas dengan pemakanan sekarang..
banyak tercemar dgn toksin,racun dan sebagainya..
perhatikan adab pemakanan seharian kita..
bukan mcm dulu..
kangkung boleh kutip-kutip tepi parit..
pegaga boleh petik-petik tepi pokok betik
makan ayam bila ada pengantin bersemayam.
makan daging bila hari raya korban dilanding..

sekarang semua on the spot...
nak sakit pun on the spot..
nak mati on the dot...

bibik..

siapa kuli siapa bos ni..?
siapa menggaji siapa digaji..?
siapa dicuci siapa mencuci..?
siapa datang siapa pendatang..?

statement apakah ini?..
beliau ustazah ke..?
pegawai syariah ke..?
atau rupiahawana....

ada dipanggil bibik..
ada dipanggil amah..
ada dipanggil ibuk..

cuba buat statistik sikit...berapa ramai warga bibik yg datang?..bukan setakat bibik..anak bibik..adik beradik bibik..sedara mara bibik..
semua ahli keluarga dah ramai di Malaysia..cari makan di Malaysia..
bila dah ramai..sms selalu..cuti selalu..rindu2 selalu..sakit2 selalu..niat nak cari makan!!!..
bayar gaji bukan murah..mahal..kalau murah lariiii....kalau murah curiii....
dulu bibik dtg sorang2..tiada teman...mau sms siapa pun hengak tahu..petang2 ada dirumah tunggu tuannya pulang dari kantor..sekarang bibik2 sudah rame..petang2 kok meeting...mau diskus b'mana mahu bikin union...kah.kah.kah..
sedarlahh sikit...gaji org Malaysia pun tak lumayan mcm gaji ko bibik!!..tak percaya?..!!

ramai gajinya dibawah garis kemiskinan..bayangkan..org sini gajinya begitu..
kerjaannya lebih dari kamu bibik...
b'mana gaji kamu itu lebih..?????
kasus-kasus bibik dihambakan hengak banyak..tapi kasus-kasus bibik lari curi rame tak diomongi..kami gajian bibik agar perihal rumahtangga ditanggung beres...asal beres sahaja..mana ada majikan yg jadikan bibik sbg hambanya..pengetahuan aku bibik semua bisa jadi pelakon yg terkenal...selepas 4 ke 5 bulan bermula lah lakonannya...ibunya sakit..anaknya sakit..suaminya panggil pulang..dan mcm-mcm lagi...
hudah-hudah lah tu bibik..kalian sekarang sudah bisa demand..mau cuti dibagi cuti..mau hp dibagi hp..mau slimming dibawa ka slimming....kah.kah.kah..

kepada warganegara selepas ini kita gajikan "babun"...

kah.kah.kah....pppprrraaahhh!!!!! 

08 February, 2011

aku tadika...

