kutwo181.blogspot.com Headline Animator

18 October, 2010

Melancong....


Tembok pertahanan Chittogarh,India   
Desa warna-warni-Cinque Terre,Riviera Italia
Puncak Himalaya-Tibet
Kota di Atas Awan-Machu Picchu,Peru
Massif de La Chartreuse-Perancis
College The Valleyfield-Quebec,Kanada
Pemandangan Aurora-Alaska ujung Amerika Utara
Lautan Kutub Artik

17 October, 2010

Dapat merasa 3 @ 4 malam pun jadi.....

1. Hotel Royal Villa at Grand Resort Lagonissi, Athens, Yunani ($50,000 per hari).
2. Hotel Hugh Hefner Sky Villa, Palms Casino Resort, Las Vegas ($40,000 per hari).
3. Hotel Ty Warner Penthouse, Four Seasons, New York ($34,000 per hari).
4. Hotel Royal Penthouse Suite, President Wilson Hotel, Geneva, Swiss ($33,000 per hari).
5. Hotel Bridge Suite at The Atlantis, Paradise Island, Bahamas ($25,000 per hari).
6. Hotel Ritz-Carlton Suite, The Ritz-Carlton, Moscow, Russia ($18,200 per hari).
7. Hotel Royal Suite, Burj Al Arab, Dubai, Uni Emirat Arab ($18,000 per hari).
8. Hotel Royal Armleder Suite, Le Richemond, Geneva, Swiss ($17,500 per hari).
9. Hotel Royal Suite, Four Seasons George V, Paris, Perancis ($16,000 per hari).
10. Hotel Imperial Suite, Park Hyatt-Vendome, Paris, Perancis ($15,500 per hari).

Syoknya.....

Fuh!! Syoknya..!!!!

Bukan mustahil..!!!
Indahnya memiliki rumah di kaki pergunungan....Swiss
Ada kolam renang pulak tu....
Berkayak di Sydney...
Menjadi salah sorang dari penumpangnya.....
Menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan....

"Saya ada impian ini....Anda ada??? !!!!"




14 October, 2010

Minda & Sikap...

Salam...
Sampai KL dari Penang pukul 4.30pg...semalam bertolak dari rumah CDM Kamaruddin pukul 5.30ptg..CDM C.Mat , CDM Amran ikut sama..dari bandar kinrara kami straight to seberang jaya..pukul 8.30mlm sampai di kedai Char special..perjalanan kali di driver penuh oleh CDM Amran...HEBAT!!!! 180 - 190km/h...non stop!!! consistent & persistence...begitulah kalau miliki matlamat dan tujuan yg jelas..pantas , fokus , tenang akhirnya sampai juga ke destinasi..
Selepas alas @ lapik perot terus ke safira club..bila sampai tengok manusia dah ramai..mcm ada perhimpunan awam...Dahsyat..!!!rupa-rupanya semua sdg menunggu untuk mendengar taklimat dari AT181...lepas park kereta terus kami ke arah dewan..mcm biasa byk salam-salaman dgn manusia hebat di sana..aku rasa teruja..positif bro !!!..
Sinar mula kelihatan di utara..org yg hadir makin bertambah maknanya makin ramai org yg ingin @ sudi untuk menjenguk peluang yg sepatutnya semua org harus ambil ..tahniah kpd mereka yg membawa org baru..
Kedatangan aku kali ni tanpa pengetahuan Down Line..jeng...jeng...mau bikin spot check..begitulah kalau kita ingin lihat komitment mereka yg berada jauh dari kita..Alhamdullilah mereka hadir awal dgn situasi wajah yg ceria dan bersemangat..DDM Aza , DSM Din ( MC majlis ) , SM Abil , SM Zam semuanya hadir untuk membantu majlis dan mengekalkan momentum untuk terus pergi jauh dlm bisnes ni..
CDM Fitri dan CDM2 yg lain turut memeriahkan majlis..kehadiran CDM Wan Suriani dari Kelate juga turut menambah kehangatan..
Kehadiran pemimpin2 AT 181 ni sebenarnya banyak membantu dlm membuat prospecting...mereka boleh melihat wajah-wajah insan hebat ni secara "LIVE"....bukan setakat tunjuk di atas sekeping kertas sahaja..."REAL punya..".
Minda org Penang masih positif..tiada negatif...maintain..SYABAS!!!!..teringat pulak kata-kata Tan Sri Mukhtar..org Melayu boleh berubah asalkan 2 perkara ini di ubah..1.Minda 2.Sikap...2 perkara ni sentiasa dipandang serius oleh Tan Sri Mukhtar untuk kita org Melayu menjadi tuan di Tanah tumpah darah sendiri..penguasaan ekonomi harus dikuasai oleh org Melayu..untuk menguasai ekonomi kita harus berniaga..Minda & Sikap adalah perkara asas untuk ini semua..jadi kpd kita yg sudah beralih kpd Minda & Sikap yg positif wajib berkongsi perkara ini dgn rakan2...itulah tujuan sebenar utk kita buat prospecting..
Bantu rakan , bangsa , agama dan keluarga...sempat duduk dgn DSM Che Mat Noh baliau ada berkata " berniaga semacam ini seumpama kita bersembahyang jemaah..ganjarannya adalh 27x lebih baik dari sembahyang berseorangan..." dan org yg suka sembahyang berseorangan seumpama org yg makan gaji "....
So mari kita terus rapatkan saf , bersama & bersatu dalam perniagaan ini bersama Akademi Taipan 181 yg akan melatih membimbing kita semua menjadi seorang yg berjaya dan berkualiti....
Jam 12.00mlm kami di restoran pelita untuk menikmati "Nasi Dalca"...1.30pg kami berangkat pulang ke KL..

12 October, 2010

Aku berada di Dewan Parlimen

Hari paling bersejarah apabila kaki aku menjejakkan kaki di dalam Dewan Rakyat....Niat tu bukan apa , saje ingin mendapat pengalaman..Seblum ni aku dah menjejakkan kaki di dewan Tun Abd Razak PWTC dan Istana Budaya..dan bakal menjadi impian selepas ni adalah berada di puncak menara petronas KLCC..
Dalam dewan seperti yg biasa kita tengok dalam TV tu , ada 2 parti , pembangkang dan parti yg menyokong kerajaan..mereka membahaskan isu-isu yg sangat serius yg mungkin umum tidak tahu @ hanya segelintir yg tahu..banyak soalan yg diajukan oleh pihak pembangkang dan banyak juga soalan yg dibatalkan atas sebab peraturan-peraturan dewan yg aku sendiri tak tahu..
Pindaan undang-undang yg akan dibuat bukan ambil masa singkat..rang undang-undang akan dibahaskan..satu pindaan kadangkala ambil masa setahun untuk diwartakan...Fuh!!! baik buat Hai-O...
Perkara mcm ni pun kalau di cerita dgn kawan-kawan diorang tak kan heran pon...setakat masuk dewan yg mcm tu...Perangai mcm ni biasa..Tapi kalau dewan mcm ni kt Paris , Washington D.C , Tokyo kompem diorang pun jakun gak..baik kita bangga dgn tempat kita dulu...
Dulu pernah aku pergi trip ke Ghuang Zhao , China..Tourist guide bawa kami ke tempat orang China ber "opera"..dewan tu memang besar..boleh 5,000 org masuk..kami yg dtg dr Malaysia ni "teruja" bila melangkah masuk ke dewan tersebut..sebenarnya "Istana Budaya" yang kita ada tu lebih 50x ganda baik...
Moral disini yg aku nak bgtau dalam konteks kita berniaga ni , kita harus bangga di mana status kita sekarang..Jadikan kejayaan orang lain itu sebagai api penguat semangat..Mungkin boleh jadi lebih baik dari mereka..Jangan kita asyik bangga dgn kejayaan orang lain sedang kita masih di tahap yang sama..
teringat kata-kata mutiara CDM Kamaruddin " Orang lain dah melancong ke Bulan , tapi kita masih didalam selimut buruk..."
so jumpa kita di puncak kejayaan!!!.....KLCC tinggi tu....

