kutwo181.blogspot.com Headline Animator

22 September, 2010

Bangganya AKU bersama Taipan 181...

Meeting pertama selepas cuti raya..aku dipelawa untuk jadi M.C oleh CDM Kartini..dia x brp sihat...Kehadiran alhamdullilah , masih ramai..masih ada insan-insan yg bersedia dijayakan..org2 baru juga memberansangkan..pada aku yg berdiri atas stage , dpt melihat wajah-wajah manusia yg sedang melihat,mengintai peluang yg kot-kot diorang berminat untuk buat...
Slide BOP kita upgrade lagi..Video lagu hai-o perjuangkanku juga baru...Memang aku buat untuk TAIPAN!!! Kejayaan , keunggulan Akademi Taipan 181 kita tonjolkan..Ice Breaking CDM Faridah  yg memperjelaskan..memang MANTAP!! Akademi Taipan adalah tempat untuk kita dilatih , dibimbing , dari tak pandai menjadi pandai - dari tak mahu menjadi mahu - dari insan biasa kepada insan yang luar biasa - dari statik menjadi dinamik - dari negatif menjadi positif ( contohnya - AKU )..
Kita kalau nak berjaya memang @ kompem kena bersama Akademi Taipan 181..Ilmu untuk kita gunapakai dlm berniaga ni mmg dah ada dlm Taipan..module , strategi dan formula semua dah disediakan..kita follow jer..kena rajin bukak mulut dan tanya..lps tu bila CDM cakap kena diam..tak kesah lah kita dah sertai mcm-mcm bisnes yg berbentuk mcm ni sebelum ni..mungkin dulu kita pernah pergi BOP yg lagi best..itu dulu !!!..bila masuk Akademi , kena ikut step balik..back to the basic..Akademi adalah tempat untuk mempelajari selok belok dalam bisnes ni..Akademi memberi jaminan sekiranya kita ikut apa yg ilmu diberi oleh CDM2 , insyaAllah kita akan berjaya sbb CDM2 adalah graduan-graduan yg BERJAYA!!! jika kita tak ikut apa orang berjaya cakap , apa sebab kita boleh berjaya? nak ikut cakap siapa ?
Jadi aku pesan kepada diri AKU & rakan-rakan semua , kita terus bersama Akademi Taipan..!!!! pasti beroleh kejayaan..BERJUMPA ANDA DIPUNCAK KEJAYAAN..!!!