Rentetan dari perkongsian sahabatku semalam..aku pulang ke rumah dan bermuhasabah...
aku duduk dan renungkan sendiri apa yg menimpa aku selama ini..apabila duduk sendiri aku dapat tak banyak , sedikit mengimbau apa yg telah aku lakukan dari kecil hingga dewasa..
dari 6 tahun..
aku dulu memang dikategorikan anak nakal..dari sekolah tadika aku dah berbeza dari kanak-kanak lain..dahulu pada zaman 80-an sekolah tadika bermula dari jam 8 dan tamat pada jam 10..tetapi aku selalu pulang jam 5ptg..patutlah ibu selalu risau akan aku..tapi waktu itu aku tak kesah..
aku dibesarkan di dalam kem askar..ayah aku askar..jadi aku bercampur dgn anak2 askar..kami memang bercita-cita nak jadi askar krn waktu itu kami tak tau lawyer,doktor,jurutera dan apa-apalah..yg kami tahu berseronok..
pernah aku bermain "perang-perang"..ada 2 pihak sedang berperang..senjata aku hanya batu-batu dijalan..umpama melontarkan bom tangan aku melontar bagai tak mahu selagi mereka tak menyerah..dalam asyk menghumban batu ada suara tangisan..aku mula panik..alamak ni mesti teruk ni..sangka aku....memang betul sangkaan aku apabila aku lihat seorg musuh tapi kawan sebenarnya sedang dipapah oleh kawan yg lain dengan kepala dan mukanya berlumuran dgn darah...aku dimarahi oleh kawan-kawan...aku tak kisah itu semua..adat berperang..bukan main nyorok-nyorok tetapi apa yg bermain difikiran aku " mamposlah aku kali ni..mesti ayah marah dan pukul aku"..bila waktu malam selepas mengaji al-Quran memang tepat jangkaan aku..ayah mengamok bagai tak mau..aku disebatnya dgn tali pinggang askar yg berwarna hijau..habis birat-birat kaki badan aku..."aku perlu bayar atas apa yg aku dah buat"..ibu aku buat tak tau sbb dia tahu aku mesti diajar..ibu cakap dgnn aku , ayah kpd budak tadi ada dtg ke rumah memberitahu kejadian tersebut..patutlah..memang patut pun..
aku juga suka bermain dalam longkang..longkang dulu tak mcm longkang sekarang..longkang dulu banyak ikan..ikan keli,ikan haruan,ikan betok,ikan sepat...longkang sekarang sampah banyak,bayi pun banyak mansyaAllah...bermain dalam longkang pun mengalpakan..aku selalu bertiga..habis waktu sekolah tadika terus ke longkang...bukan nak ikan sangat tetapi saja kotorkan baju sekolah sbb kita anak jantan..jangan bersih2 sgt mcm org pompuan..fikiran kanak-kanak pada masa tu..
selalu balik dari main longkang memang ibu selalu berleter..tak cukup leter ayah tambah..zas sana zas sini..tapi aku tetap degil sbb aku memang degil..kesian ayah dan ibu...
satu hari aku balik dari sekolah aku syok bila sampai rumah.....aku nampak ada papan carom..tanya ibu sapa yg beli..?..ibu cakap ayah yg beli..lps ni jgn main longkang lagi pesan ibu...aku pun terus cakap ok...bila diingat teruk betul aku sampai mcm tu sekali..kalau nak diikut dulu..nak beli papan carom ni umpama beli sebuah television...lepas aku war2kan pd rakan2 rumah aku jadi tumpuan..tak menang tangan dibuatnya..setiap saat penuh dgn kawan2...rimas pulak ibu aku tengok...tak sampai 2 bulan papan carom jahanam...aku pun dah boring main....
selepas tu kami main lastik burung pulak..fuh mcm2 bentuk lastik buatan sendiri tercipta..banyak betul idea masa kanak-kanak..bukan mcm sekarang lastik kt maidin pun ada..burung yg selalu jadi sasaran ialah "burung kelicap"..kecik je burung ni..besar lagi kotak rokok..sebenarnya kami cabar diri masing-masing..nak lastik burung kecik lah..yg besar senang kena..burung kelicap ni suka main di pokok ubi..pokok ubi tak lah tinggi..itu yg sedap tu..kadangkala kalau kena batu lastik , burung tu tak de kepala,tak de kaki,perut pecah..ish kejamnya aku kalau difikirkan sekarang...tapi apa nak buat dulu kecik2 memang seronok...aku berenti main lastik lepas seorang pak cik tu dtg rumah marah ibu aku..pakcik tu dtg dgn bibirnya berdarah terkena batu lastik..dia tak tahu siapa yg buat tapi dia tahu aku yg main lastik..ibu tahu ok lagi..lepas ayah tahu jahanam aku....
tu sedikit imbauan waktu aku kecil..kalau nak kasi habis banyak wooo...

bakal bersambung..

07 February, 2011

sikap pakis..