08 October, 2010

Berbanggalah...

Salam..& good morning to all my fellows...
Campur + , tolak - , bahagi / , kali x hari ni dah hampir 3 tahun aku sepenuh masa bersama AT181..masa terlalu pantas berlalu..kejayaan demi kejayaan bersama AT181 telah dapat aku saksikan "live" depan mata aku sendiri..
kejayaan yg paling syok adalah kejayaan diri aku sendiri..walau pun "belum" spt mereka yg lain..aku lihat diri aku dari satu perubahan sikap yg cukup mendadak dan mengambil masa yg lama..jika difikirkan dan diingat benda tu boleh diubah dlm masa satu @ dua hari tetapi hampir 3 tahun!!!!!
Membawa fizikal , mental & emosi kpd satu perubahan bukan kerja sorang-sorang,kita perlukan SOKONGAN...sokongan pasangan,keluarga,saudara-mara,sahabat handai adalah tunjang kpd kejayaan ini..Aku telah melakukan satu tranformasi sikap dan emosi diri walau aku tahu dunia perniagaan ini memang berbeza dgn pemikiran aku (not my taste!!)...dan kini aku berbangga , yg aku miliki rakan-rakan yg sentiasa dan tak kira masa sentiasa memberi kata-kata positif kpd aku..tak pernah aku merasai diri aku ini dihargai..aku bersyukur kehadrat Allah s.w.t yg membuka pintu hati dan kelapangan fikiran untuk menerima ini semua...
Jadi untuk mempertahankan suatu "kejayaan" adalah lebih cabarannya dari kita pergi mencapai suatu "kejayaan"..ramai yg sudah berada pada tahap "kejayaan" ini gagal untuk mempertahankannya...perasaan mula goyang dgn sedikit cabaran,fikiran mula negatif,semangat semakin hilang,momentum zero,diri semakin malas,hati dahulunya besar ttp kini naik ke kepala...dan bermcm-mcm lagi yg juga berlaku di depan mata aku...pelik manusia ni...tapi sebenarnya adalah perkara biasa..sbb "ILMU"...
aku bukan nak memperkatakan perihal manusia-manusia tersebut...ini semua sbg persediaan untuk aku lebih berilmu untk menghadapi situasi seperti itu...biar kita merasa asam garam perit jerih untuk berjaya barulah kita akan "menghargai" kejayaan tersebut...ramai yg tidak memberi penghargaan kpd "diri sendiri"..ramai yg menunggu penghargaan dari org lain..mengharapkan pujian..mengharapkan glamour..fuh!!! dasyat betul manusia...kadangkala perkara-perkara begini aku sendiri dpt merasai..kalau tak di "set" kan semula minda hati akan dirasuk..dan rosaklah satu badan...
Jadi ini semua ilmu yg perlu aku terus tambah untuk menjadi "ubat kuat" untuk aku kekal dalam kejayaan..kita harus ada satu kumpulan yg kuat untuk memberi sokongan agar kita tidak terkulai di peringkat awal apatahlagi bila sudah berjaya...secara ringkasnya sehingga saat kita pejamkan mata kita harus menuntut dan miliki ilmu apakah "kejayaan" itu yg sebenar...
Tahniah dan terima kasih kepada semua CDM-CDM AT 181 terutama isteri tersayang CDM Yan...

07 October, 2010

CDM Pak Su Manab

Lahir lagi seorang bintang dalam Akademi Taipan 181 iaitu "CDM Pak Su Manab"...anak kelahiran negeri jelapang padi ini hanyalah seorg "petani/pesawah"..dahulu mmg pernah bekerja sbg tukang tarik kereta..kelayakan akademi untuk mendapat satu pekerjaan yg baik untuk menampung keluarga mmg tiada..tapi masih miliki akal fikiran yg mampu untuk berimpian jauh..(dlm hati kecik sesiapa pun dalam dunia ni siapa yg tak mahu berjaya dan siapa yg tak mahu kaya?)..apatah lagi sudah memiliki keluarga yg besar..
Bermulanya sejarah bersama AT 181 ini slps melihat perubahan kpd Bapa Saudara yg serba sedikit membuka mata untuk bertanya "apa yg di buat oleh Pak sedara aku?"...Pastinya tiada siapa peduli..Slps berkunjung di satu "talk" di Kangar,Perlis bermulalah detik bersejarah..bila hati sudah terbuka.......
Perubahan metal,fizikal dan emosi untuk Pak Su bermula mmg sukar dipercayai..dari seorg petani/pengusaha bendang dpt berubah kpd minda seorg "Jutawan"...berkat kesungguhan diri sendiri,bimbingan dari rakan2,bimbingan dari AT 181 serta impian yg kuat dan jelas akhirnya Pak Su seorang petani akan menjejakkan kaki di pentas CDM 2010 di Stadium Melawati pada tahun ini....
Bayangkan tanpa membuka kedai,tanpa miliki pekerja untuk dibayar gaji,tanpa bil2 utiliti untuk dibayar Pak Su telah berjaya mengumpul pendapatan hampir Ratusan ribu Ringgit...juga sudah berjaya menjejak kaki ke tanah suci dan mengerjakan UMRAH...sudah menjejakkan kaki di tembok besar China..dan bakal melawat negara yg ternyaman  didunia iaitu Switzerland.pada hujung bulan ini...hanya seorang petani..AT 181 tidak mengira siapa anda.." your success is our commitment "...and the keyword is "bersama & bersatu selamanya"..
Cabaran yg diterima oleh seorang petani mmg terlalu besar untuk difikirkan...hanya berteman mesin padi,baja,tikus,katak,ular,minda masih terbuka untuk menjadi seorang yg luar biasa..bukan shj kekayaan yg dicari tetapi penghargaan kepada DIRI..sikap yg menerima tunjuk ajar dan bimbingan dari mereka2 yg berjaya bersama AT 181 dijadikan sbg kunci untuk Pak Su menjadi insan HEBAT..
Perkongsian beliau malam tadi di safira hampir menitiskan air mata...t.kasih kpd CDM Che Mat Razali,CDM Ali,CDM Ahmad Ishak,CDM Shahrina,CDM Wan Mahadzi dan tidak lupa kpd DDM Pak Long yg bukan sahaja rakan dlm perniagaan ttp "saudara - adik beradik " yg rapat dlm perniagaan ini..tidak lupa juga kpd CDM Kamaruddin,CDM Kartini,CDM Faridah yg sentiasa membantu dan membakar semangat untuk Pak Su seorang petani berjaya...begitu juga kepada AT 181 yg menyediakan ruang dan platform seterusnya menerima seorang petani ini untuk berjaya menjadi insan yg luar biasa....
Tahniah CDM Pak Su....Wasalam

