kutwo181.blogspot.com Headline Animator

09 April, 2011

Risiko Jadi Gila...woit !!!


read.read...n understand carefully...
crazy.crazy.crazy...many.many.many..
ini kajian..ini statistik..ini realistik..
not boom bastic !!!!
"Tekanan adalah sebahagian dari hidup.."
"sebahagian lagi tak tau.."
control.control.control...!!!
 
 
*suka tak suka kita semua ada tekanan tersendiri..
tekanan = masalah..
do something yg boleh membawa kita mengurangkan tekanan hidup..

*Islam mengajar kita supaya banyak memohon petunjuk dariNYA...

"sayanggg..kau tipu-tipu aku lagiii..."

ingat tak siri raja lawak baru-baru ni..
si nazmi tu..
antara dialog dia yg best...

"sayangggg...sayang tipu-tipu aku lagi !!! "
"sayyyyaaannngggg......."

kah.kah.kah...
"saaayyyyaaannnnggggg......"
"sayang kena tipu-tipu lagi....?? "
"saayyyaaannnggggg....!!!"..

woit...
mana melayu kutuk melayu ???
mana melayu ckp MLM tipu ???
yang tak MLM lagi dahsyat menipu...
yang kena tipu pun melayu...
paling dahsyat kena tipu dgn mamat bangla...

kah.kah.kah...shah rukh kang kang...

Jumaat Malam 8/4/2011

Kelas Pengukuhan..
Kelas Bimbingan..
Untuk ambil ILMU..
Thank you for attending...
DSM Baru...Kak Rosiah dari Tg Karang...
Tahniah Kak...
pasti BooM lepas ni...Beautiful.Beautiful..
 Apa yg melucukan tu ???
DSM Lelawati from Tg Karang...jauh tu...syabas kak !!
sikit lagi nak naik DDM....
Boleh la...!!! Fight ! Fight !

 DSM Hadz semakin confidence..
EmCee majlis mingguan...
punyai "potensi" tersendiri..
tahniah....Kau boleh !!!


Slot pertama malam tadi berkenaan "Premium Beautiful"...oleh DDM Norita..
Masa agak singkat..tak puas...
Next Time kita setting BAIK punya..
malam tadi bersama beliau ialah rakan kongsi dari Riau..
< lupa pulak nak ambik gambar >...

 CDM C.Wan dengan slot "Follow UP"...
ramai yg tak tau rupanya...
ingat follow up yg tak mahu je...
yg mahu pun kena Follow Up...
TQ CDM...Mantop !!!!

 CDM C.Mat dgn slot "M/Plan"..
tetapi tak sempat present...
cuma buat kesimpulan...
< CDM ni pandai control majlis >..

jadi slott CDM C.Mat akan ke udara minggu depan..
di tempat dan waktu yang sama...
dan satu tajuk baru lagi..
"b,mana menjana pendapatan lumayan????"
oleh speaker yg dirahsiakan dahulu namanya...

datang ye jgn tak datang....!!!!
dtg awal la..banyak boleh dapat...

08 April, 2011

Terapkan Fikiran Positif

Untuk mula menerapkan fikiran positif senang jer..Kita hanya perlu fokus pada nilai-nilai baik pada diri seseorang. Contoh la...kawan kita.

Kawan kita ni tabiat dia suka menyindir-nyindir dan selalu memandang rendah pada kita..biasalah kita ni , mesti ada rasa sakit hati, geram dan "menyampah" pada  kawan kita tu.

Kalau sekali sekala tak pe gak tapi berkali-kali...itu biasa la..

Semakin hari semakin kita geram pada dirinya. Lama kelamaan rasa geram tu "bersarang" dalam fikiran kita tanpa kita sedari.

Mengikut Law Of Attraction, apa yang selalu kita fikirkan, maka itulah yang akan terjadi pada kita. Pendek kata, kita adalah hasil dari apa yang kita fikirkan.

Kalau kita geram, maka lebih banyak situasi "geram" yang akan muncul.Betul tak ?? Jadi  macam mana nak buang rasa geram tu?