15 September, 2010

Petua menjadi Jutawan

Tip-tip Bagaimana Menjadi Jutawan Daripada Al-Quran

Assalamu’alaikum …

Mahmud Ibn Labid r.a. pernah berkata, bahawa beliau mendengar Rasulullah bersabda, “Dua perkara yang tidak disenangi oleh anak Adam. Mati, padahal mati itu adalah lebih baik dari dugaan (kesesatan). Harta yang sedikit, padahal harta yang sedikit meringankan hisab. [1]
Namun sekiranya anda ingin juga menjadi seorang jutawan, Allah s.w.t telah berfirman di dalam surah An-Nuur ayat 37 hingga 38, “(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan solat serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan.”
“(Mereka mengerjakan semuanya itu) supaya Allah membalas mereka dengan sebaik-baik balasan bagi apa yang mereka kerjakan, dan menambahi mereka lagi dari limpah kurniaNya; dan sememangnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terhitung.”
Bermaksud, dengan mengingati Allah, mendirikan solat, memberi zakat dan sedekah, takutkan hari kiamat kerana akan diadili, seseorang itu akan mendapat limpah kurnia Allah dan pembalasan yang paling baik. Allah sesungguhnya satu-satunya sumber segala rezeki dan Dia akan menambahkan kurniaNya kepada hamba yang mempunyai ciri-ciri seperti di atas.
Kajilah Al-Quran dengan sebenarnya-benarnya, kerana tips untuk menjadi jutawan banyak terdapat di dalam Al-Quran. Terjemahan Al-Quran bermodalkan RM20 di pasaran. Menurut Abu Said r.a., Allah berfirman di dalam sebuah hadith qudsi, “Sesiapa yang disibukkan oleh Al-Quran daripada berzikir dan meminta kepadaKu, maka Aku akan memberikan kepadanya sesuatu yang lebih utama daripada diberikan kepada orang yang meminta kepadaKu” [2]
Sekiranya anda bukan berniat untuk menjadi jutawan, tetapi sekadar ingin hidup sederhana, beribadat kepada Allah. Serta dalam masa yang sama tidak mahu mempunyai bebanan hutang dan dikurniakan kecukupan dalam semua perkara, amalkan membaca Surah Al-Waqiah setiap malam. Menurut Ibnu Mas’ud, Rasulullah s.a.w telah bersabda, “Sesiapa yang membaca surah Al-Waqiah pada setiap malam, ia tidak akan ditimpa kemiskinan selama-lamanya.”[3]
Sekiranya anda sekarang berada di dalam keadaan terdesak, ditimpa kesusahan, memerlukan “fast-cash” untuk sesuatu perkara mustahak, maka ikutlah petua Rasulullah s.a.w. Di dalam sebuah hadith yang diriwayat oleh Huzaifah r.a., apabila Rasulullah s.a.w mengalami kesulitan, beliau akan segera mengerjakan solat.[4] Solat yang dimaksudkan adalah solat sunat. Ini adalah selaras dengan firman Allah di dalam surah Al-Baqarah ayat 45, “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”.
Di dalam riwayat lain diceritakan oleh Abdullah bin Salam r.a., ketika keluarga Rasulullah menghadapi sebarang kesempitan rezeki, beliau akan memerintahkan mereka mendirikan solat dan membaca ayat 132 surah Taha.[5]Firman Allah di dalam ayat berkenaan, “Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.
Kebanyakkan yang mengamalkan tip ini mendapat kemurahan rezeki yang luas dan “low profile”. Mereka tidak terburu-buru dan tergesa-gesa dalam mengejar kesenangan. Kebanyakkan mereka akhirnya menjadi komited dalam beribadat atau melakukan aktiviti dakwah. Mereka hanya melakukan sedikit pekerjaan dunia, namun kurnia yang diperolehi melebihi apa yang mereka kerjakan.
Wallahu’alam.Sekadar perkongsian...

07 September, 2010

Kenapa Perlu Berusaha Sedangkan Semuanya Telah Ditentukan?

Kenapa perlu susah-payah jika semuanya telah pun ditakdirkan? Kenapa harus kecewa sebelum bertemu gembira? 
Begitu juga para sahabat nabi, mereka pernah bertanyakan soalan yang hampir sama lebih 1400 tahun yang lalu.
Menurut Ali Abi Talib, pada suatu hari ketika para sahabat sedang menghadiri satu pengkebumian, Rasulullah datang dan duduk berhampiran. Para sahabat kemudian duduk mengelilinginya. Beliau menggenggam sebatang kayu kecil sambil menggores-gores tanah. Rasulullah kemudian bersabda, “Setiap daripada kamu yang diciptakan telah pun ditentukan neraka atau syurganya.” Bertanya salah seorang sahabat, “Kalau demikian, apa perlunya kita beramal ya Rasulullah?”
Mendengar sedemikan, Rasulullah bersabda lagi, “Beramallah, setiap orang akan dipermudahkan oleh Allah kepada jalan yang telah ditetapkan oleh-Nya.” Kemudian beliau membaca surah Al-Lail ayat 5 hingga 10” [1]
Di dalam surah Al-Lail ayat 5 hingga 10, Allah telah berfirman, “Adapun orang yang memberikan (menafkahkan hartanya) apa yang ada padanya ke jalan kebaikkan dan bertakwa (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala laranganNya). Dan dia mengakui dengan yakin akan perkara yang baik. Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesenangan (syurga). Sebaliknya orang yang bakhil (daripada berbuat kebaikkan) dan berasa cukup dengan kekayaan dan kemewahannya. Dan dia mendustakan perkara yang baik. Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesusahan dan kesengsaraan.
Begitulah penjelasan nabi ke atas pengertian takdir dan amalan manusia. Beliau tidak menyuruh para sahabat mempersoalkan ketentuan tuhan, sebaliknya menyuruh mereka memberi fokus kepada usaha dan amalan semata-mata.
Firman Allah di dalam Surah Al-Mulk ayat 2, “Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya;”
Hidup ini adalah untuk berusaha dan beramal, bukan untuk mempersoalkan takdir. Jangan ditanya, “kenapa perlu mencari rezeki yang telah pun ditentukan” sebaliknya tanyalah diri sendiri “apakah usaha yang telah dicurahkan di dalam perjalanan mencari rezeki tersebut.”
Wallahu’alam.

