kutwo181.blogspot.com Headline Animator

30 November, 2010

CAKAP

Assalamualaikum.....
Lama x CAKAP...Tapi dlm ni x boleh CAKAP...nak CAKAP ngan sapa?..Jadinya CAKAP sorang2 lah...ni nak CAKAP sikit @ nak tanya...Dalam sehari berapa kali kita CAKAP?..berapa perkataan kita CAKAP?..Dgn sapa kita CAKAP?...berfaedah@ada hasil x kita CAKAP?...ada pahala tak bila kita CAKAP?

Tu lah...nak CAKAP salah..tak CAKAP tak syok pulak...ini lah kuasa CAKAP...CAKAP jugak boleh membawa kita kepada kejayaan dan krn CAKAP jugak lah boleh membawa kita kpd kehancuran...org bisu tak dak dosa mencarut/mengumpat/mengata/mengeji dan bermacam2 lagi sbb x boleh CAKAP...
ni lah kelebihan kita yg byk membawa kpd kekurangan tapi org bisu itu adalah kekurangan yg membawa sejuta kelebihan....
"kerana pulut santan binasa , kerana mulut badan boleh binasa"....ada betul pepatah org2 tua kita dulu...cuma kita buat tak pot...nak pot mcm mana sbb ia kuno....

Jadi dlm konteks kita berniaga MLM ni , CAKAP adalh kunci segala2nya..kita nak berjaya sbb CAKAP dan nak gagal jugak dsbbkan CAKAP...maknanya CAKAP kena betul , jujur , ikhlas , amanah dan lain2..
baru lah org suka ,org sayang , mcm2 lagi....kita kena rajin CAKAP...CAKAP...CAKAP..
Dalam niaga kita kena CAKAP pasal AT 181 , CAKAP pasal Sykt , CAKAP pasal produk dan CAKAP pasal m/plan...kalau x CAKAP kita masalah...bila masalah tu sampai ?...Lama..mungkin setahun , 2 tahun , 3 tahun tak tau....
Jom kita CAKAP utk kita share peluang bisnes dgn masyaarakat...kita kena CAKAP baru mereka tau hebatnya bisnes ni...kalau CAKAP punn kadang2 diorang tak nak..tapi kalau tak CAKAP kompem diorg tak  nak....

Dari itu mari kita CAKAP apa yg sepatutnya kita CAKAP...ramai tak tau apa yg nak diCAKAP..bukan tak pandai nak CAKAP...tak pandai kita belajar b'mana CAKAP boleh membawa kita kepada kekayaan , kesejahteraan , kebahgiaan dan kebajikan..
sekian...

27 November, 2010

Manusia yg berjaya/berkuasa atas 2 sebab:-
1.sebab ilmu
2.wang@duit@kekayaan
Sebab tu ilmu penting...kenapa perlu belajar sampai ke menara gading,buat diploma,buat ijazah,buat master,buat PHD?...semuanya disebabkan untuk menjadi manusia berguna/berjaya/kaya...adakah manusia belajar/ambil ilmmu untuk menjadi miskin?...Jgn sonsangkan pemikiran...Walau belum kaya dgn duit tapi kaya dgn ilmu...Jgn jadi miskin duit dan miskin ilmu....