Tentu kita tak mahu situasi-situasi buruk yang tak diingini muncul tetiba dalam hidup kita hanya kerana melayan perasaan geram tu berhari-hari.

Tentu juga kita tak mahu apa yang dimaginasikan selama ini tak menjadi.

Jadi bagaimana nak buang? 

Pertama sekali, maafkan kawan kita tadi tu. Sanggup ???...kena sanggup kalau nak positif..

Maafkan apa yang dia dah buat pada kita, terima diri dia dah macam tu...

Lafazkan kemaafan itu sepenuh hati, seikhlas yang mungkin dan tiada satu pun rasa tak puas hati yang tinggal. Lafazkan dengan nada berbisik.

Kemudian, lupakan kesalahan-kesalahan dia yang dia dah pernah buat dengan kita dulu dan sekarang hingga yang akan datang.

Kalau boleh, jangan ingat walaupun sedikit. Kalau masih ada, lupakan cepat-cepat.

Selepas itu, lihat pada dirinya.

Cari nilai-nilai positif yang ada pada dirinya.


Mungkin dia seorang yang kelakar, sentiasa ceria, pandai mengambil hati orang lain, rajin, cekap bekerja, pandai berkomunikasi mahupun pandai menyesuaikan diri.

Tumpukan fikiran kita pada ciri-ciri ini.

Secara perlahan-lahan, puji dia kerana sifat dirinya mempunyai ciri-ciri ini. Bandingkan pula dengan diri kita..Nobody perfect maa.. Adakah kesemua ciri-ciri ini ada pada diri kita?

Selepas itu, terapkan niat kita mahu bersaing dengannya. Bersaing dengan dia dalam menerapkan nilai-nilai positif ni, kalau boleh biar kita kalahkan dia dan menjadi lebih baik daripada dia.

Kalau dia sakitkan hati kita lagi, ulang semula teknik  di atas tadi.

Lama-kelamaan kita akan jadi "immune"/"mangli"/"alah".. sebab apa yang dia buat tak berkesan pada kita bahkan kita merupakan pesaing utamanya dalam diam!

Ini juga mencakupi situasi-situasi dan orang lain disekitar kita. Kadangkala kita tidak berpuas hati, geram dan "menyampah" pada situasi tertentu yang berlaku diluar kawalan kita.

Cuba cari nilai positif dalam situasi tu dan belajar untuk lupakan situasi yang kita sakit hati sebelum ini, step by step.

Kesan daripada ini, kita akan menjadi orang yang sentiasa berfikiran positif dalam semua keadaan, berfikiran positif pada semua orang dan semua benda.

Dengan ini,mudah untuk kita menerapkan Law Of Attraction dalam hidup kita.

Tumpukan yang positif dan semua yang positif akan lebih mudah datang pada kita.

Semua yang kita mahukan dan semua yang kita inginkan, mudah untuk minda merealisasikannya.

Bahkan, Law Of Attraction lebih senang bekerja dengan orang yang sentiasa berfikiran positif.

Bukan hanya setakat "mahu" tetapi bayangkan ia dah ada sekarang, di depan mata.

Lihat diri kita sebagai seorang yang berfikiran positif, ceria dan bersemangat.

Gunakan teknik ini untuk menjadikan diri kita seorang yang positif hari ini juga.

Teloq pun Palsu...


adoi.adoi.adoi...
banyak benda dah palsu sekarang..
ingatkan VCD je palsu..
ingatkan duit je palsu..
TELUR AYAM PUN PALSU !!!
kah.kah.kah..
siapa yg mereka cipta telur ni..
harus dianugerah hadiah NOBEL...kah.kah.kah..
 
 
woit..pulau tikus ada tang negara mana ???
di saudi arabia ka ??
di everest ka ??
di congo stan ka ??
 kah.kah.kah ??
 
penang ja...alamak !!!!!
mampuih.mampuih.mampuih..
 
 Teloq atas nasi dalca ni teloq palsu ka ???
 
kah.kah.kah..

Wak Bun...


kah.kah.kah.kah..