Soal Diri Dengan Soalan Positif....

Dalam sehari kita sering menyoal beribu-ribu soalan kepada diri kita, daripada soalan yang mudah-mudah hinggalah kepada soalan-soalan yang membentuk masa depan kita. Kita mungkin bertanya soalan-soalan mudah seperti hari ini nak pakai baju apa? Nak makan di mana? Nak keluar dengan siapa? Nak balik pukul berapa? Dan sebagainya. Soalan-soalan ini tidak menjejaskan kehidupan dan peribadi kita. Tetapi ada ketikanya kita menyoal diri dengan soalan-soalan yang boleh memberikan kesan terhadap hidup kita seperti, Nak pergi meeting Taipan buat apa? Nak belajar/ambil ilmu lama mana? Nak rebut peluang atau tidak? Nak kaya sangat buat apa? Nak kaya ke @ nak miskin ke semua urusan tuhan.. Dan sebagainya.

24 hours positive..
85 Jutawan Melayu Taipan 181!!


Orang berjaya menyoal diri dengan soalan-soalan yang boleh memajukan dirinya seperti:

- Apa hikmah disebalik ujian Allah ini?
- Apa lagi yang boleh aku buat untuk jadi lebih baik?
- Apa yang belum aku selesaikan lagi?
- Apakah setakat ini sahaja kemampuan diri yang dianugerahkan oleh Allah kepada aku?
- Apakah aku mahu menyerah hanya dengan kegagalan sementara ini?

Semua soalan ini menjadikan kita lebih positif terhadap apa yang berlaku. Soalan yang diajukan akan membina kekuatan dalaman kita. Semakin berkualiti soalan yang dibentuk semakin berkualitilah diri kita.

Perbezaan antara seorang insan dengan insan yang lain ialah soalan lazim yang secara konsisten terbit difikiran. Manusia lemah sering mengutuk dan memperkecilkan dirinya sendiri. Mereka mungkin berkata:

- Nak buat macam mana aku ni lemah.
- Engkau lain aku lain.
- Engkau bolehlah aku ni siapa.
- Dah memang nasib aku begini, terima ajer lah..
- Buat berkali-kali pun gagal juga baik tak payah..
- Dah tahu diri tu bodoh buat apa tunjuk pandai.

Soalan yang positif akan:

- Mengubah persepsi dan cara kita berfikir
- Mengubah fokus dan halatuju kita
- Memberikan sumber kekuatan baru kepada kita untuk bertindak

 

05 September, 2010

Melayu kena berusaha...