04 October, 2010

Penang

Salam..
Program Aroma Terapi Penang berjaya mengumpulkan hampir 400 peserta dgn 200 peserta yg baru..Komtment Akademi untuk membantu jelas menunjukan bahawasanya kita sentiasa bersama & bersatu..kerjasama dan komitment CDM-CDM terserlah apb perjalanan majlis berjalan dengan lancar...
CDM Fitri,CDM Kartini,CDM Faridah,CDM Nasir dan CDM Che Mat Razali telah bertungkus lumus memberi input dan output yg berguna kpd semua..Tenaga-tenaga lain disebalik kelancaran majlis juga amat dipuji..Sistem penata bunyi,penyediaan projector,slide dsbgnya jelas melihatkan persediaan yg begitu rapi dibuat oleh Akademi Taipan 181 Penang...
Suasana hangat dgn motivasi oleh CDM Faridah telah membuatkan para peserta tidak LELAP..ramai yg bersetuju dgn pandangan beliau sbg org yg sudah Berjaya bersama Akademi..begitu juga dgn CDM Nasir didalam slot "money game"..yg banyak menyebabkan pestera tertawa dan menangis..dlm pada itu beliau banyak berbicara suasana sebenar masyarakat kita dewasa ini..yg iri,hasad,dengki,suka ambik jalan mudah,terpedaya,tertipu,yg rajin berusaha,yg berjaya,konsep rezeki byk dihuraikan oleh CDM Nasir...begitu juga dgn CDM Che Mat , banyak memperkatakan bahwasanya kita dizaman globalisasi yg penuh cabaran ini mesti menyahut seruan agar BERUBAH menjadi seorg usahawan..jika tidak pandai berniaga Akademi adlah platform terbaik untuk org Melayu..jika dah pandai berniaga jom kita kongsi di dalam Akademi @ mungkin kepandaian itu boleh terus di gilap..Mengapa kita perlu berubah dlm situasi skrg jelas diterangkan oleh CDM Che Mat..kita hanya ada 2 pilhan..1.bebas @ 2. beban...
CDM Kartini pula banyak membuka minda dgnn mempertonjolkan kejayaan graduan-graduan yg dilahirkan oleh Akademi..Akademi bukanlah hak individu tetapi hak semua..gunakanlah sbg platform untuk kita terus menjadi bangsa yg berjaya...kekalkan perpatah "tidak melayu hilang didunia"...
Jadi aku seru dan ingatkan diri aku dan juga anda yg membaca blog ni..jadikan diri kita yg terbaik dari yg terbaik..seret , paksa , ugut diri kita agar kita menjadi insan yg memiliki potensi utk berjaya..bukan sahaja di dunia tetapi juga di Akhirat kelak..
wasalam...

27 September, 2010

Peralihan Mental,Fizikal & Emosi

Selamat pagi..
Pagi-pagi dah bangun seperti biasa hantar anak ke sekolah..itu pun hantar depan pagar tunggu bas sekolah datang ambik...pejam celik dah dekat hujung tahun..kejap lagi sekolah cuti panjang..tahun depan anak aku dah darjah 2...(pantas sungguh masa berlalu)..maknanya ayahnya pun bertambah lagi umur setahun...masuk 36 tahun..
Lps tengok anak aku dah naik bas sekolah urusan pertama pagi ni dah selesai..so terlintas dalam benak aku ni untuk kita kongsi bersama...apa dia?!!.....
Transition from poor thinking to rich thinking..ewah..org putih..mcm robert kiyosaki la pulak ( Rich Dad,Poor Dad )
Sebenarnya kita sbg usahawan yg berada dlm Akademi Taipan 181 ni,pastinya mencari satu kekayaan..kita tak mau makan gaji,tak mau berniaga tapi income tak tentu.....tak salah kita mencari kekayaan...memang kita orang yg LUAR BIASA...!!!..biarlah apa org nak kata..ada 2 jenis manusia yg membantutkan perjalanan kita untuk kaya yg selalu berkata 1. " kau tak kan berjaya..kau tengoklah nanti...kau akan ditipu.."...2. " kau bodoh!!..jgn buat..nanti kena padan muka kau..." Ini ayat yg biasa @ sewaktu dgn nya yg sering kita dengar...Yg bercakap pulak bukan sesiapa,adik beradik,sedara mara..kawan-kawan dll...jadi dimana kita nak dapat sokongan??????
Jawapan aku hanya di Akademi Taipan 181...Aku dah dgn Akademi hampir 3 tahun..tiada seorang manusia pun yg aku jumpa dia kata "tak payah lah..buang masa jer...baik makan gaji..."...yg selalu aku dengar " tahniah anda hebat...kau boleh...teruskan...kau pasti berjaya.."..ini adalah bentuk SOKONGAN yg kita perlukan untuk berjaya..percakapan dan pemikiran sentiasa positif....jadi kepada org-org yg berpemikiran KOLOT jgn ganggu kerja kami yg sentiasa berimpian dan positif..!!!!..jgn buang masa anda..teruskan MAKAN GAJI..
Itulah sebenarnya diri kita yg dulunya org biasa-biasa , untuk Peralihan dari org biasa kepada golongan Usahawan memerlukan kekuatan Mental , Fizikal dan Emosi yg sangat kuat...mungkin kita tak sedar sebelum ni...B'mana kita hendak mengekalkan kekuatan Mental...b'mana kita hendak mengekalkan kekuatan Fizikal...dan b'mana kita hendak menjaga Emosi ...Ini semua perlukan ILMU dan mengambil MASA..Di Akademi Taipan segala kekuatan ini tersedia..mereka-mereka yg sudah berjaya dan masih ada di Akademi lah sumber kekuatan..apa yg kita buat sekarang memang tak ramai yg org suka buat..teringat kata-kata Dato Dr Fadzilah Kamsah " Org yg luarbiasa SUKA buat apa yg org-org biasa tak suka buat "...jadi kita letak diri kita sbg org yg hebat..
Mengejar atau bermpian menjadi kaya juga adlah perkara biasa..org-org biasa juga nak kaya..siapa tak nak kaya dlm dunia ni..!!! ( tapi ada jugak yg cakap..buat apa lah kaya sangat..?..duit bukan segala-galanya..kaya-kaya pun nanti masuk lubang kubor gak...)...ini ayat-ayat biasa...ini semua ayat org yg tiada ILMU..ni lah antara kerja kita uuntuk mengubah persepsi mereka-mereka yg berpemikiran KOLOT...
Kita buka nak mengejar kekayaan sahaja tetapi yg lebih utama kita sedang mengejar KEBEBASAN..FREEDOM!!!!!..ini yg utama aku nak bagitau...BEBAS dalam segala-galanya..
bebas berbelanja,bersama keluarga,menunaikan ibadat,bercuti dimana-mana..dlm negara,luar negara dan sebenarnya inilah intipati tujuan kita bersama bisnes ni...kebebasan juga bermaksud kita memiliki bukan saja aset tetapi wang simpanan yg banyak didlm bank...duit kita selamat dan takkan habis...beranak-ranak duit tu...so mari kita set pemikiran ke arah kebebasan yg dimiliki oleh golongan-golongan Jutawan..mereka ramai yg dah tak bekerja..usia muda dan tak perlu lagi bekerja..yg bekerja hanyalah duit-duit mereka...kita sekarang bekerja untuk mencari duit dan satu hari nanti duit pula akan bekerja untuk kita....
Tak payah di renongkan..JOM kita buat!!!