7 Langkah Mencapai Matlamat

1. Kenalpasti Semua Keperluan & Keinginan Sejelas-jelasnya
Duduk dan tulis semua keperluan dan keinginan anda sepuas-puasnya. Tuliskan seberapa banyak keperluan-keperluan serta keinginan-keinginan atau cita-cita anda. Apabila jumlahnya menjangkau 50 hingga 100, suatu bentuk perasaan atau semangat pada diri anda akan timbul. Teruskan. Perasaan inilah yang akan membarai semangat anda untuk terus ke hadapan bagi mencapai kejayaan.  Insya-Allah.

2. Tuliskan Matlamat-Matlamat Anda
TULIS matlamat-matlamat atau cita-cita anda di atas sehelai kertas. Ini amat-amat penting kerana jika anda tidak tulis, ia hanya akan menjadi angan-angan sahaja. Salinkannya ke dalam Buku Matlamat anda. Ini juga penting kerana dengan berbuat demikian, ia akan menjadi perkara yang penting bagi anda. Dengan berbuat demikian juga, ia akan mula meresap ke dalam minda separa sedar anda. Apabila ini terjadi maka akan mula sebati dengan matlamat anda. Hasilnya anda tidak lagi merasa selesa selagi anda belum mencapai matlamat atau matlamat anda. Dalam keadaan demikian, sudah pasti anda ingin dapat mencapai matlamat atau cita-cita anda itu dengan segara dan sebaik mungkin.

3. Tetapkan Tempoh dan Bila Anda Akan Mencapai Matlamat / Cita-Cita  Anda
Kaji tahap atau kedudukan anda sekarang berbanding dengan apa yang anda inginkan. Kira dan tentukan berapa banyak masa yang anda perlukan untuk mencapai matlamat anda itu. TETAPKAN bila matlamat tersebut mesti anda capai.

4. Buat Perancangan
RANCANGKAN tindakan-tindakan anda. Senaraikan semua aktiviti mengikut susunan keutamaannya. Dengan cara begini anda akan lebih yakin berapa lama masanya anda harus akan mencapai matlamat atau cita-cita anda serta bila matlamat anda itu akan anda capai. Perbaiki senarai aktiviti anda dari semasa; optimumkannya, sempurnakannya.

5. Gambarkan Kejayaan Pada Minda Anda 
Letakkan suatu Studio Filem di minda anda! Bayangkan satu GAMBARAN MENTAL yang anda telah berjaya mencapainya. Buat imej minda yang jelas dan terang pada mata minda anda. Mainkan gambaran itu berulang-ulang – berkali-kali di fikiran anda. Ingatlah bahawa: "Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang." - Cecil B. DeMille.

Ingatlah juga kata Mahatma Gandhi: Seseorang itu adalah hasil dari fikirannya. Apa yang dia fikir, itulah yang dia akan menjadi".

6. Tangani Halangan
1) Kenalpastikan halangan-halangan yang perlu anda atasi.
2) Tumpukan kepada usaha mendapat bantuan; bantuan yang anda akan perlukan untuk mencapai matlamat anda - UPLine , Mentor dan Akademi

7. Baki 90% Adalah Usaha dan Keazaman Anda 
Sokong rancangan anda dengan KEAZAMAN (Resolve) dan SEMANGAT TIDAK MENGENAL PUTUS ASA (Persistence). Tekadkan semangat. Tumpukan kepada kejayaan. Fokuskan segala perhatian dan tenaga anda untuk mencapai segala matlamat anda pada waktu yang anda sendiri tetapkan. Bulatkan hati dan fikiran. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap sebarang cabaran. Lakukanlah tindakan-tindakan proaktif dan produktif.

Insya-Allah, dengan diiringi doa, keazaman, disiplin yang tinggi serta usaha gigih, anda akan mencapai apa juga matlamat atau cita-cita yang impikan.

5 Langkah Meningkatkan Motivasi & Keyakinan Diri

1. Bina Matlamat yang Jelas
 

Seseorang yang tidak mempunyai matlamat hidup yang jelas akan seolah-seolah meniti kehidupannya dalam keadaan gelap yang tidak pasti akan ke mana sampainya.