Fakta kajian keperluan isi rumah.
Sedang asyik membelek gambar- gambar di dalam lap top terjumpa artikel ni...berkenaan dgn satu kajian oleh seorg Profesor...terlintas untuk berkongsi dalam blog ni sbb aku bangsa "MELAYU"..hampir 10 kali aku membaca,memahami dan cuba merasai b'mana satu keluarga yg berpendapatan kurang daripada <@ >lebih sikit  daripada jumlah perbelanjaan yg minimum purata mereka yg duduk di bandar..
Realitinya kehidupan di desa juga sekarang tidak jauh bezanya..cuma kita terlepas pandang apa perbelanjaan yg kita telah buat..penggunaan elektrik,komputer,astro kini telah menjadi satu perkara yg biasa di desa-desa..lihat saja rumah kediaman pasti ada antena astro..minimum utk sewanya shj pun sudah hampir Rm50.."ON" saja astro tenaga elektrik juga digunakan..semuanya duitkan....itu satu contoh yg paling kecil saja aku ambil untuk kita berfikir...
Jika perbelanjaan minimum sekitar Rm2100 spt artikel kajiselidik ni,bermaksud ramai golongan yg berpendapatan kurang dari Rm2000 memiliki satu kehidupan yg terlalu sederhana..banyak kos-kos yg terpaksa di potong..aset-aset @ simpanan mungkin perkara yg ke seratus untuk difikirkan..untuk berlega-lega sedikit terpaksa buat "loan"..yg sebenarnya lagi menambahkan kos..cuma kita tak sedar dan kita tak mampu buat apa-apa lagi selain "loan"...
Sebenarnya ramai dari golongan ini yg sentiasa buat pinjaman dgn bank hanya untuk membeli aset supaya pembayaran tidak terlalu membebankan...aset-aset spt tv,peti ais,rice cooker,mesin basuh dan lain-lain terpaksa menggunakan pinjaman yg sebenarnya mempunyai interest @ caj kadar faedah yg sgt tinggi..semua ini berlaku kerana terpaksa...hidup dikota sekarang tidak seperti dulu..suami kerja isteri surirumah sepenuh masa..anak-anak terpaksa dihantar ke nursery...kebanyakkannya dua-dua pergi bekerja..untuk apa? DUIT!!!!!..baju nak kena mesin yg basuh..makan kadang-kadang di luar...inilah realitinya kehidupan..tu belum cerita bab-bab anak zaman sekarang dan belum bab-bab nak berhari raya ( baju raya,kasut raya,kuih raya,duit tol,minyak nak balik kampung,duit raya..)
Jadi dalam kehidupan dizaman yg sangat mencabar ini mari kita celikkan mata dgn seluas-luasnya..kita sebenarnya masih di garis kemiskinan..kita perlu buat sesuatu agar nasib keluarga,bangsa dan agama kita terjamin...kita perlu "BERNIAGA"...kita tak boleh makan gaji pada 4 @ 5 syarikat yg berlainan serentak...buat sesuatu hanya dgn "BERNIAGA"....berniaga yg semacam mana yg mudah untuk kita buat?...
Akademi Taipan 181 akan melatih dan membimbing anda sehingga anda berjaya menjadi kaya!!! KAYA DUNIA KAYA AKHIRAT...
*boleh print artikel di atas sebagai tools presentation-kita share dgn masyarakat di luar sana..niatkan yang kita ingin membantu mereka untuk berubah...

03 September, 2010

"A.T 181 Penang 2 Sept 2010"-DSM Zainuddin berkongsi..

Semalam jam 5.30 aku,CDM Kamaruddin,CDM Shahrina,CDM Wan Mahadzi dan CDM C.Mat bertolak dari bandar Kinrara menuju ke Safira Club untuk menikmati meeting di sana sebelum cuti aidilfitri..Dalam perjalanan kami singgah di RnR Sg Perak untuk berbuka puasa..Selepas meneruskan perjalanan,alhamdullilah lebih kurang jam 9.15mlm kami sampai di Safira..sperti biasa pasangan hebat CDM Fitri dan isteri DDM Ayu dah get ready...cukup hebat pemimpin ini..Tahniah!!
Meeting bermula jam 10.00...Mulanya seperti kurang sambutan tetapi akhirnya dewan penuh sesak seperti biasa..kehadiran CDM Abg Ali juga menambah keceriaan meeting ditambah pula dgn kehadiran ramai org2 baru yg ingin mengikuti "apa yg hebatnya Taipan 181?"...
Mlm tu M.C majlis ialah DSM,banyak menceriakan majlis..CDM Wan Mahadzi memberi kata-kata aluan , CDM C.Mat memberi Ice Breaking dan CDM Fitri memberi kata-kata penutup..Sharing usahawan pula kita telah memanggil SM yg berjaya berpangkat SM bulan pertama dibawah bimbingan DSM C.Mat Noh dan CDM Abg Ali..Tahniah!!! Juga DSM Shukri yg telah sepenuh masa bersama A.T 181...
Juga kehadiran DDM Harzawati dan pasangan DSM Zainuddin bersama rakan kongsi Mj Abil,Firdaus dan isteri,Zam dan seorang lagi telah memeriahkan lagi suasana..
Mlm ni aku bertuah krn dapat mendengar sharing dari DSM Din..Memang tepat sangkaan aku,beliau mempunyai potensi besar dlm perniagaan ini..masih bertugas sebagai pendidik byk ucapan beliau membuka minda kita sebagai org Melayu..Banyak disentuh tentang penjajahan dan kemerdekaan...dulu nenek moyang kita telah dijajah hampir 400 tahun dari zaman portugis hinggalah ke penjajahan oleh jepun..namun selepas kemerdekaan realitinya kita masih lagi dijajah tetapi dalam bentuk yg lain..penjajahan minda,ekonomi, dan sebagainya..


