kutwo181.blogspot.com Headline Animator

04 October, 2011

al-fatihah

pagi 3 Okt 2011 (selasa)
hari paling diingati
oleh sahabat bernama Hairul Nizam
hilangnya kasih seorang ayah
hilangnya jenaka seorang ayah
yg tinggal hanyalah kenangan ABADI..

Rumah allahyarham Hussein Bin Yahya

Perjalanan menuju ke dunia yang abadi
Add caption

Selamat Bersemadi

Janji Allah s.w.t
yang hidup pasti merasai mati
setiap yg hidup pasti akan binasa
tidak sesaat akan terlewat
tidak sesaat akan tercepat
mari buat persediaan
kita tak tahu bila kita akan dipanggil Allah s.w.t
semuanya atas kuasa dan takdir dariNYA..

AL-FATIHAH utk arwah
TAKZIAH utk Cdm Nizam sekeluarga

semoga rohnya akan bersama org2 yg beriman AMIN....

03 October, 2011

UnikNya OraNG..

sambungan semalam
"barang buruk"
kahkahkah
bukan buruk tapi lama
jaga elok-elok kelihatan baru jua
kahkahkah

volkwagen
maknanya "people's car" dlm bahasa german
makna dlm bahasa jawa "wak miang"
kahkahkah



tengok la tu
blue is blues
cara-cara pengiklanan


woit..this is not the owner
jgn salah ye
ni saje tangkap cun sbb blue


tengok spesis oren ni pulak
dah over 30 tahun tetap cool beb!!!


siap ada sinki bro!!!!
keta lu ada????

kahkahkah


buruknyer...
berkarat..
melekat..
tapii enjin tak tersekat bro!!!

kalau jual kt lu,lu mau ka???
kahkahkah



buat selling la pulak
dahsyat.dahsyat
bukak booth sale
laku gila..
jual spare part yg dah berkarat pun org beli..



ni last kategori
byk lagi yg pelik2
tapi malas nak layan
kahkahkah

moral of the citer:

yg baru tak semestinya org suka
yg buruk tak semestinya teruk

renung2kan
selamat memblog..
kahkahkah

02 October, 2011

UnikNYa ManuSia..

Assalamualaikum

Tadi tengahari round-round 18 pusingan
tengok gelagat manusia
tengok minat manusia
tengok apa yg peliknya manusia

macam-macam
kalau difikir jadi profesor
so x payah fikir
tengok je
lepas diam-diam
kahkahkah

pameran kereta antik volkswagen
di summit park area
beratus-ratus kereta tah dari ceruk mana
sampai dgn bangga utk mempamerkan
sentimental value yg ada


tengok la..
totally berkarat
tak tau brp tahun dah tak mandi
kesian
buruk-berkarat
tapi masih disimpan
kalau ikut hukum alam dah jadi beam
kahkahkah
*sempat jugak CDM Zaifrey posing


tengokla dalam dia
siap ada helmet apollo
steering rantai beb
ada korang penah jumpa??
kahkahkah

tu antara beberapa
banyak lagi citer
sabor la ye..

ada moral disebalik citer ni
bukan citer kosong beb

imagine la
kalau keta berkarat tu park sorang-sorang dia
agak2 ada ke org nak snap gambo dia???
ada ke org nak perhati betul2..
@ buat dek je la..

tapi bila berkumpul beramai-ramai..


yg buruk jadi cun
mata terfokus
otak berfikir
hati ingin tahu

maknanya
kita jangan tak percaya pada diri sendiri
walau masih belom berjaya
duduk bersama org yg sudah berjaya
pasti aura kejayaan meresapi kedalam urat saraf

macam keta berkarat buruk tu..
dia tak segan park depan member2 sebaya dia yg hansem2..
kompem lain kali dia pun hansem..

fuyoooo!!!!
mantap!!!!

kahkahkah..

30 September, 2011

memo

Assalamualaikum semua
sori lama tak update
bizi memanjang
hidup perlu diteruskan
semakin gagal semakin kuat
kuat berusaha
kuat berikhtiar
kuat segala-galanya
kegagalan cuma ujian
bila diuji itu tandanya
Allah sayang kita..

orait..chawww!!!!

25 September, 2011


what happened prof?
what thinking?
what future?
what history?
what destiny?
what ari king.king..ari king.king..
kahkahkah
Jauh renungan
Jauh fikiran
Jauh jangkaan
Jauh sasaran
 
..kahkahkah..
 


24 September, 2011

~syoknye raye ye..~

CDM-CDM TQ for attending

Teman se-maggi dolu

Ketua 'Rumah Bujang' dolu..

The man frm Kuala Berang..yg Belakang mcm Aziz Satar..kahkahkah

sepupu yg 'Cun'..anak no-2..T.Kacih dtg ye

Best tapi tak cukup lagi tuuu..

TQ Angie and Family for coming...Soto makan ka???

Iron Man from Megasteel...korang memang best la..


TQ for coming
TQ for eating
TQ for everything

ting.ting.ting
kahkahkah

syoknya buat open house
ramai kwn yg dtg
ramai sedara yg dtg
ramai sahabat yg dtg

makan2/sembang2/bincang2

tahun depan InsyaAllah
ada rezeki kita buat lagi

*maaf,foto tak banyak
x de upah photographer
kahkahkah

21 September, 2011

Merdeka

Anak Merdeka

54 tahun sudah sejarah
ertinya tidak terasa
perubahan hanya dimata
tidak semua rasa nikmatnya
bila rendah dikata lemah
bila gah dikata rezekinya
bila rendah tak diendah
bila gah dikata dusta

54 tahun sudah sejarah
ertinya kematu
ada yg derita
ada yg gembira
ada yg sama sahaja
mengapa?