kita dah bosanlah dengan surat kabo ni...asyik-asyik salah kita sebagai pemandu..diorang tu penonggang ke?..biasalah kita semua nak cepat..siapa nak lambat..habis dah hari perayaan,semua ada mak bapak sedara mara dikampung..kena lah balik..
dah mana kita mana tau semua org nak balik kpg..tiba-tiba je jam..so 2 lorong jadi 12 lorong pun tak kisah sbb kereta lain2 sais..biasalah..
melanggor peraturan ni jugak dapat membayor saman.. semua org yg kena saman tu berduit..ada apa kesah..jumlah kenderaan pun dah bertambah..tak tau ke..? tahun lepas 1/2 juta kenderaan terjual dgn tak sengaja..dah lupa ke?..tak makan celgynic la diorang nih..kah.kah.kah
sebenarnya pemandu kita dah boring..nak cepat tak boleh kena saman..salah lorong kena saman..piket harga minyak naik kena saman..last-last saman lah....!! buat pemandu-pemandu semua pun sama..sikap pun kena jaga..jgn korang saja-saja berenti hisap rokok dilorong memotong hudah le..nanti surat kabo letak muka depan @ ruangan sukan..kah.kah.kah...bengong!!!
Jadi antara langkah bijak untuk mengurangkan kadar kematian jalan raya kita kena beli kereta kebal satu...sbb ia kalis bengkok..kah.kah.kah..
hanya peluru dari afghanistan saja yg dpt membengkokkan dia..
bwk keta xcident mati,motor lagi laa..,naik bas pun sama gak..nak naik kapal terbang takut sbb tak de traffic light..kah.kah.kah..




Jadi langkah paling bijak belilah satu tanker ni untuk kesejahteraan seisi keluarga..ingat org yg tersayang..biar cepat dan selamat...

 kalau nak lambat dan selamat ni la dia model terlama...
beskal wak kunto...!!!
kah.kah.kah..

sketsa kehidupan..

Salam perjuangan..
malam tadi aku pergi berjumpa dgn seorg sahabat yg dah lama tak ketemu..dah setahun perancangan dibuat..buat call,miscall,sms suma reply selepas sebulan..ada je masalah yg tak kena..walhal aku dgn dia dulu satu tempat kerja...asal aku keja dia ada , asal aku tido dia ada , lps habis waktu keje pasti jalan bersama..kalau kira dia ni kwn baik lah..
kebetulan smlm slps maghrib dapat satu sms dari dia..terus aku reply..dia kata kalau free jom aarr minum..kebetulan hari ni tak berniaga..katanya..itupun slps 3 jam baru dia reply balik...aku tak kisah sbb aku mmg kenal sikap dia ni..
aku ambik dia kt rumah..transport dia dah tak de..hanya sebuah lori..aku tak tanya pun..aku buat bodoh je..lagipun ambik dan hantar org ni mmg aku dah biasa..so tepat 11.40 mlm aku sampai kt satu tepi jalan ambik dia..dia tak bagi pun ambik dia kt umah..aku pun tak tau pasal apa..
last kami pot kt sebuah restoran 24h..order teh ais 2 air suam 2..minum je cukup sbb semua dah kenyang..jadi kami mula berborak..
kwn aku ni dah 2 tahun berenti kerja ambik vss 2009..dapat lah 70k masa dia berenti dulu..sekarang menjadi seorang  peniaga pasar malam..kwn aku ni sebenarnya mewarisi perniagaan yg dibuat oleh arwah ayah dan ibunya yg dah tak mampu untuk teruskan berniaga..dia berniaga buah-buahan..
sedihnya selepas bermula slps berenti kerja pendapatan langsung tak mnetu..ada sahaja musibah @ ujian yg bertimpa-timpa tuhan bagi..itu tak jadi..ini tak jadi..barang tak laku..banyak buah kena buang..dan bermcm-mcm lagi yg boleh disebut "musibah"..