26 September, 2010

Realiti Kehidupan

26 Sept 2010,
Pagi-pagi lagi aku dah excited...Lps subuh siap2 apa yg patut untuk anak-anak..ambil sikit tanggungjawab sbg ibu..maklumlah isteri sedang berpantang..masa ni lah nak tunjuk skill..cincai-cincai masak nasi goreng untuk sarapan..10 minit beres...anak-anak cakap "boleh tahan gak ayah masak.."..aku jawab " biasalah..lps ni korang dah besar nanti jgn lupa masak untuk ayah yer.."
Pagi pukul 9.30 ada meeting di USJ Taipan mcm biasa..hari ni aku ter"awal" sampai ( 9.15 )...aku sorang-sorang je dok melangut tunggu dan tengok siapa yg sampai lepas aku sampai..dalam tu fikiran mula berkata " kan 9.30 pg meeting,apasal diorang x sampai lagi nih...betul ke hari ni ada meeting?..aku pun belek-belek h/phone tgk sms..mmg sah hari ni ada meeting..lps meeting open house rumah cdm kartini..
Dalam aku tunggu akhirnya ada seorang abg tu bagi salam..nampak mcm ramah orgnya..dia dtg dgn 3 org anak lelaki bersama isteri..anak pompuan yg sulong tak nak ikut..abg ni tinggal di Puchong..so dekatlah..mungkin sbb tu dia sampai awal..aku tanya dia " abg dah join akademi ke?..dia jawab " dah..tapi baru jer bulan lps..bulan puasa itu hari.."..pintu TTC 1 belum bukak lagi..aku nak pelawa dia dan keluarga naik atas pun,pintu tak bukak lagi..so aku ajak dia duduk kt kaki lima tu...berborak dgn dia..kisah chelsea kalah malam tadi..1-0 dgn manchester city..bengang je aku ngan Chelsea..kalau tak tengok game diorang bukan main dia belasah..bila aku tunggu game mlm tu, kalah lah pulak...*itu bukan isi penting..
*yg ni penting..perbualan aku dgn abg tu..
aku : "abg keje kt mana bang?"
abg: "abg keje sendiri jer..tolong-tolong kawan..dulu keje kilang,baru 3 tahun berenti..malas lah keje ada BOSS ni..buat sakit kepala..gaji pulak tak de la byk.."
aku: "anak ramai dah sekolah?"
abg: " 3 org..yg bongsu kecik lagi.."
aku: " abg join akademi ni untuk apa?"
abg: " tambah duit la..cuba-cuba mana tahu ada rezeki dalam nih.."
aku: "isteri abg keje ke?"
abg: "kejeeeee..(pjg dia jawab)..kalau tak keje sakit lah...itu pun tak banyak.."
aku: " dah lama kakak keje?"
abg: " 18 tahun.."
aku: "18 tahun ?!!!!.....( aku terperanjat )..dah ada pangkat apa bang?"
abg: "pangkat apa?..mcm tu gak dari dulu..(operator)
aku: "hebat bini abg..tapi tak pe lah bang..gaji mungkin sedap dah..( aku agak-agak lah kan,sbb keje dah lama..kalau naik Rm100 setahun,dah ada kenaikan Rm1000..)
abg: " Ceh!!..sedap apa?..Rm900 pun tak sampai..biasanya setahun gaji naik la Rm15..kekadang tak de langsung..kalau ok naik la Rm25 @ Rm 30..bayangkanlah...
aku: " ( tersentak jap )...bior betul bang ?"..
abg: " betulll...tu hah akak..pegi lah tanya.."
aku: " umur akak skrg brp?"
abg: " 37.."
aku: ( aku tolak campur..bini abg tu keje dari umur 19 tahun )..gaji basic sekarang baru Rm857..kalau O.T sekali pun brp la dia dpt..nak tanggung 4 org anak yg 3 dari nya dah bersekolah...
Ini lah realiti kehidupan...realiti satu keluarga yg pada aku mungkin bahgia tetapi susah dlm bentuk kewangan ( tapi apa yg bahgia kalau duit kurang )..hidup di tengah bandaraya yg memerlukan kos sara hidup yg tinggi..Adakah ini kes terpencil yg selalu kita jumpa?...sebenarnya masih ramai lagi orang yg perlu kita bantu dgn tunjuk peluang dlm perniagaan ini...Mcm kes abg ni,apa lagi perkara yg  boleh membantu untuk beliau dan keluarga berubah?..Hanya perniagaan MLM saja..berniaga yg lain membabitkan modal,ilmu dan komitmen yg sgt maksimum..dgn Akademi Taipan kita ada Strategi dan Forrmula untuk membantu disamping sokongan,bimbingan dan latihan yg berterusan..penutup bicara aku berkata kpd abg tadi " saya doakan abg akan berjaya pada satu hari nanti..teruskan buat demi masa depan anak-anak..kami(akademi)  akan sokong abg...insyaAllah.."
Tanpa aku sedar kunci TTC pun sudah dibuka..aku terus ajak abg tu naik..

23 September, 2010

Safira 23 Sept 2010

Jam 5.30 pagi baru sampai Shah Alam..Malam tadi ada meeting di Safira Club, Penang..bertolak ke Penang semalam lebih kurang pukul 5.00 ptg bersama CDM Kamarudin & CDM Che Mat..Sampai di Penang lebih kurang jam 8.30mlm dan kami singgah dulu di restoran Kassim Mustafa untuk "alas perut"..separuh perjalanan dari Shah Alam kami menempuh hujan..kadang-kala lebat bahaya untuk kenderaan ringan,jadi kami perlahan-lahan memandu S350 Mercedes Benz kepunyaan CDM Kamaruddin & CDM Kartini..( T.Kasih kpd mereka )..
Dalam perjalanan memang banyak perbualan & perbincangan mengenai perniagaan..situasi dahulu,situasi kini dan situasi akan datang banyak dibincangkan....
Selepas mengalas perut,kami terus ke Safira Club..seperti biasa CDM Fitri dan terpacak menanti tetamu yg hadir..memang Hebat..(walau di beritahu isteri beliau di tahan di wad)..Akademi Taipan amat berbangga dgn beliau yg sentiasa memberi komitmen untuk meeting disana..persediaan bilik meeting,persediaan P.A sistem,promote meeting semuanya atas komitmen beliau..Tahniah!!!
Tapi bilik meeting mlm ni berlainan sikit..bilik Beringin..besar sedikit dari bilik yg biasa-biasa kita guna setiap minggu..kehadiran???? Fulamak !!!! Dlm pengiraan aku mungkin 100 orang yg hadir termasuk mereka-mereka yg lama dah tak dtg..aura & semangat akan kembali meresapi setiap urat saraf mereka..PASTI!!! kehadirann org baru juga hampir 20 org..
MC bertugas yg mlm tu , DSM Zana Mat...asal dari JB,menetap di Baling,pernah menjual Nasi Lemak daun pisang setiap pagi sebelum bersama Akademi Taipan..tetapi sekarang sudah pandai mengacarakan majlis..1st time aku tengok beliau menjadi MC..rank aku dah jatuh...DSM Zana memang hebat..org yg betul-betul menjiwai perniagaan ini bersama suami ( sori aku lupa nama..Che'..)...satu perubahan yg sgt baik dan kini sudah memandu Honda Civic 2.0 Vi-Tec..alhamdullillah..
Kata-kata aluan mlm tu ,DSM Cikgu Din berhujah..Cikgu ni pun hebat..Jika diteliti setiap kata-kata beliau memang banyak terkena kpd btg hidung org yg hadir pada mlm tu.."keperluan kita memang mudah untuk kita penuhi,tetapi kehendak kita itu yg payah untuk kita kecapi"...fikir2kan lah..Tahniah!!! DSM Din & DDM Harza pasti meletop!!!..
Ice Breaking di jemput CDM Che Mat Razali mcm biasa..tak complete majlis kalau beliau tak berucap..banyak point-point yg boleh diguna pakai sebenarnya untuk kita berhadapan dgn prospek..cukup mantap!!!....peluang berniaga,peluang berjaya bersama Akademi Taipan terperinci dihuraikan beliau...tiru..tiru..apa yg org berjaya sedang buat...
Slot sharing sekali lagi aku dijemput untuk share..pandai diorang atur agenda..dlm kertas tu x de pun nama aku,tapi aku dipanggil..tapi aku dah agak dah...tak brp byk yg aku share..cuma citer perihal org negatif dan ego mcm aku boleh menjadi positif setelah dibimbing oleh Akademi Taipan...ini realiti.."kejayaan" adalah "kepuasan" apabila diri kita sendiri ada perubahan apatah lagi jika rakan-rakan yg kita bawa dlm berniaga ni turut success!!!!...am i right?????
Selesai meeting aku sempat berjumpa dgn rakan-rakan kongsi yg tak pernah aku jumpa..SM Habil,SM Firdaus,SM Syam(bekerja sbg warden penjara) dan seorg lagi..(maaf nama aku lupa)..dan prospek baru ( Azri )..aku present peluang ni kpd prospek baru ( kawan SM Habil ) ...dia TAKUT!!!..untuk beri komitment pada bis ni...dia nampak peluang ni tapi takut...bagi aku ini biasa..takut peringkat awal...Ini lah penting untuk kerja-kerja "FOLLOW-UP"..Lps ni kita tak tahu apa yg berlaku kan..Kita jgn negatif dgn org2 yg semacam ni..peluang nak kaya ni untuk semua org..kita cuma share shj..yg lain kita serahkan kpd Allah...so aku ngan dia jadi friendly...Program Aroma Terapi ni pasti dia dtg..
Selain dari tu dapat jumpa SSM Shidi seorg tentera dari Taiping..kereta baru@kereta Hari Raya "Nissan Grand Livina" beliau bawa..syukur..satu detik permulaan perubahan yg positif..Dapat juga berbual dgn DSM Ghaffor dan isteri..DSM Melati dan DSM Hafiz yg aku lihat sepanjang aku dtg ke Safira Club , mereka tetap hadir..begitu juga dgn rakan-rakan kongsi yg lain..mereka tetap bersemangat..TAHNIAH..!!!
Selepas sedikit perbualan dgn mereka aku,CDM Din,CDM C.Mat bertolak ke restoran Pelita untuk menikmati Nasi Darca...Sempat juga berbual panjang dgn CDM Abg Ali & DSM Che Mat Noh...Selepas kenyang kami pun beransur pulang..bertolak dari restoran pelita pada jam 1.15 pg...
Minggu depan aku pasti dtg lagi...