Oleh kerana itu, binalah dengan jelas MATLAMAT atau apa juga yang anda ingin benar-benar capai atau miliki dalam kehidupan anda.


2. Bina Falsafah Kejayaan Hidup
 

Benteng semangat juang ialah moto atau falsafah hidup seseorang. Peribahasa atau kata-kata mutiara adalah contoh-contoh falsafah yang sudah teruji kebenarannya.


Oleh itu, binalah falsafah hidup sendiri agar anda dapat memotivasikan diri anda terutamanya tatkala anda memerlukan semangat atau dorongan yang kuat untuk terus hidup dan maju ke hadapan.

Contoh falsafah kejayaan:

"Untuk berjaya, saya mesti benar-benar serius, fokus, dedikasi, tekun  dan bersungguh-sungguh dalam perjuangan saya".


3. Bina Keyakinan Diri yang Tinggi
 
Salah satu sebab utama kenapa motivasi seseorang menjadi lemah ialah apabila timbulnya ketidakyakinan pada diri sendiri. Seseorang yang tidak yakin diri, biasanya akan kalah sebelumpun melakukan apa yang patut dilakukannya untuk mencapai kejayaan.
Agar anda lebih yakin dan berani, anda mestilah benar-benar tahu apa yang anda ingini serta membina / mempunyai strategi mencapainya. 
Yakinlah bahawa anda sebenarnya BOLEH. Katakanlah kepada diri anda berkali-kali, SAYA BOLEH!
4. Bina Pelan Tindakan yang Mantap
 

Setelah anda sudah membina matlamat-matlamat yang jelas dan mantap serta moto-moto hidup yang hebat, anda hendaklah merangka pula pelan tindakan yang mantap.

Pelan tindakan anda itu harus sentiasa bertindak sebagai rangka panduan, penguat fikiran serta rujukan anda dalam menangani apa juga cabaran yang anda hadapi dalam usaha anda mencapai kejayaan.

Oleh itu, agar anda lebih komited mencapai kejayaan, buatkanlah perancangan anda secara bertulis.

5. Fokuskan Tindakan dan Tenaga Anda
 

Seterusnya, fokuskanlah segala perhatian, tenaga dan usaha anda ke arah mencapai matlamat dan cita-cita anda itu.

Berusahalah dengan penuh ketekunan, dedikasi serta penuh kesungguhan. Lakukanlah tindakan-tindakan yang perlu anda laksanakan untuk mencapai apa juga matlamat yang telah anda tetapkan dengan penuh keyakinan.
Insya-Allah.

07 April, 2011

Ayaq nira + Nasi Dalca..


air ni ok..tak mabuk.tak mabuk...
 
habis je meeting di safira singgah pot biasa..pelita !!
terkenang nasi dalca..
gerammmm.......
menu ni 12.30 pagi baru ada..
waktu2 lain sori...
yenn naa deiii !!!
kah.kah.kah..
dah order...5 min lagi sampai..woit lamanya !!!!
mai rasa..mai rasa..mai rasa !!! ayaq nira A punya..
wow....emmmmhhhh...bismillah...
ala cute nya kau...!!! comei ngaaa....!!!
pandangan sisi....
pandangan atas..< top view >
macam technical drawing la pulak..
 kah.kah.kah..
selepas 10 min...
terima kasih...kah.kah.kah..
CDM Fitri,CDM Ayu,CDM Din dan pasangan pun join jugak..
memang syok.memang meriah,memang harmoni..
kami happy,kami bahgia,kami gembira..
 
beginilah berniaga MLM...
seronok makan,seronok berkawan,seronok-ronok...
 
selepas bekerjasama dalam meeting..
bekerjasama pula waktu makan..
inilah nikmat yang Allah bagi...

semoga kita sentiasa bersyukur...
alhamdulillah...

TQ CDM Kamarudin kerana belanja...
 