aku hanya mendengar dan sekali terkeluar dari mulut aku ini lah "kifarah"..maksudnya masa untuk membayar segala dosa...dia tersentak!!...tak tanya pun kenapa aku boleh cakap mcm tu..aku pun tak tau knp sampai begitu serius dia mendengar apa yg aku cakap..kwn aku ni dulu fizikal dia besar..perot buncit..kencing manis,darah tinggi semua ada..mlm ni yg aku jumpa dia aku tengok dia byk berubah dari fizikal..tubuh dia kurus..berat yg biasa slm 105-110kg turun sampai 69kg..bayangkan..aku bertanya kenapa kau jadi mcm ni..? jawapan yg diberi sangat menyentuh hati aku yg brutal ni..dia cakap.."ini lah yg tuhan bagi atas ego aku kepada ibu aku".."aku sendakan mak aku".."aku kata mcm-mcm dgn mak aku".."aku bg mak aku makan dgn duit yg tak baik"..tu lah yg dia bgtau aku..aku sebak dgr citer dia..
ujian demi ujian sampai...rumah lama tak boleh nak disewakan..dulu duduk rumah besar sekarang mcm pendatang..( anak 6 org )..berat badan susut..terbaru anaknya si angah patah kaki selepas sebulan baru tahu yg kakinya patah..si alang jatuh motosikal habis sebelah badan luka..kereta hampir ditarik..selepas tu terbakar di tepi highway..berniaga buah tiada untung hampir 2 tahun..salah seorang anaknya hampir tidak ditimpa TV 29'' yg jatuh dirumah lalu meletop sampai satu taman perumahan datang...dan bermacam-macam lagi musibah yg Tuhan bagi "direct"..
aku cuma dengar dan sedikit aku beritahu inilah "kifarah"..aku cakap kita dulu memang mewah..duit tak jadi masalah..kita tau duit tu dtg dari mana..kita dah campur adukkan..hati kita kotor..anak bini semua rasa sekali..bila hati kotor kita biadap pulak dgn ibu kita..inilah yg kita dapat..kita harus bayar..
aku cakap lagi..selagi ada ujian ini itu tanda Allah sayangkan kita..Sebenarnya Allah dekat dgn kita cuma kita shj yg jahil jauhkan diri dari DIA..aku pun belajar..aku pun menghadapi perkara yg tak jauh beza..kita harus sabar,tabah dan insaf..lebih2 lagi dgn ibu yg lahirkan kita..
biarlah kita hebat kaya mcm mana pun kalau Ibu tak pandang kita hebat hidup ini serupa mayat @ tiada berkat..itu memang jgn kita ambil ringan...
aku pun tak tahu apa yg Allah bg aku daya untuk aku bercakap dgn seorang yg senior dari aku mengenai kehidupan..aku insan biasa yg tak pernah dari kesilapan..cuma aku cuba menjadi yg terbaik..insyaAllah..
jam hampir pukul 4 pagi..jadi aku hantar dia balik kerumah..tak sangka dia ajak aku dtg lihat sendiri keadaan dlm rumah dia..SubhanAllah..memang sebak aku lihat..tapi aku kawal emosi agar aku kuat..aku lihat anaknya terbaring diruang tamu sambil berkain pelekat..kakinya patah dan baru 2 minggu keluar hospital selepas operation..keadaan rumah tunggang langgang..TV dulu 29'' kini jadi 15'' , sangat sempit untuk 8 anak beranak duduk..aku hiba dlm hati..aku teringat aku dulu pun serupa..rumah jadi sarang ular..tempat monyet bermain..air minum aku air perigi..aahhh...
anak-anaknya yg lain dah tentu tidor sbb esok hari pertama bersekolah selepas tahun baru cina..habis rokok sebtg aku pun mintak diri..aku cakap dgn kawan aku.."kita mesti yakin kita akan kembali gembira satu hari nanti..asalkan kita sabar,berusaha dan terus merintih/berdoa".."kita kuat,kita boleh..kalau kita tak kuat dah lama kita melarat.."..."ujian ini cuma sementara..".."b'mana pun keadaan kau,kau tetap kwn aku dunia akhirat"..
wassalam...