22 September, 2010

Bangganya AKU bersama Taipan 181...

Meeting pertama selepas cuti raya..aku dipelawa untuk jadi M.C oleh CDM Kartini..dia x brp sihat...Kehadiran alhamdullilah , masih ramai..masih ada insan-insan yg bersedia dijayakan..org2 baru juga memberansangkan..pada aku yg berdiri atas stage , dpt melihat wajah-wajah manusia yg sedang melihat,mengintai peluang yg kot-kot diorang berminat untuk buat...
Slide BOP kita upgrade lagi..Video lagu hai-o perjuangkanku juga baru...Memang aku buat untuk TAIPAN!!! Kejayaan , keunggulan Akademi Taipan 181 kita tonjolkan..Ice Breaking CDM Faridah  yg memperjelaskan..memang MANTAP!! Akademi Taipan adalah tempat untuk kita dilatih , dibimbing , dari tak pandai menjadi pandai - dari tak mahu menjadi mahu - dari insan biasa kepada insan yang luar biasa - dari statik menjadi dinamik - dari negatif menjadi positif ( contohnya - AKU )..
Kita kalau nak berjaya memang @ kompem kena bersama Akademi Taipan 181..Ilmu untuk kita gunapakai dlm berniaga ni mmg dah ada dlm Taipan..module , strategi dan formula semua dah disediakan..kita follow jer..kena rajin bukak mulut dan tanya..lps tu bila CDM cakap kena diam..tak kesah lah kita dah sertai mcm-mcm bisnes yg berbentuk mcm ni sebelum ni..mungkin dulu kita pernah pergi BOP yg lagi best..itu dulu !!!..bila masuk Akademi , kena ikut step balik..back to the basic..Akademi adalah tempat untuk mempelajari selok belok dalam bisnes ni..Akademi memberi jaminan sekiranya kita ikut apa yg ilmu diberi oleh CDM2 , insyaAllah kita akan berjaya sbb CDM2 adalah graduan-graduan yg BERJAYA!!! jika kita tak ikut apa orang berjaya cakap , apa sebab kita boleh berjaya? nak ikut cakap siapa ?
Jadi aku pesan kepada diri AKU & rakan-rakan semua , kita terus bersama Akademi Taipan..!!!! pasti beroleh kejayaan..BERJUMPA ANDA DIPUNCAK KEJAYAAN..!!!

15 September, 2010

Petua menjadi Jutawan

Tip-tip Bagaimana Menjadi Jutawan Daripada Al-Quran

Assalamu’alaikum …

Mahmud Ibn Labid r.a. pernah berkata, bahawa beliau mendengar Rasulullah bersabda, “Dua perkara yang tidak disenangi oleh anak Adam. Mati, padahal mati itu adalah lebih baik dari dugaan (kesesatan). Harta yang sedikit, padahal harta yang sedikit meringankan hisab. [1]
Namun sekiranya anda ingin juga menjadi seorang jutawan, Allah s.w.t telah berfirman di dalam surah An-Nuur ayat 37 hingga 38, “(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan solat serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan.”
“(Mereka mengerjakan semuanya itu) supaya Allah membalas mereka dengan sebaik-baik balasan bagi apa yang mereka kerjakan, dan menambahi mereka lagi dari limpah kurniaNya; dan sememangnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terhitung.”
Bermaksud, dengan mengingati Allah, mendirikan solat, memberi zakat dan sedekah, takutkan hari kiamat kerana akan diadili, seseorang itu akan mendapat limpah kurnia Allah dan pembalasan yang paling baik. Allah sesungguhnya satu-satunya sumber segala rezeki dan Dia akan menambahkan kurniaNya kepada hamba yang mempunyai ciri-ciri seperti di atas.
Kajilah Al-Quran dengan sebenarnya-benarnya, kerana tips untuk menjadi jutawan banyak terdapat di dalam Al-Quran. Terjemahan Al-Quran bermodalkan RM20 di pasaran. Menurut Abu Said r.a., Allah berfirman di dalam sebuah hadith qudsi, “Sesiapa yang disibukkan oleh Al-Quran daripada berzikir dan meminta kepadaKu, maka Aku akan memberikan kepadanya sesuatu yang lebih utama daripada diberikan kepada orang yang meminta kepadaKu” [2]
Sekiranya anda bukan berniat untuk menjadi jutawan, tetapi sekadar ingin hidup sederhana, beribadat kepada Allah. Serta dalam masa yang sama tidak mahu mempunyai bebanan hutang dan dikurniakan kecukupan dalam semua perkara, amalkan membaca Surah Al-Waqiah setiap malam. Menurut Ibnu Mas’ud, Rasulullah s.a.w telah bersabda, “Sesiapa yang membaca surah Al-Waqiah pada setiap malam, ia tidak akan ditimpa kemiskinan selama-lamanya.”[3]
Sekiranya anda sekarang berada di dalam keadaan terdesak, ditimpa kesusahan, memerlukan “fast-cash” untuk sesuatu perkara mustahak, maka ikutlah petua Rasulullah s.a.w. Di dalam sebuah hadith yang diriwayat oleh Huzaifah r.a., apabila Rasulullah s.a.w mengalami kesulitan, beliau akan segera mengerjakan solat.[4] Solat yang dimaksudkan adalah solat sunat. Ini adalah selaras dengan firman Allah di dalam surah Al-Baqarah ayat 45, “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”.
Di dalam riwayat lain diceritakan oleh Abdullah bin Salam r.a., ketika keluarga Rasulullah menghadapi sebarang kesempitan rezeki, beliau akan memerintahkan mereka mendirikan solat dan membaca ayat 132 surah Taha.[5]Firman Allah di dalam ayat berkenaan, “Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.
Kebanyakkan yang mengamalkan tip ini mendapat kemurahan rezeki yang luas dan “low profile”. Mereka tidak terburu-buru dan tergesa-gesa dalam mengejar kesenangan. Kebanyakkan mereka akhirnya menjadi komited dalam beribadat atau melakukan aktiviti dakwah. Mereka hanya melakukan sedikit pekerjaan dunia, namun kurnia yang diperolehi melebihi apa yang mereka kerjakan.
Wallahu’alam.Sekadar perkongsian...