 

Durian Bukit Gantang...

semalam on the way to Penang..
 pertamanya singgah di hentian bukit gantang...
berhenti utk solat..
berhenti untuk nasi lemak..
berlaukkan hati lembu n telur goreng...

durian.durian.durian !!!!
di hentian bukit gantang sekilo - rm5..
"kita try tengok dlm kampung punya !!!! "...
baru bukak pintu keta pung dah bau...emmmmm..

ada 2 kedai di tepi jalan...antara changkat jering ke taiping..
"mana satu nih ??? "....
last kami pilih satu kedai mak cik ni...nampak mcm best..
makcik tu tanya..
nak makan sini ke nak bawak balik..???
makan sini mak cik...try tengok sebijik dulu...
waktu pemilihan..
KING.KING.KING..kah.kah.kah..
wooooooooo.......wow !!!
perghhh!!! GANAS.GANAS.GANAS..!!!!
berapa bijik makan arrr ???? lupa la..
subhanAllah...alhamdulillah.....sedapssss...
makan durian pun sebenarnya ada SOP...
tak syok makan mcm tu je...
 
cuba ikut SOP ni...
1. ambik seulas dgn perlahan-lahan..sangat perlahan..
2. nganga mulut sebesar ulas durian yang di ambik tadi..
3. pejamkan mata..
4. masukkan ulas durian tadi kedalam mulut..
5. biar buah tadi berada diatas lidah utk merasai kesedapannya..
6. kembangkan hidung seluas2nya...
7.sedut dan tarik buah tadi keluar...
8.emmmmmm......
kah.kah.kah...
 
wooooowww !!!!!
akhirnya berjaya !!!!...memang syok aaarrrr....

lepas tu pejamkan mata dalam keta..
duduk seat belakang..
setting air cond temp paling low..
lepas tu duduk diam-diam..
kah.kah.kah...

06 April, 2011

Petua mencuci Hati - Dr Haji Fadzilah Kamsah

  1. Dirikan solat dan banyakkan berdoa - ini adalah salah sati kaedah yang sungguh berkesan. Semasa bedoa turut katakana "Ya Allah jadikan hatiku bersih".
  2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 kali sebelum tidur - ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, minda tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetus semua perkara kebaikan.
  3. Solat taubat - selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
  4. Membaca AlQuran - selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-Allah" sebanyak 3 kali.
  5. Bermaaf-maafan sesame kawan setiap hari - semasa meminta maaf perlu sebutkan.
  6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri,merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri.
  7. Program minda/cuci minda - paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata dan katakana di dalam hati "Ya Allah cuci minda aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, Berjaya, ceria, bersemangat, aktif,positif".Menurut kajian psaikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakam sepanjang tidur hingga keesokkan harinya.
  8. Berpuasa - sekiranya dalam puasa, terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.
  9. Cuba ingat tentang mati - sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa.
  10. Bersedekah amal jariah dalam kehidupan.
  11. Pesan pada orang supaya menjadi baik.
  12. Jaga makanan - jangan makan makanan yang kotor.

Umrah..


bukan nak menunjuk...
nak menggamit memori je..
indah sungguh kenangan sewaktu mengerjakan umrah 2009..
bukan ramai yg bernasib baik seperti aku...
tapi bolehhhhh.....kita usaha je n doa...

di RnR dari Jeddah ke Madinah..
di perkarangan masjid Nabawi,Madinah..
dibawah kubah hijau inilah terletaknya makam Rasulullah S.A.W..
keadaan di dalam masjid.....sungguh indah..
lawatan ke jabal thur..
 berada di kota madinah selama 3 hari..
alhamdulillah..byk kenangan yg tak dpt dilupakan..
banyak lagi gambar...nanti2 la..

Kaabah yg tidak berhenti manusia mengelilinginya sampai kiamat..
di perkarangan masjidil haram..
ni yg paling trajis..hati sayu apb berada hampir dgnNYA..
mendoakan yg terbaik...Jabal Rahmah..
 ni la sekelumit memori yg dpt dikongsi..
syukur kehadrat Allah S.W.T kerana aku terpilih..
aku mendoakan agar ramai lagi yg akan mengunjungi negeri ini..
aku juga menadah tangan agar dapat kembali lagi ke sana..
amin..