06 February, 2011

CDM Ali Saad

Di sini lah pertma kali aku dtg utk hadir biz talk di kawasan utara Perlis..tempat ni pun adalah tempat pertama selepas rumah CDM Ali dijadikan markas @ port untuk berniaga..
Sehari selepas dirasmikan kami terus guna tempat ni sbb org yg menjaga tempat ni pun sudah di sponsor oleh group CDM C.Mat..so ada kemudahan..
Pertama kali hadir biz talk ni memang canggung..tak tahu b'mana nak buat suasana..maklumlah tak da ilmu nak buat..hadir ke sini pun atas jemputan CDM Shahrina dan CDM Wan..datang sbg tanda sokongan kepada mereka..HEBAT!!
 CDM Ali memang anak asal kelahiran negeri Perlis..beliau pernah berniaga bermacam2..pengalaman berniaga memang banyak..asal barang jadi duit..bertemunya peluang berniaga ini selepas di pelawa oleh CDM C.Mat yg ketika itu adalah Boss beliau..Boss kata ok..ok lah saja..disebabkan menjadi follower yg baik akhirnya CDM Ali berjaya..CDM Ali lebih mesra aku panggil Abg Li..dia berusia dah 5 series tapi masih gagah..makan padi pure banyak kot..pertama kali jumpa memang aku janggal sikit..maklumlah aku baru 3 series..so nak mesra tu kena pandai gak tengok keadaan..
 Rupa-rupanya beliau seorang yg peramah..kadang2 serius kadang2 lucu gak..Abg Li banyak menceritakan pengalaman beliau dlm berniaga..dulu pernah berniaga buah pelam,berniaga balak,ada lesen BOM dan bermcm2 lagi..jatuh dan naik dlm berniaga adalah lumrah..tetapi dlm byk jenis berniaga,berniaga MLM semacam ini lah yg paling mudah dari pengalaman beliau..berniaga yg mudah dah boleh mendatangkan pulangan yg sangat lumayan..talking-talking,drinking-drinking and money coming in..beliau ada magnet untuk tarik orang sbb beliau sgt dikenali di negeri Perlis..sungguh dahsyat...!!
 Hasil dari rumah beliau tempat menjadi port berniaga akhirnya beliau bergelar CDM selepas 6 bulan join..dalam tempoh 6 bulan membuat hasil jualan sebanyak 2 Juta !!!!..Hebat!!
kadang-kadang bengong jugak aku pikir mcm mana di negeri Perlis terutamanya bandar Kangar ramai org yg boleh join..aku ronda dlmm kol 8 mlm di bandar kangar dh mcm pekan mati..senyap sunyi..tapi mereka boleh berjaya dlm masa yg pantas..inilah hasil keyakinan dan kesungguhan mereka..org ingat tak boleh..tapi mereka sentiasa ingat MESTI BOLEH!!!...
Apapun tahniah untuk CDM Ali Saad kerana telah menggenggam pangkat tertinggi dlm masa 6 bulan sahaja...rekod yg dah pecah...
 semoga tahun ini dan tahun-tahun berikutnya banyak lagi kejayaan yg akan dicipta..ramai lagi rakan kongsi yg dahagakan sebuah kejayaan yg dapat merobah sejarah generasi kehidupan..dari aku seorang yg biasa menjadi manusia yg sgt luarbiasa..ini lah tujuan..bukanlah kekayaan semata-mata tetapi dpt melihat kejayaan org lain adalah satu kepuasan apb kita bersama dan bersatu mencapai apa impian kita yg kita impikan selama ini..
Tahniah CDM Ali Saad..!!!
teruskan usaha untuk menjadi seorang Juara!!..

NDS Promo..


perhatian!!perhatian!!perhatian!!..
NDS..NDS..NDS..
kali ni berada di utara..
jom warga utara kita pergi beramai-ramai..
pergi untuk ilmu...
ilmu apa?
apa saja ilmu yg ada di beri..
kita ambik...
ilmu suasana..
ilmu semangat..
ilmu positif..
ilmu kejayaan..
ilmu motivasi..
ilmu strategi..
ilmu gerakerja..
mcm-mcm ada...
semua pun ada..
mai-mai warga perlis..
mai-mai warga kedah..
mai-mai warga penang..
mai-mai warga perak..
mai-mai warga selangoq..
mai-mai warganegara..
jgn lepaskan peluang ini..
untuk berjaya anda harus duduk dlm seminar ini..
ini kitaran untuk kita berjaya..
pada sesiapa ada jemputan kenduri kahwin..
mintak tuan rumah post pone..
kah.kah.kah..
jumpa di puncak perdana!!..
kah.kah.kah
kejayaan!!!!!

05 February, 2011

Impian..

nak berjaya bukan senang...nak berjaya perlu pengorbanan..itulah positifnya..
sebab dah ada peluang..sebab dah lihat bukti kejayaan..sebab kemahuan yg tinggi..sebab desakan hidup yang makin tinggi..apapun aku mesti cuba.!!!
ini yg berlaku pada ujibakat AF7 di k.kinabalu..memang ramai org sabah berbakat dlm nyanyian..lebih2 lagi warga2 muda mudi di sana..memanglah salah satunya mengejar glamour..tak salah untuk glamour..bukan senang nak glamour..ada org senang dan ada yg susah..yg pasti mereka sanggup dtg dari jauh..jika berkereta dari tawau ke k.k mungkin ambil masa 12 jam atau lebih...
lihat lah kalau nak berjaya...mudah ke?..itu baru pergi untuk ujibakat..belom konfirm dapat..kalau dapat ada pulak stage 1 , stage 2 stage 3 untuk dtg lagi....nampak..nampak..
mereka sanggup dtg dari jauh sebab dah nampak peluang..mereka tahu stacy dah kaya dah glamour..begitu jugak adam...dan lain yg aku tak berapa nak kenal..SEBAB PELUANG!!!...dan BUKTI!!!...itulah mereka mahu...dalam ramai-ramai mungkin mereka tahu mereka tak berbakat tapi cuba-cuba kot2 ada rezeki..janji uji dulu...dulu kita lihat Mawi...aku tak lah pandai nyanyi..tapi aku tgk mawi ni memang tak de bakat pada mulanya bukan tak de lansung..kurang laaa..tapi rezeki Allah nak bagi...dia menjadi-jadi...