Tuntutlah Ilmu hingga ke liang lahad...
Kita dari "bayi" lagi ibu dan bapa kita secara perlahan telah membisik di telinga untuk kita faham,dengar dan ikut apa yg dibisikkan satu hari nanti...ayat Al-Quran yg diturunkan mula-mula sekali telah memberitahu manusia "BACALAH"...pentingkan ilmu....sehingga kita hendak dicabut nyawa pun kita dituntut untuk membaca kalimah syahadah...Kalaulah kita tak dak Ilmu..........
Namun perkara yg ke-2...memiliki wang/kekayaan...kadangkala kita jumpa org yg dulunya tiada berpelajaran tinggi tetapi menjadi Jutawan..Jawapannya senang jer....kemahuan dan impian yg sangat tinggi..org yg sebegini Ilmu adalah perkara yg kedua...soalannya...tanpa ilmu bolehkah diorang ni berjaya?
Tengok penyamun/perompak yg tidak ada ilmu,pun boleh jadi kaya sbb kerjanya merompak....tapi kalau tak dak ilmu nak bukak kunci boleh kah perompak ni berjaya....bezanya ilmu buka kunci ni x der pulak diajar oleh guru dan pensyarah universiti.....
tapi sebenarnya kawan2...biarlah ia selari dgn tujuan kita hidup di atas muka bumi ini.......biarlah kita berilmu krn ilmu akan menyuluh jalan kita yg gelap......biarlah kita kaya dan memiliki ilmu yg sgt tinggi utk kita kongsi dgn org lain.....
DDM Pak Long....ilmu dlm perniagaan runcit selama 15 tahun
DDM Pak Long walau 15 tahun dlm bidang perniagaan runcit,masih mengambil ilmu untuk berjaya dalam MLM...usia bukan penghalang untuk dia ambil ilmu dgn pemimpin yg jauh lebih muda dari dia....ini adalah sikap merendah diri...ilmu kita didunia ni umpama "setitik air dilautan"..bayangkan ilmu yg perlu kita pelajari lagi....subhanAllah....
Jika kita semua faham tentang ILMU ni...pasti kita menjadi bangsa yg KUAT....insyaAllah...

26 November, 2010

6K

  1. KESIHATAN
  2. KECANTIKAN
  3. KEKAYAAN
  4. KEJAYAAN
  5. KEBAHGIAAN
  6. KEBAJIKAN

25 November, 2010

Apa seronoknya buat berniaga MLM dgn A.T 181?

CDM Pak Su,CDM Ali,Shakri & Mak Su
1. Kita boleh mesra dan akrab dgn orang yang tak pernah kita kenal....

CDM Wan & CDM Ena
CDM Siti Rozana & DDM Shamsul
2. Kawan yang kita kenal boleh berjaya..!!!!

Net Working
3. Net Work berganda...

CDM Ali,CDM C.Mat,CDM Pak Su
4. Lahirnya Pemimpin/Leader...

DAN KENIKMATAN YANG PALING UTAMA....


5.Kita berada dalam Jemaah AT 181...

18 November, 2010

Ibadah Korban..

Rabu ,10 Zulhijjah 1431H..Hari Raya Haji @ dikenali sebagai Hari Raya Korban...waktu ini Jemaah Haji dari seluruh pelusuk dunia sedang mengerjakan Ibadah Haji ( Wukuf di Arafah seterusnya akan melaksanakan Ibadah Melontar...)Tapi yg lebih utama marilah kita menyulusuri apa itu Aidiladha yg sebenar...
Hari yg mengingatkan kita tentang pengorbanan seorang Nabi yg sangat berIman kepada Allah s.w.t yg sanggup "mengorbankan" anaknya oleh kerana keyakinan yg sangat tinggi terhadap Penciptanya..walau pun mesej itu sampai dalam bentuk mimpi...
Zaman ini,untuk kita semua memperingati peristiwa itu,apabila tiba Aidiladha @ selepas solat sunat Aidiladha maka banyak kelihatan Lembu @ Kerbau yg akan disembelih @ dikorban...
Melapah...
Apa simboliknya peristiwa Nabi Ibrahim a.s yg terpaksa "mengorbankan" anaknya Nabi Ismail a.s..? Semua ini telah dirancang oleh Allah s.w.t....Allah maha mengetahui apa jua perkara yg berlaku...Inilah perkara yg perlu di fikir agar kita menjadi seorang yg beriman...InsyaALLAH...


Mari kita bawakan apa hubungkait Ibadah Korban ini dgn kehidupan kita seharian....
Islam amat menuntut setiap umatanya agar banyak membawa manfaat kepada orang lain,terutama org2 yg berada dalam keadaan sukar...kita tak sempurna sekiranya masih ada lagi golongan yg  tidak dapat diberi manfaat @ dapat membantu org lain yg hidupnya susah..itu lah manisnya apa yg Allah rancangkan..agar kita semua bersyukur...hari ini mungkin rezeki kita ada untuk membantu org lain,mungkin dihari lain org lain pula akan membantu kita..begitulah pusingan hidup manusia....Dalam pada masa yg sama kita tahu tangan yg memberi lebih baik dari menerima..secara tidak langsung kita dituntut agar mencari rezeki dgn sebanyak2nya agar kita sendiri mampu untuk membantu saudara-mara yg berada dlm kesusahan...maka tidak salah jika kita mahu menjadi seorang HARTAWAN,DERMAWAN @ JUTAWAN...agar bertambah keTAQWAan kita kepadanya....

