kutwo181.blogspot.com Headline Animator

31 August, 2010

Tips untuk menjadi "kaya"..

Kerja keras, tidak sombong, nasib kunci jadi jutawan

SEBUT soal wang, siapa saja tidak tertunggu-tunggu jika diberi peluang menjadi lebih kaya. Mengapa tidak, kemakmuran dan kejayaan hidup selalu dikaitkan dengan kesenangan dan keselesaan yang diukur dalam bentuk Ringgit Malaysia (RM).

Faktor kesenangan dan keselesaan hidup inilah yang menjadi matlamat kebanyakan individu dalam meniti hari dan merancang kehidupan.

Namun, usah bermimpi di siang hari atau memasang angan-angan kosong. Kekayaan bukanlah sesuatu yang mudah diperoleh. Jika disingkap cerita individu yang diiktiraf sebagai manusia paling kaya di dunia, sebahagian besar daripada tokoh ini menempuhi perjalanan hidup yang sukar.

Sepanjang survival hidup itulah mereka merasai 'jatuh dan bangun' serta menempuh pelbagai dugaan dalam mencapai kejayaan.

Dalam berangan-angan menjadi kaya, mungkin ramai antara kita tercari-cari modul yang boleh dicontohi bagi meraih gelaran jutawan. Jika ada panduan atau rujukan, sekurang-kurangnya strategi boleh direncanakan bagi merealisasikan impian.



Tip jadi kaya.

1. Mereka yang kaya percaya mereka boleh menjadi kaya.

Jika anda ragu-ragu dengan kemampuan menjadi kaya, ambil mana-mana majalah perniagaan dan lihat laporan mengenai kejayaan yang dicapai ramai ahli perniagaan.

Jangan fikir anda tidak mempunyai bakat seperti mereka. Sebaliknya cari jalan bagaimana mendapatkan kemahiran itu. Percayalah, jika anda sendiri tidak yakin bahawa anda boleh menjadi kaya, anda tidak akan berpeluang merasainya.

2. Mereka yang kaya meluangkan masa dan tenaga untuk belajar mengenai wang.

Biarpun terlalu menginginkan wang mereka menokok. ramai yang tidak meluangkan masa belajar dan memahirkan diri mengenai kaedah menjana wang. Sedangkan orang kaya sering meluangkan masa dan berusaha 'melebatkan' wang.

3. Mereka yang kaya mendapatkan nasihat kewangan betul

Antara rahsia penting golongan hartawan ialah mereka tidak bergantung sepenuhnya kepada institusi kewangan untuk mendapatkan nasihat. Ini kerana kebanyakan daripada institusi terbabit hanya mahu menjual produk dan perkhidmatan yang menguntungkan mereka saja. Golongan kaya akan mendapatkan khidmat nasihat dari pihak profesional dan berkecuali dalam menguruskan kewangan mereka.

4. Mereka yang kaya bijak mengaplikasikan teknik menjana kekayaan

Untuk mengaplikasi teknik menjana kekayaan bukan mudah. Ia memerlukan perubahan tabiat, kebiasaan dan keselesaan yang tidak memberikan keuntungan. Jika ingin berjaya, anda mesti bersedia untuk mengubah amalan tidak produktif anda selama ini.

5. Mereka yang kaya tahu bahawa mereka ingin menjadi kaya.

Istilah 'kebebasan kewangan' sememangnya sukar untuk memotivasikan diri. Tapi bagi golongan kaya, mereka tahu bagaimana kebebasan kewangan memberi manfaat kepada mereka. Misalnya, peluang menghabiskan lebih masa bersama keluarga, melancong dan sebagainya. Pendek kata, mereka tahu mengapa mereka perlu menjadi kaya!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...