07 September, 2010

Kenapa Perlu Berusaha Sedangkan Semuanya Telah Ditentukan?

Kenapa perlu susah-payah jika semuanya telah pun ditakdirkan? Kenapa harus kecewa sebelum bertemu gembira? 
Begitu juga para sahabat nabi, mereka pernah bertanyakan soalan yang hampir sama lebih 1400 tahun yang lalu.
Menurut Ali Abi Talib, pada suatu hari ketika para sahabat sedang menghadiri satu pengkebumian, Rasulullah datang dan duduk berhampiran. Para sahabat kemudian duduk mengelilinginya. Beliau menggenggam sebatang kayu kecil sambil menggores-gores tanah. Rasulullah kemudian bersabda, “Setiap daripada kamu yang diciptakan telah pun ditentukan neraka atau syurganya.” Bertanya salah seorang sahabat, “Kalau demikian, apa perlunya kita beramal ya Rasulullah?”
Mendengar sedemikan, Rasulullah bersabda lagi, “Beramallah, setiap orang akan dipermudahkan oleh Allah kepada jalan yang telah ditetapkan oleh-Nya.” Kemudian beliau membaca surah Al-Lail ayat 5 hingga 10” [1]
Di dalam surah Al-Lail ayat 5 hingga 10, Allah telah berfirman, “Adapun orang yang memberikan (menafkahkan hartanya) apa yang ada padanya ke jalan kebaikkan dan bertakwa (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala laranganNya). Dan dia mengakui dengan yakin akan perkara yang baik. Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesenangan (syurga). Sebaliknya orang yang bakhil (daripada berbuat kebaikkan) dan berasa cukup dengan kekayaan dan kemewahannya. Dan dia mendustakan perkara yang baik. Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesusahan dan kesengsaraan.
Begitulah penjelasan nabi ke atas pengertian takdir dan amalan manusia. Beliau tidak menyuruh para sahabat mempersoalkan ketentuan tuhan, sebaliknya menyuruh mereka memberi fokus kepada usaha dan amalan semata-mata.
Firman Allah di dalam Surah Al-Mulk ayat 2, “Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya;”
Hidup ini adalah untuk berusaha dan beramal, bukan untuk mempersoalkan takdir. Jangan ditanya, “kenapa perlu mencari rezeki yang telah pun ditentukan” sebaliknya tanyalah diri sendiri “apakah usaha yang telah dicurahkan di dalam perjalanan mencari rezeki tersebut.”
Wallahu’alam.

Soal Diri Dengan Soalan Positif....

Dalam sehari kita sering menyoal beribu-ribu soalan kepada diri kita, daripada soalan yang mudah-mudah hinggalah kepada soalan-soalan yang membentuk masa depan kita. Kita mungkin bertanya soalan-soalan mudah seperti hari ini nak pakai baju apa? Nak makan di mana? Nak keluar dengan siapa? Nak balik pukul berapa? Dan sebagainya. Soalan-soalan ini tidak menjejaskan kehidupan dan peribadi kita. Tetapi ada ketikanya kita menyoal diri dengan soalan-soalan yang boleh memberikan kesan terhadap hidup kita seperti, Nak pergi meeting Taipan buat apa? Nak belajar/ambil ilmu lama mana? Nak rebut peluang atau tidak? Nak kaya sangat buat apa? Nak kaya ke @ nak miskin ke semua urusan tuhan.. Dan sebagainya.

24 hours positive..
85 Jutawan Melayu Taipan 181!!


Orang berjaya menyoal diri dengan soalan-soalan yang boleh memajukan dirinya seperti:

- Apa hikmah disebalik ujian Allah ini?
- Apa lagi yang boleh aku buat untuk jadi lebih baik?
- Apa yang belum aku selesaikan lagi?
- Apakah setakat ini sahaja kemampuan diri yang dianugerahkan oleh Allah kepada aku?
- Apakah aku mahu menyerah hanya dengan kegagalan sementara ini?

Semua soalan ini menjadikan kita lebih positif terhadap apa yang berlaku. Soalan yang diajukan akan membina kekuatan dalaman kita. Semakin berkualiti soalan yang dibentuk semakin berkualitilah diri kita.

Perbezaan antara seorang insan dengan insan yang lain ialah soalan lazim yang secara konsisten terbit difikiran. Manusia lemah sering mengutuk dan memperkecilkan dirinya sendiri. Mereka mungkin berkata:

- Nak buat macam mana aku ni lemah.
- Engkau lain aku lain.
- Engkau bolehlah aku ni siapa.
- Dah memang nasib aku begini, terima ajer lah..
- Buat berkali-kali pun gagal juga baik tak payah..
- Dah tahu diri tu bodoh buat apa tunjuk pandai.

Soalan yang positif akan:

- Mengubah persepsi dan cara kita berfikir
- Mengubah fokus dan halatuju kita
- Memberikan sumber kekuatan baru kepada kita untuk bertindak

 

05 September, 2010

Melayu kena berusaha...

Fakta kajian keperluan isi rumah.
Sedang asyik membelek gambar- gambar di dalam lap top terjumpa artikel ni...berkenaan dgn satu kajian oleh seorg Profesor...terlintas untuk berkongsi dalam blog ni sbb aku bangsa "MELAYU"..hampir 10 kali aku membaca,memahami dan cuba merasai b'mana satu keluarga yg berpendapatan kurang daripada <@ >lebih sikit  daripada jumlah perbelanjaan yg minimum purata mereka yg duduk di bandar..
Realitinya kehidupan di desa juga sekarang tidak jauh bezanya..cuma kita terlepas pandang apa perbelanjaan yg kita telah buat..penggunaan elektrik,komputer,astro kini telah menjadi satu perkara yg biasa di desa-desa..lihat saja rumah kediaman pasti ada antena astro..minimum utk sewanya shj pun sudah hampir Rm50.."ON" saja astro tenaga elektrik juga digunakan..semuanya duitkan....itu satu contoh yg paling kecil saja aku ambil untuk kita berfikir...
Jika perbelanjaan minimum sekitar Rm2100 spt artikel kajiselidik ni,bermaksud ramai golongan yg berpendapatan kurang dari Rm2000 memiliki satu kehidupan yg terlalu sederhana..banyak kos-kos yg terpaksa di potong..aset-aset @ simpanan mungkin perkara yg ke seratus untuk difikirkan..untuk berlega-lega sedikit terpaksa buat "loan"..yg sebenarnya lagi menambahkan kos..cuma kita tak sedar dan kita tak mampu buat apa-apa lagi selain "loan"...
Sebenarnya ramai dari golongan ini yg sentiasa buat pinjaman dgn bank hanya untuk membeli aset supaya pembayaran tidak terlalu membebankan...aset-aset spt tv,peti ais,rice cooker,mesin basuh dan lain-lain terpaksa menggunakan pinjaman yg sebenarnya mempunyai interest @ caj kadar faedah yg sgt tinggi..semua ini berlaku kerana terpaksa...hidup dikota sekarang tidak seperti dulu..suami kerja isteri surirumah sepenuh masa..anak-anak terpaksa dihantar ke nursery...kebanyakkannya dua-dua pergi bekerja..untuk apa? DUIT!!!!!..baju nak kena mesin yg basuh..makan kadang-kadang di luar...inilah realitinya kehidupan..tu belum cerita bab-bab anak zaman sekarang dan belum bab-bab nak berhari raya ( baju raya,kasut raya,kuih raya,duit tol,minyak nak balik kampung,duit raya..)
Jadi dalam kehidupan dizaman yg sangat mencabar ini mari kita celikkan mata dgn seluas-luasnya..kita sebenarnya masih di garis kemiskinan..kita perlu buat sesuatu agar nasib keluarga,bangsa dan agama kita terjamin...kita perlu "BERNIAGA"...kita tak boleh makan gaji pada 4 @ 5 syarikat yg berlainan serentak...buat sesuatu hanya dgn "BERNIAGA"....berniaga yg semacam mana yg mudah untuk kita buat?...
Akademi Taipan 181 akan melatih dan membimbing anda sehingga anda berjaya menjadi kaya!!! KAYA DUNIA KAYA AKHIRAT...
*boleh print artikel di atas sebagai tools presentation-kita share dgn masyarakat di luar sana..niatkan yang kita ingin membantu mereka untuk berubah...