Pengagihan..
Jangan kita lupa,setiap butir nasi yg kita makan bukanlah hak kita sepenuhnya..ada juga bahagian untuk orang lain...Jika kita faham benar2 perkara ni maka tiadalah pembaziran..kita bertambah insaf..Lihat shj Ibadah korban..setiap daging yg diambil akan diberi sama rata timbanganya..agar semua orang dapat merasa..kita harus GEMBIRA bila melakukan perkara kebajikan ini..kita kongsi dgn mereka yg susah yg senang..sama sahaja...tapi yg penting kita berKONGSI....

Ayah aku sbg CHIEF...(Hj Ishak).
Dalam konteks bekerjasama...kita andaikan 7 ekor Lembu yg dikorbankan..kerja melapah,diasingkan dagingnya dan ditimbang... dan hanya seorang yg buat..mampukah? @ lebih baik ia dibuat dgn berjemaah...? Sikap bekerjasama @ gotong royong ini juga telah menemukan kita samada yg dah kenal atau belum...Yg lebih baik ialah ia dapat mengeratkan hubungan silatulrahim antara kita..kita akan mesra,berkongsi pandangan, dan bermacam-macam perkara lagi kita dapat...begitu juga dlm kerja seharian kita..andai kita hanya seorang yg melakukan semua kerja akan menjadi SLOW...kalau ramai ia akan menjadi pantas dan sempurna..(NETWORK)...

Masjid Kg Bt 2 Sepintas..
Last..apajua perkara kebajikan yg kita buat marilah kita pohon kepadaNYA agar kita sentiasa diberi petunjuk dan hidayah,agar kita sentiasa menjadi insan yg tahu bersyukur,merendah diri,hati yg bersih kerana segala kebajikan yg kita lakukan itu adlah milikNYA...yg baik itu hanya datang dari ALLAH s.w.t..kita sebagai manusia hanyalah menunaikan satu TANGGUNGJAWAB...agar kita sentiasa beringat..
wasalam..
*(aku sentiasa menadah tangan agar diberi kekuatan untuk melaksanakan apa jua tanggungjawab yg diberi)....AMIN..

16 November, 2010

Pengorbanan...

Salam dan selamat kita menyambut Hari Raya Aidiladha @ Hari Raya Korban 1431H...Buat rakan-rakan , sahabat handai ,rakan seperjuangan aku ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Korban serta MAaf Zahir dan Batin..

Jom kita muhasabah diri supaya kita menjadi insan yg lebih merendah diri..hidup yg sementara ini mari kita penuhkan dgn perkara-perkara yg banyak memberi manfaat kpd diri kita juga kepada orang lain..Selari dgn konsep Jaya dan menjayakan org lain maka mari kita hitung berapa pengorbanan yg telah kita buat hingga ke saat ini berbanding Nabi Junjungan kita serta para sahabat baginda untuk memperjuangankan agama Allah ini..


Cuba kita renung bgmana pengorbanan Nabi Ismail a.s , Nabi Ibrahim a.s...jika kita di tempat mereka bmanakah kita?..kuat kah kita.? yakinkah kita..?...B.mana pula Nabi Muhammad s.a.w dibaling batu , diherdik , diugut dan bermacam2 lagi jenis penghinaan dan cabaran yg baginda tempuh demi menyebarkan syiar Islam yg kini sedang dianuti kita dan ramai lagi masyarakat dunia....


Jadi aku ingatkan diri aku juga rakan2 semua..mari kita teruskan perjuangan ini...jauh lagi perjalanan yg harus kita tempuh..kejayaan yg kita miliki sekarang hanyalah permulaan...mari sama-sama kita terus menadah tangan tanda syukur kita kepadaNYA...
Selamat Hari Raya Aidiladha....

