kutwo181.blogspot.com Headline Animator

03 March, 2011

Ayahanda...

semalam tengahari terima sms dari ayahanda...
masa tu anakanda di KL..
"ayah masuk wad malam tadi , tapi x de apa2.."
anakanda terus stop buat kerja..
anakanda tau ayahanda tak sihat sbb 2 hari sebelum tu anakanda dah tipon ibunda..
ayahanda demam dan batuk yg teruk..
ibunda ckp tak pernah ayahanda mcm tu..
sampai satu tahap ayahanda sempot2..
akhirnya ditahan diwad hospital sabak bernam..

anakanda bertolak jam 2.30ptg dari rumah..
bersama 2 cucunda ikut bersama..
sampai di hospital tepat jam 4ptg..
anakanda tekan pedal kereta bagai nak gila..
anakanda tau speed trap dah tiada agaknya..

setibanya diwad terus aku mengucup tangan ayahanda..
sebak juga rasanya..maklumlah like father like son...
ayahanda keletihan agaknya..
makan tak berselera..
ubat sahaja ditelannya..


ayahanda berusia 67 tahun..
pertama kali ditahan di wad..
pengalaman ni tak pernah ada..
batuk yg kuat akibat jangkitan pada paru-paru..
merokok kuat sangat..
sehari 2 - 3 kotak gudang garam dibelasahnya..
anakanda pun nasihat supaya berenti..cukuplah..
biar anakanda teruskan...

kebetulan di hospital berjumpa dgn saudara sepupu isteriku CDM Yan..
dia berada di wad wanita..
di wad wanita ramai penginapnya berbanding wad lelaki..
ku jumpa suaminya lalu bertanya..
apa sakit isterinya..?
dgn wajah yg berduka dia berkata.."kanser.!!!!"
subhanAllah...breast cancer stage 4..
dahulunya memang dah ada tapi sudah clear..sebelah kiri..
kini bertukar posisi ke sebelah kanan..stage 4 !!!!
lemah tak bermaya isteri kesayangannya..
sakitnya hanya dia yg rasa..
hanya doa dipohon agar selamat semuanya..
saudara mara , anak - anaknya semua berada mengelilinginya..

ayahanda ku batuk dan demam..
dia KANSER....

apa perasaan nya.?
apa perasaan suaminya..?
apa perasaan anak-anaknya..?
apa perasaan adik beradiknya..?
apa perasaan ibu dan ayahnya..?
apa perasaan saudara-maranya..?

ya ALLAH berilah kekuatan kepada kami..!!!!
amin...


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...