03 September, 2010

"A.T 181 Penang 2 Sept 2010"-DSM Zainuddin berkongsi..

Semalam jam 5.30 aku,CDM Kamaruddin,CDM Shahrina,CDM Wan Mahadzi dan CDM C.Mat bertolak dari bandar Kinrara menuju ke Safira Club untuk menikmati meeting di sana sebelum cuti aidilfitri..Dalam perjalanan kami singgah di RnR Sg Perak untuk berbuka puasa..Selepas meneruskan perjalanan,alhamdullilah lebih kurang jam 9.15mlm kami sampai di Safira..sperti biasa pasangan hebat CDM Fitri dan isteri DDM Ayu dah get ready...cukup hebat pemimpin ini..Tahniah!!
Meeting bermula jam 10.00...Mulanya seperti kurang sambutan tetapi akhirnya dewan penuh sesak seperti biasa..kehadiran CDM Abg Ali juga menambah keceriaan meeting ditambah pula dgn kehadiran ramai org2 baru yg ingin mengikuti "apa yg hebatnya Taipan 181?"...
Mlm tu M.C majlis ialah DSM,banyak menceriakan majlis..CDM Wan Mahadzi memberi kata-kata aluan , CDM C.Mat memberi Ice Breaking dan CDM Fitri memberi kata-kata penutup..Sharing usahawan pula kita telah memanggil SM yg berjaya berpangkat SM bulan pertama dibawah bimbingan DSM C.Mat Noh dan CDM Abg Ali..Tahniah!!! Juga DSM Shukri yg telah sepenuh masa bersama A.T 181...
Juga kehadiran DDM Harzawati dan pasangan DSM Zainuddin bersama rakan kongsi Mj Abil,Firdaus dan isteri,Zam dan seorang lagi telah memeriahkan lagi suasana..
Mlm ni aku bertuah krn dapat mendengar sharing dari DSM Din..Memang tepat sangkaan aku,beliau mempunyai potensi besar dlm perniagaan ini..masih bertugas sebagai pendidik byk ucapan beliau membuka minda kita sebagai org Melayu..Banyak disentuh tentang penjajahan dan kemerdekaan...dulu nenek moyang kita telah dijajah hampir 400 tahun dari zaman portugis hinggalah ke penjajahan oleh jepun..namun selepas kemerdekaan realitinya kita masih lagi dijajah tetapi dalam bentuk yg lain..penjajahan minda,ekonomi, dan sebagainya..


Untuk kita bebas dan menikmati makna kemerdekaan ini kita harus menguasai ekonomi..kita perlu kaya!!! kita patut tahu kenapa kita perlu kaya!!!..realitinya kita belum lagi merdeka di sebuah negara yg merdeka... Kita perlu kaya..!!! kita perlu berubah..!!! minda kita harus bebas...kewangan kita perlu bebas...barulah kita akan mengecapi apa nikmat itu kemerdekaan!! Alangkah malang andainya kita dibumi @ tanahair sendiri menjadi "pengemis"..kita lihat ramai sekali warga2 asing sedang mencari rezeki di bumi bertuah ini..mmg ramai yg kita perhatikan pendatang2 ini mencari rezeki walaupun dgn bekerja sbg buruh kasar..tetapi sedarkah kita bahawasanya mereka telah menjadi "Jutawan" di negara mereka dgn bekerja di tempat kita?....
Oleh itu marilah kita bangkit dgn semangat "Kemerdekaan"..Marilah kita mengusai Ekonomi dgn cara kita berniaga..A.T 181 sentiasa membuka pintu untuk melatih dan membimbing kita bangsa Melayu agar menjadi bangsa yg KAYA...!!! Amin..

02 September, 2010

Ketenangan Yang Pasti....kembara di Madinah

Salam....Tidak aku menyangka satu hari aku akan menjadi tetamuNYA...sebelum subuh aku dan rombongan sampai di bumi Madinah..masih di dalam bas dan kelihatan sinar lampu dari masjid Nabi ini sudah cukup membuatkan air mata aku mengalir dengan sendirinya...aku menadah tangan tanda syukur kehadratMU ya Allah yg menerima insan yg kerdil dan jahil ini untuk menjadi tetamuMU....syukur...
Pemandangan dari bilik hotel-Masjid Nabawi
Kejahilan diri yang tidak terbatas membuatkan aku terlalu insaf apabila berada di bumi para anbiya ini...kesempatan yang diberi ini aku telah dianugerahkan satu ketenangan yang pastinya tidak akan aku @ sesiapa sahaja ketemui dimana-mana..
Berada di dalam Masjid Nabawi membuatkan aku berasakan diri ini seolah-olah objek yang terlalu kecil sedang berada di tengah lautan yang luas....
Pemandangan yang sungguh indah.....
Kunjungan ke Raudhah sangat memilukan hati...tidak semena-mena air mata aku gugur berlinang mengenangkan segala dosa yang telah aku lakukan..di sini lah teringatnya aku pada dosa yang telah aku buat kepada Ibu dan Bapa aku...dan juga kepada orang lain..Subhanallah..
Suasana di Raudhah yang bersebelahan makam Nabi Muhammad s.a.w
Sesungguhnya pengalaman berada di bumi Madinah ini banyak menginsafkan aku..dan aku bersyukur kerana aku telah diterima menjadi tetamuNYA...ini semua adalah kehendakNYA..dalam pada itu aku berfikir pasti ramai lagi manusia yang berada di bumi Malaysia wajib menziarah ke tempat suci ini...tiada tempat yang indah lagi di dunia ini melainkan bumi para Anbiya ini...tiada tempat lagi di dunia ini yang memberi sejuta ketenangan melainkan di sini...percayalah walaupun panas terik menghentam tubuh badan namun kesejukan hati amat menusuk ke kalbu....
bersama sahabat-sahabat seperjuangan..
bersama sahabat di pintu no.9 (King Saud gate)
bergambar di luar perkarangan masjid..
Aku sentiasa berdoa agar aku dan sesiapa sahaja yang berkemahuan akan dipermudahkan oleh Allah s.w.t untuk dapat mengunjungi lagi bumi yang bertuah ini demi menggapai ketenangan yang sejati...amin...

01 September, 2010

Program Jom Dapat Duit Raya-Akademi Taipan 18

"Geng Penang Berbuka Puasa Di rumah"

Ramai dari jauh telah datang ke Mines..Antaranya dari Penang dan singgah dulu untuk berbuka puasa..
Berselera...(mereka datang dari Penang singgah sebentar untuk berbuka puasa..)

Tiada apa yang istemewa....tapi cukup berselera,,eemmhh

DDM Aza,DSM Din,Mj Abil dan rakan-rakan sampai juga ke rumah CDM Yan...
Terima Kasih kepada kalian semua yang sudi datang berbuka puasa di rumah kami..jika ada apa-apa program Taipan disini selepas ni boleh lah transit..rumah kami sentiasa terbuka  untuk kalian semua.....T.Kasih..



31 August, 2010

Tips untuk menjadi "kaya"..