Bakal Pecah Panggung 4 Disember 2010

CDM Wan Mahadzi & CDM Shahrina
Mereka telah  berjaya ke anugerah gilang gemilang...bergelar CDM!!! Destinasi sudah dicapai...Matlamat seterusnya adalah mengheret seberapa ramai mereka2 yang mahu untuk terus berjaya..."You just on the starting grid...."

Bakal pecah panggung 4 Disember 2010
Matlamat  dan sasaran jangkamasa pendek success !!!!...go to infinite...Tahniah...

CDM Pak Su & Mak Su
Dari Alor Star ke "Pull Man Maritim"...Dari Desa ke Putrajaya...Hebat!!!!...siapa sangka org bendang boleh berjaya...ada yg sukar percaya...pedulikan mereka...asalkan kemahuan kita ada pasti boleh berjaya !!!!

Juga bakal Pecah Panggung 4 Disember 2010
Jadi , AT 181 berjaya lagi melahirkan graduan yg GRED!!!..Usahawan solid...berintergriti....berwawasan....

Dgn AT 181 kami boleh!!!..anda juga pasti BOLEH!!!!....



13 November, 2010

Salam..2.45pm waktu New York...
Hampir seminggu CDM Kamaruddin dan CDM Kartini berangkat ke Tanah Suci Mekah...hari ni aku cuba-cuba sms CDM Din bertanya khabar?..alhamdullilah tak sampai 5 minit sms aku di reply nya...dia bagi tahu mereka berdua di sana sihat walafiat dan sentiasa mendoakan kejayaan AT 181...hebat seorang pemimpin yang sentiasa di bibirnya mendoakan kejayaan orang lain...so bagaimana kita yang sudah menjadi seorang pemimpin @ mentor?..seringkah kita mendoakan kejayaan orang lain...? kita harus duplikasi apa yang CDM Din dan CDM Tini buat...itu sahaja kerja dalam MLM..DUPLIKASI!!!!..yang elok kita tiru..yang tak elok kita buang jauh-jauh....
Dalam aku sms CDM Din teringat pulak aku pada Kaabah yg pernah aku kunjung pada pertengahan 2009..lalu aku minta CDM Din mms foto Kaabah yang terbaru..

12/11/2010 Waktu Zohor..
Terima Kasih CDM Din....bagi sesiapa yg pernah ke sana aku percaya perasaan rindu untuk ke sana lagi memang terasa..itulah kehebatan Allah s.w.t..Bumi Mekah yang tandus dan gersang dahulunya kini menjadi tempat yang makmur sekali..itulah Janji Allah s.w.t...perasaan ketika disana memang aman dan damai..memang dicampakkan perasaan itu kedalam hati setiap orang yang mengunjungi Baitullah...andai kata kita hanya melihat Kaabah rahmat akan turun kepada sesiapa yg melihat Kaabah...ini Janji Allah s.w.t...tidak lagi dikira ganjaran sekiranya kita menunaikan solat berjemaah di sana...SubhanAllah...
Terus CDM Din mms gambar berikut..

koleksi buku..
Sempat juga CDM Din ambil gambar ni...AT 181....
Jadi kepada sahabat taulan yang membaca blog ini , mari sama-sama kita mendoakan perkara yang baik kepada CDM Din dan CDM Tini....semoga mereka biberi ganjaran Haji yang Mabrur..Amin..

09 November, 2010

Salam..
Lama dah tak ber "blog"...sibuk..masa terlalu pantas...kejap lagi cuti sekolah..lps tu tahun baru 2011..
aku tanya diri aku..apa pencapaian? , apa kegemilangan?..apa kejayaan?...
dari januari sampai november tahun ni banyak perkara dan peristiwa yg berlaku...cuma tak di diary kan..
Bersama Haji Mat Noh..Pakar Perunding Ekonomi..