54 tahun sudah sejarah
pelbagai agenda naikkan bangsa
malangnya masih serupa
kerna suasana @ kerna kita
bercakar bahasa merosak jiwa
warisan kita banyak baiknya
dihormati oleh mata dunia
tapi mengapa buruk ikutan sahaja
sedarkah kita dimana kita?

54 tahun sudah sejarah
sanggah menyanggah tak perlu sudah
jom jadi peribumi bertuah
gemilangnya kita jgn dimusnah
kalau bukan kita siapa?

perpatah kita bermutiara
cantik tatabahasa alun lenggoknya
mari kita renung katanya
untuk menjadi kekuatan jiwa

Lagu: "Anak kecil main api"

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa di antara kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Kita kan merintih sendiri

Jangan buang waktu lagi
Majulah raih sebuah mimpi
Hapuskan sengketa
Teruskan usaha

Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di pentas dunia

18 September, 2011

Taipan Warriors..

DDM Rozita
DDM Syukri

DDM Shamsudin

DDM Rozana

SSM Shaiful
DDM Rizal


salut diamond.diamond
motivasi cukup tinggi
kejayaan makin didekati
perjuangan takan mati
suka duka sebuah emosi
ditolak tepi demi satu berdiri
tegak bagai besi memasak bumi

semua mecuba berani diri
rela didesak rakan selidi
segalanya hilang bagai tiada
satu perkongsian utk semua

asalnya semua biasa-biasa
tidak terduga begini jadinya
dikuasa oleh rakan jelata
demi membina sebuah keluarga
permulaanya satu tekad
tekad diambil bercampur-campur
takut2 tekadnya hancur
syukurlah kpd Allah atas luhur

tiada usaha tiadalah dapat
tiada niat tiadalah amanat
demi anakbangsa kuderat di serat
pasti berbangga walaupun penat
apapun ia satu permulaan
kemuncak kejayaan berbalam-balam
terus bertahan walaupun diam


salut from kutwo181..

TQ Taipan Warriors....!!!


Alhamdulillah

Hati puas...Hati kemas..
Sbb Diri..
Dpt berfungsi...Dpt memberi..
yg terbaik bukan utk diri sendiri..

Hati puas...Hati kemas..
tak kan rugi..tiada iri..
seikhlas hati..
itu kurniaan Illahi..

Hati puas...Hati kemas..
ada yg tak mampu..
ada yg ragu..
ada yg malu..

Hati puas...Hati kemas..
itu biasa..
itu sediakala..
itu lah manusia..

Hati puas...Hati kemas..
tanda nya ikhlas 
utk rakan..utk taulan..
yg dahaga kejayaan..

Hati puas...Hati kemas..
TQ Mentor
TQ friendssss
TQ Taipan Warriors....!!!

17 September, 2011

bagai nyawa dihujung tanduk

Alhamdulillah
Syukur kehadrat Allah s.w.t
Hari ni 4 buah rumah jemput pegi makan
banyak syukur..banyak syukur
Syukur bila teringatkan mereka2 yg tak mcm aku
boleh makan yg sedap2..
boleh gelak bedekah-dekah..
boleh hisap dunhill lps makan..

ada ramai yg tak senasib
ada yg berkeroncong
ada yg bagai nyawa dihujung tanduk
ada yg kekeringan
ada yg kehausan

semua ni membuat lebih rasa bersyukur
lebih rasa insaf..

cukup kah ????

apapun sejuta TQ kepada yg menjemput..
TQ Kapar
TQ Klang
TQ Shah Alam
TQ Denai Alam

16 September, 2011

SelaMat HaRi MalaysiA...


Syukur Kepada Allah s.w.t
yg memberi ruang/kawasan/tanah untuk manusia
tanah tumpah darah yg namanya MALAYSIA..

salam Malaysia
salut Malaysia

semoga banyak kemanisan tidak terpekung
semoga anak generasi terus bersabung
semoga tidak ada sebelah yg untong
semoga semua berasa di agung-agung

54 tahun sudah merdeka
apa erti pada kita?
apa erti pada anak muda?
apa erti pada semua?


tahun sudah berubah
umur bertambah
singkap sejarah
masih kah gah?


Salam Merdeka
SelaMat HaRi MalaysiA...

15 September, 2011

~IMPIAN~

Assalamualaikum

selalu dengar IMPIAN.IMPIAN.IMPIAN
bila selalu dengar dah naik muak
bila dah muak mula menguak
bila dah menguak lantai jadi teratak

ramai tak mau bimbang
ramai tak mau kisah
ramai kata biarlah
ramai jugak yg cakap "piii raaahhh"

alooooo

mulalah berimpian
jika nak diajar cara berIMPIAN pun boleh
jumpa mentor tanya "tolong setkan IMPIAN saya"...bagi saya betul2 syok!!!!
pasti hormon bertindak balas..
sel2 otak akan bekerja

alooooo

lihat sekeliling
jgn buat2 tak nampak
keadaan dah berubah
umur dah bertambah
rambut dah mula rebah
demam tak kebah2

takan tak nak berubah
takan tak mau rasa indah
takan tak gelisah

alooooo

Jom kita berIMPIAN
free of charge BRO !!!!
tanam/pasak/makan IMPIAN
baru hormon&sel bertindak

JGN BAGI PELUANG HORMON&SEL MATI CEPAT!!!

kahkahkah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...