jadi kesimpulannya kita dah berada dlm peluang..kita teruskan..tugas kita dlm MLM ni adalah kongsi peluang kongsi produk kongsi strategi agar semua orang boleh berubah hidup dari biasa menjadi luarbiasa..bukti?!!!...dah ramai kawan2 yg kita kenal dah digelar Jutawan.!!itulah buktinya...apa lagi nak tunjuk..itu pun terpulang kepada anda..jika anda mahu jom kita buat sama-sama..jika anda tak mahu saya akan kasi anda sampai anda mahu!!!
"kita tak boleh paksa org untuk beli..tapi kita tak boleh paksa org jgn tak beli"...kah.kah.kah...

Sabtu

sepatutnya aku berada dikampung..tapi sbb demam yg kuat bersama anak-anak terpaksa aku tangguhkan..apa la emak & ayah aku ingat..?.
smlm dah bgtau emak...aku mungkin tak balik..emak ok je...ok je ada makna tu?..lama jugak aku tak balik sedangkan kampung bukan lah jauh...ada org kampung dia kt kelantan,kedah perlis johor semua dpt balik awal..ye lah kan cuti kali ni bersambung..ramai yg ambik peluang...
ari ni demam aku dah kebah sikit tapi batuk la pulak..sampai suara aku pun dh hilang..sesiapa yg talipon aku reply melalui sms..aku bgtau suara tak de..ada yg degil talipon la jugak..
beginilah kalau suara tak de..payahkan..suara @ boleh bercakap adalah satu anugerah...bayangkan kita tak bole cakap...bayangkan mula-mula kita boleh bercakap..tapi satu hari nanti nikmat ini ditarik..mcm manalah rasanya..hari ni memang aku tak boleh nak ckp...semua sangkut..gula-gula fisherman je lah jadi penyedap tekak..rokok dah tak hisap...
appoinment dgn prospek semua ditangguhkan...dah suara tak de..nak ckp apa kan..tak kan nak pakai bahasa isyarat...downline talipon pun terpaksa tak jawab..no voice..!!
ini pun saja gatal tangan nak update...lama dah tak berusik tak syok la pulak...
mungkin ramai dikalangan kita sedang bercuti bersama keluarga ke tempat2 peranginan..syokkan bawak keluarga...ni lah masanya kita berehatkan minda sebenarnya...
jiran aku 2 hari lps tinggalkan kunci rumah dgn aku..diorang holiday di Indon katanya...semua anak-beranak dgn adik beradik sekali pergi...*dlm hati aku , dia ingat aku tak balik kpg ke apa?.. 
aku selalu belawak dgn jiran aku ni..didi nama dia..org dia bonsai je..tapi ok lah..muda dari aku beberapa tahun tapi mampu miliki rumah berharga Rm 400k..masih bekerja...dulu pernah bekerja dipelantar minyak sbg diver...dahsyat tu.....ok lupakanlah pasal didi..
so nampaknya idea aku dah tercutas-cutas..nanti kita citer lain..kah.kah.kah..

03 February, 2011

Berjuta Padu..


bila hati dah sakit..
bila jiwa dah perit..
bila akal dah tersepit...
bila takut dah lembik..
bila berani dah melekit..








  bila semangat dtg peduli...
bila jemaah kuat berlidi..
berani lah penghujung diri... 

