Kecoh...B.A.M..


kecoh.kecoh.kecoh...
sibuk.sibuk.sibuk..
dulu tak kecoh pun..
dulu tak sibuk pun..
apahal lagi nih..??

woit...
Misbun Up line..
Lee d/line..
Misbun mentor..
Lee mantee..
Misbun masyuk..
Lee Masyuk..
Misbun org banting..
Lee org bkt mertajam..
Misbun Jawa..
Lee ca ya nun alip..
kah.kah.kah


yang menguruskan persatuan..

juara batu seremban daerah jelebu..
juara lastik burung peringkat negeri seremban..
juara tepuk terup bawah 8 tahun..
juara main guli petek daerah sekinchan..

kah.kah.kah..bosan la..


Tarikh Kejohanan Lawan di peringkat akhir Markah
2003 Malaysia Satellite Bendera Malaysia Kuan Beng Hong 15–7, 15–9
2004 Terbuka Malaysia (1) Bendera Korea Selatan Park Sung Hwan 15–13, 15–12
2004 Terbuka Taipei Cina Bendera Malaysia Kuan Beng Hong 15–4, 15–10
2005 Terbuka Malaysia (2) Flag of the People's Republic of China Lin Dan 17–15, 9–15, 15–9
2005 Terbuka Denmark Bendera Malaysia Muhammad Hafiz Hashim 17–14, 15–8
2006 Terbuka Switzerland (1) Flag of the People's Republic of China Xia Xuanze 15–8, 15–0
2006 Kejohanan Terbuka Asia Bendera Thailand Boonsak Ponsana 21–12, 21–16
2006 Terbuka Malaysia (3) Flag of the People's Republic of China Lin Dan 21–18, 18–21, 23–21
2007 Terbuka Indonesia (1) Flag of the People's Republic of China Bao Chunlai 21–15, 21–16
2007 Terbuka Filipina Flag of the People's Republic of China Chen Hong 21–9, 21–15
2007 Terbuka Jepun Bendera Indonesia Taufik Hidayat 22–20, 19–21, 21–19
2007 Terbuka Perancis Flag of the People's Republic of China Bao Chunlai 21–11, 21–14
2008 Terbuka Malaysia (4) Bendera Korea Selatan Lee Hyun-il 21–15, 11–21, 21–17
2008 Terbuka Singapura Bendera Indonesia Simon Santoso 21–13, 21–5
2008 Super Series Masters Finals Bendera Denmark Peter Gade 21–8, 21–16
2009 Terbuka Malaysia (5) Bendera Korea Selatan Park Sung Hwan 21–14, 21–13
2009 Terbuka Switzerland (2) Flag of the People's Republic of China Lin Dan 21–16, 21–16
2009 Terbuka Indonesia (2) Bendera Indonesia Taufik Hidayat 21–9, 21–14
2009 Malaysia Open Grand Prix Gold Flag of the People's Republic of China Chen Long 21–16, 21–9
2009 Macau Open Grand Prix Gold Bendera Malaysia Wong Choong Hann 21–15, 21–19
2009 Terbuka Hong Kong Bendera Denmark Peter Gade 21–13, 13–21, 21-16
2009 Super Series Masters Finals (2) Bendera Korea Selatan Park Sung Hwan 21–17, 21–17
2010 Terbuka Korea Bendera Denmark Peter Gade 21–12, 21–11
2010 Terbuka Malaysia (6) Bendera Thailand Boonsak Ponsana 21–13, 21–7
2010 Terbuka All England Bendera Jepun Kenichi Tago 21–19, 21–19
2010 Terbuka Indonesia (3) Bendera Indonesia Taufik Hidayat 21–19, 21–8
2010 Terbuka Malaysia Grand Prix Gold (2) Bendera Malaysia Wong Choong Hann 21–8, 14–21, 21–15
2010 Terbuka Macau (2) Bendera Korea Selatan Lee Hyun-il No match
2010 Terbuka Jepun (2) Flag of the People's Republic of China Lin Dan 22–20, 16–21, 21–17
2010 Sukan Komanwel (2) Bendera England Rajiv Ouseph 21–10, 21–8
2010 Terbuka Hong Kong (2) Bendera Indonesia Taufik Hidayat 21–19, 21–9

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...