Kerja keras, tidak sombong, nasib kunci jadi jutawan

SEBUT soal wang, siapa saja tidak tertunggu-tunggu jika diberi peluang menjadi lebih kaya. Mengapa tidak, kemakmuran dan kejayaan hidup selalu dikaitkan dengan kesenangan dan keselesaan yang diukur dalam bentuk Ringgit Malaysia (RM).

Faktor kesenangan dan keselesaan hidup inilah yang menjadi matlamat kebanyakan individu dalam meniti hari dan merancang kehidupan.

Namun, usah bermimpi di siang hari atau memasang angan-angan kosong. Kekayaan bukanlah sesuatu yang mudah diperoleh. Jika disingkap cerita individu yang diiktiraf sebagai manusia paling kaya di dunia, sebahagian besar daripada tokoh ini menempuhi perjalanan hidup yang sukar.

Sepanjang survival hidup itulah mereka merasai 'jatuh dan bangun' serta menempuh pelbagai dugaan dalam mencapai kejayaan.

Dalam berangan-angan menjadi kaya, mungkin ramai antara kita tercari-cari modul yang boleh dicontohi bagi meraih gelaran jutawan. Jika ada panduan atau rujukan, sekurang-kurangnya strategi boleh direncanakan bagi merealisasikan impian.



Tip jadi kaya.

1. Mereka yang kaya percaya mereka boleh menjadi kaya.

Jika anda ragu-ragu dengan kemampuan menjadi kaya, ambil mana-mana majalah perniagaan dan lihat laporan mengenai kejayaan yang dicapai ramai ahli perniagaan.

Jangan fikir anda tidak mempunyai bakat seperti mereka. Sebaliknya cari jalan bagaimana mendapatkan kemahiran itu. Percayalah, jika anda sendiri tidak yakin bahawa anda boleh menjadi kaya, anda tidak akan berpeluang merasainya.

2. Mereka yang kaya meluangkan masa dan tenaga untuk belajar mengenai wang.

Biarpun terlalu menginginkan wang mereka menokok. ramai yang tidak meluangkan masa belajar dan memahirkan diri mengenai kaedah menjana wang. Sedangkan orang kaya sering meluangkan masa dan berusaha 'melebatkan' wang.

3. Mereka yang kaya mendapatkan nasihat kewangan betul

Antara rahsia penting golongan hartawan ialah mereka tidak bergantung sepenuhnya kepada institusi kewangan untuk mendapatkan nasihat. Ini kerana kebanyakan daripada institusi terbabit hanya mahu menjual produk dan perkhidmatan yang menguntungkan mereka saja. Golongan kaya akan mendapatkan khidmat nasihat dari pihak profesional dan berkecuali dalam menguruskan kewangan mereka.

4. Mereka yang kaya bijak mengaplikasikan teknik menjana kekayaan

Untuk mengaplikasi teknik menjana kekayaan bukan mudah. Ia memerlukan perubahan tabiat, kebiasaan dan keselesaan yang tidak memberikan keuntungan. Jika ingin berjaya, anda mesti bersedia untuk mengubah amalan tidak produktif anda selama ini.

5. Mereka yang kaya tahu bahawa mereka ingin menjadi kaya.

Istilah 'kebebasan kewangan' sememangnya sukar untuk memotivasikan diri. Tapi bagi golongan kaya, mereka tahu bagaimana kebebasan kewangan memberi manfaat kepada mereka. Misalnya, peluang menghabiskan lebih masa bersama keluarga, melancong dan sebagainya. Pendek kata, mereka tahu mengapa mereka perlu menjadi kaya!!!

30 August, 2010

SUASANA POSITIF..

CDM Wan Mahadzi menyampaikan mesej yang sangat penting kepada rakan kongsi yang baru melibatkan diri dalam industri ini bersama AKADEMI TAIPAN 181..
Dalam industri ini, suasana adalah satu peranan @ elemen yg sangat penting..bermula dari sedikit ia akan mencipta satu suasana yg bersemangat,bermotivasi,berilmu dan menghairahkan..Sesiapa juga yg bersama dlm industri ini akan terlibat dengan meeting,seminar,roadshow dan pelbagai bentuk perjumpaan lagi yg akan memberi momentum dan keyakinan yg sangat tinggi dan meluap-luap..
Rakan kongsi yg hadir tekun mendengar dan mengambil ilmu yg disampaikan...Tahniah!!! Akademi Taipan mendoakan kejayaan anda..


Tidak jemu-jemu menimba ilmu..Pasti menjadi CDM suatu hari nanti...
Di Akademi Taipan "suasana berniaga" sentiasa diwujudkan untuk mereka yg hadir sentiasa mempunyai momentum dan keyakinan yg sangat tinggi.."Suasana" yg ada akan mewujudkan satu persekitaran berniaga yg positif..Kehadiran mereka dalam "suasana" ini adalah golongan manusia yg sentiasa berfikiran terbuka dan positif..Yang memiliki satu keyakinan bahawa kejayaaan dan impian yg dimiliki akan dicapai suatu hari nanti..
Cukup Positif!!!! Walau sudah bergelar CDM,CDM Shahrina tetap mengambil nota untuk menambah ilmu..kita wajib contohi sikap yang sebegini...
Oleh yang demikian,kita seharusnya bersyukur kerana berada disatu Akademi yang mempunyai komitmen yang sangat tinggi untuk membantu kita menggapai apa jua impian yg selama ini kita impikan..CDM-CDM yang ada di Akademi Taipan dulu asalnya juga adalah golongan yg biasa2 sahaja..didalam Akademi Taipan inilah yg menyebabkan mereka ini menjadi insan-insan yg kini sangat LUARBIASA....Terima Kasih Taipan 181...

27 August, 2010

Safira Club 25 ogos 2010--CDM C.Mat hebat!!

Penyampaian yg bersahaja,banyak input,seronok mendengar,banyak membuka minda..( mukadimah sblm memberi ice breaking )

CDM Mohd Razali @ C.Mat graaduan dari Akademi Taipan 181 yg sgt berjaya..Graduate sbg CDM hanya dlm tempoh 5 1/2 bulan hanya dgn part time shj..Kini sgt commit untuk membantu semua warga Taipan untuk berjaya..

Safira Club 25ogos 2010--CDM Fitri Hebat!!

CDM Fitri yang sentiasa commit dgn biznes...CDM Fitri bersama isteri adalah org yg sentiasa paling awal dtg sblm meeting bermula..Sentiasa melemparkan senyuman kepada siapa jua yang mengujungi Akademi Taipan 181..Sangat Hebat..Sangat Luar Biasa...Sangat Bersemangat..Satu Anugerah buat Taipan 181 Utara!!!

CDM Fitri bertindak sbg mc pada meeting mingguan...banyak membuka minda kepada mereka yg dah bersama perniagaan ini dan kepada mereka yg baru hadir bahawasanya "segala-galanya DUIT"...."sebagai manusia kita tak salah untuk berimpian menjadi JUTAWAN...bukan sekadar impian tetapi kita pergi mendapatkannya....GO FOR IT!!!..

Safira Club 25 ogos 2010


Kata-kata aluan dari CDM Hasmidar ( graduan dari Akademi Taipan Zon utara )


Berkongsi sedikit kisah kejayaan bersama Akademi Taipan 181..pernah terlibat bersama perniagaan ini lebih 5 tahun dengan konsep "menjual" dan bergelar graduan CDM selepas 3 tahun bersama Akademi Taipan 181..kini telah memandu dan bergaya dgn kereta idaman "BMW 5 series" setelah dibimbing sepenuhnya oleh Akademi Taipan 181.."saya boleh,anda pun boleh..kita semua pasti boleh!!.."..."bersama Akademi Taipan kita semua pasti boleh berjaya..insyaAllah!!"
















LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...