 

Tidur....


tidur..tidoq..lena..turu....
memang tidur itu nikmat..
memang tidur itu lazat..
memang tidur itu berkhasiat..

woit..ye ke ni...?

ahli saintis yg buat kajian...
tidur bantu perkuat ingatan..
ini bukan main-main...
saintis yg bg tau...
tapi tidur yg seketika..
lelap..lelap..lelap jer....

kalau tidoq lama sangat...
kah..kah..kah..

bukan daya ingatan yg kuat...
daya "berat" bertambah...

kah..kah..kah..

02 February, 2011

CDM Faridah..

sebak apabila aku membaca blog CDM Faridah..anaknya yg kini berada jauh beribu kilometer dibumi mesir tak dapat dihubungi..suasana kacau bilauu yg melanda bumi mesir telah menyentap hati naluri seorang ibu..ibu mana yg tak risau?ibu mana yg tak sedih?ibu mana yg tak runsing?apa yang dapat bantuan untuk kita hulurkan?..dah tentu hanyalah doa kpd yg maha Esa agar anaknya dan anak2 warga Malaysia yg lain selamat..
bagaikan peperangan yg melanda..bekalan makanan,hubungan tekomunikasi dan semuanya terputus..bayangkan jika kita berada di tempat CDM Faridah...bayangkan...
aku pernah mengalami nasib yg hampir serupa 9tahun yg lalu..memang hancur luluh perasaan..tetapi atas sokongan keluarga,saudara-mara,rakan-rakan emosi itu dapat dibendung..begitulah peri pentingnya kita bersaudara..kita harus memberi sokongan dan peransang kepada CDM Faridah..sabar tak perlu diucapkan lagi..hati seorang ibu memang tersentuh dan tidak tenteram bla keadaan ini berlaku..hanya kepada Allah sahaja tempat mengadu...
aku sbg rakan meminta kepada semua yg membaca blog kutwo181 ini agar menghulur dan menadah tangan kepada Allah s.w.t agar CDM Faridah sekeluarga tenang menghadapi saat yg sebegini hiba..
kawan-kawan sama-sama kita doakan...
buat CDM Faridah..harap tabah menghadapi saat dan tika ini..
wasalam...kutwo181..

Gong Xi Fa Cai..



wa ucapkan gong xi fa cai..
untuk apek2,along2,taiko2,tailo2..
special utk ah chai,ah seng,nyonya,ah teck,ah siang..
my jiran kt kpg..
semoga ada umur panjang..
nanti lagi boleh jumpa..

wa kalau ada utang sama lu..
kira kaw tim looo..
ada pun talak banyak..
lu tak kan miskin punye...

kalau balik kampung slow-slow jalan..
kasi ingat sama sayang punya olang..
jgn yam seng maaa...
halaammm wooo...

amoi-amoi anak nyonya wa ckp selamat hali laya..
hali laya kasi cun habis..
kasi kaw tim satu tahun punya...
ah seng sam nyonya kasi angpow banyak..
jgn kelekut...
wang sudah banyak...
nanti mati pun ada bawak wang satu kali..
kah.kah.kah..

ini tahun labbit..
apa bikin mesti kasi laju..
jgn serupa kula-kula aarr..
kah.kah.kah

labbit ah seng tauke kelapa putih sabak bernam..
 kah.kah.kah..

Santai...


Nizam mana ni..?
mcm pernah kenal jer..?
laki sapa tu ye..?
tak sangka ye...?
anak sapa tu ye...?
asal orang mana ye...?
sampai masok surat kabo berita harian...!!

kah.kah.kah...

Mo-Ron 97

woit...!!
kah.kah.kah..
bawak ber"tenang"..
relax..relax...
jgn gelabah..
jgn takut...
naik pun ada sebab...
bukan saje-saje kasi naik...
tak naik mana boleh...
mesti kasi naik maaa...
yang pelik..
amerika n eropah pakai banyak..
malaysia naik seposen..

kepala banaaaa!!!!
kah.kah.kah..

01 February, 2011

Motivasi...

sejauh mana kebenaran nya..?
memang betul...
ramai yg berimpian memilikinya...
tak salah..tak dosa..tak makruh...
ia sebagai motivasi....
bulih..bulih..bulih!!!!
 












 
yes !!! I can...!!

jadikan ini sbg motivasi juga..
bukan untuk dimiliki..
tapi untuk diingati...

kah.kah.kah...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...