Perniagaan yg menyeronokan..aku sampai ke Penang..banyak bertemu dgn manusia-manusia hebat..kalau aku masih dok di kilang memang tiada pengalaman yg aku timba...ramai manusia luarbiasa rupanya di luar sana..berkongsi pengalaman yg memang menarik....
DDM Pak Long , SSM Shidi & CDM Wan Mahadzi

Bergaul dgn org hebat kita akan jadi hebat..berjumpa dgn org yg sebegini kita tak perlu banyak cakap...kita kena banyak "dengar"..menjadi pendengar yg baik...maka kita akan berjumpa org yg akan mendengar cakap kita....begitulah "manusia".....

CDM Wan & CDM Shahrina
Kita nak berjaya , kadang-kadang satu masa perlu belajar dengan org yg pernah melakukan perniagaan ini..walaupun dia itu adalah rakan kongsi...macam aku..aku x pernah buat berniaga mcm nih...tapi banyak belajar dengan mereka-mereka yg hebat...walaupun didalam rangkaian...buat apa nak bodoh sombong?!!
CDM Siti  Rozana & DDM Shamsul
Ketahanan penting...macam berperang..tak bertahan mati...dlm berniaga mcm ni pun kena ada sikap suka berperang..hati mau kering..jgn banyak takut , nanti kena serang...sebelum kena serang baik kita serang..mcm-mcm serangan boleh buat...tetapi yg penting adalah ketahanan....so tahanlah...
aku..
Yang penting keberanian...apa nak takut?..kita tak buat salah...berani kerana benar!!! walaupun buat-buat berani...Jadi memang betul kata org..."nak berani bukannya senang..nak takut langsung tak susah"...so bersama AT 181 ni byk yg telah mengubah aku dari seorang yg Takut kepada Berani........

07 November, 2010

Assalamualaikum....
Disaat ini CDM Kamruddin dan CDM Kartini mungkin masih dlm penerbangan ke Jeddah  untuk menunaikan rukun Islam yg ke-5...Wahai rakan-rakan yg budiman aku memohon jasa baik kalian semua untuk berdoa kepada Allah s.w.t untuk pasangan pemimpin AT ini semoga dipermudahkan segala urusan dan insyaAllah akan mendapat Haji yg Mabrur..
wasalam...
*teringin jugak org panggil "bang Haji..sihat?..."

03 November, 2010

AT di Swiss....

Salam AT 181...
2/11/2010 perjumpaan AT 181 berlangsung di Mines resort..kehadiran tidak mendukacitakan...sekitar 100 orang yg hadir bersama satu azam dan semangat baru...seperti semua maklum , rombongan AT 181 baru sahaja pulang dari Seminar Seberang Laut iaitu negara Switzerland...
Perkongsian pengalaman yg indah dan menarik bukan sahaja mengujakan mereka yg tidak dapat pergi bersama , tetapi mereka-mereka yg baru sahaja pertama kali dtg ke AT 181 juga berasa kagum dengan apa yg boleh diperolehi dgn AT 181...ada yg berkobar-kobar , ada yg tidak sabar-sabar , ada yg berasakan diri mereka sedang berada di sana dan bermcm-mcm lagi...
Apa yg ingin dikongsi bukanlah satu keseronokan peribadi sahaja , tetapi manisnya pengembaraan ini apabila bersama dgn AT 181..hubungan yg terjalin terasa amat bermakna sekali..silatulrahim sesama ahli AT 181 memang meninggalkan satu perasaan yg tidak boleh digambarkan...
Semua ini adalh hasil dari bimbingan bersama oleh AT 181...mereka yg berjaya ke sana adalah hasil usaha yg bersungguh , komitment yg sangat tinggi , pengorbanan masa-tenaga-wang ringgit yg tidak pernah dikira , maka ia ada;ah sesuatu yg berbaloi untuk dibayar...
keriangan , kegembiraan , keseronokan amat jelas terpaancar di setiap raut wajah mereka...kesejukan dibawah tahap beku bukanlah satu tanda aras untuk mereka terus kaku malah terus brsatu untuk membentuk satu ukhwah yg sangat baik....tahniah kepada setiap yg berjaya menjejakkan kaki di Switzerland....


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...