Untuk kita bebas dan menikmati makna kemerdekaan ini kita harus menguasai ekonomi..kita perlu kaya!!! kita patut tahu kenapa kita perlu kaya!!!..realitinya kita belum lagi merdeka di sebuah negara yg merdeka... Kita perlu kaya..!!! kita perlu berubah..!!! minda kita harus bebas...kewangan kita perlu bebas...barulah kita akan mengecapi apa nikmat itu kemerdekaan!! Alangkah malang andainya kita dibumi @ tanahair sendiri menjadi "pengemis"..kita lihat ramai sekali warga2 asing sedang mencari rezeki di bumi bertuah ini..mmg ramai yg kita perhatikan pendatang2 ini mencari rezeki walaupun dgn bekerja sbg buruh kasar..tetapi sedarkah kita bahawasanya mereka telah menjadi "Jutawan" di negara mereka dgn bekerja di tempat kita?....
Oleh itu marilah kita bangkit dgn semangat "Kemerdekaan"..Marilah kita mengusai Ekonomi dgn cara kita berniaga..A.T 181 sentiasa membuka pintu untuk melatih dan membimbing kita bangsa Melayu agar menjadi bangsa yg KAYA...!!! Amin..

02 September, 2010

Ketenangan Yang Pasti....kembara di Madinah

Salam....Tidak aku menyangka satu hari aku akan menjadi tetamuNYA...sebelum subuh aku dan rombongan sampai di bumi Madinah..masih di dalam bas dan kelihatan sinar lampu dari masjid Nabi ini sudah cukup membuatkan air mata aku mengalir dengan sendirinya...aku menadah tangan tanda syukur kehadratMU ya Allah yg menerima insan yg kerdil dan jahil ini untuk menjadi tetamuMU....syukur...
Pemandangan dari bilik hotel-Masjid Nabawi
Kejahilan diri yang tidak terbatas membuatkan aku terlalu insaf apabila berada di bumi para anbiya ini...kesempatan yang diberi ini aku telah dianugerahkan satu ketenangan yang pastinya tidak akan aku @ sesiapa sahaja ketemui dimana-mana..
Berada di dalam Masjid Nabawi membuatkan aku berasakan diri ini seolah-olah objek yang terlalu kecil sedang berada di tengah lautan yang luas....
Pemandangan yang sungguh indah.....
Kunjungan ke Raudhah sangat memilukan hati...tidak semena-mena air mata aku gugur berlinang mengenangkan segala dosa yang telah aku lakukan..di sini lah teringatnya aku pada dosa yang telah aku buat kepada Ibu dan Bapa aku...dan juga kepada orang lain..Subhanallah..
Suasana di Raudhah yang bersebelahan makam Nabi Muhammad s.a.w
Sesungguhnya pengalaman berada di bumi Madinah ini banyak menginsafkan aku..dan aku bersyukur kerana aku telah diterima menjadi tetamuNYA...ini semua adalah kehendakNYA..dalam pada itu aku berfikir pasti ramai lagi manusia yang berada di bumi Malaysia wajib menziarah ke tempat suci ini...tiada tempat yang indah lagi di dunia ini melainkan bumi para Anbiya ini...tiada tempat lagi di dunia ini yang memberi sejuta ketenangan melainkan di sini...percayalah walaupun panas terik menghentam tubuh badan namun kesejukan hati amat menusuk ke kalbu....
bersama sahabat-sahabat seperjuangan..
bersama sahabat di pintu no.9 (King Saud gate)
bergambar di luar perkarangan masjid..
Aku sentiasa berdoa agar aku dan sesiapa sahaja yang berkemahuan akan dipermudahkan oleh Allah s.w.t untuk dapat mengunjungi lagi bumi yang bertuah ini demi menggapai ketenangan yang sejati...amin...

01 September, 2010

Program Jom Dapat Duit Raya-Akademi Taipan 18

"Geng Penang Berbuka Puasa Di rumah"

Ramai dari jauh telah datang ke Mines..Antaranya dari Penang dan singgah dulu untuk berbuka puasa..
Berselera...(mereka datang dari Penang singgah sebentar untuk berbuka puasa..)

Tiada apa yang istemewa....tapi cukup berselera,,eemmhh

DDM Aza,DSM Din,Mj Abil dan rakan-rakan sampai juga ke rumah CDM Yan...
Terima Kasih kepada kalian semua yang sudi datang berbuka puasa di rumah kami..jika ada apa-apa program Taipan disini selepas ni boleh lah transit..rumah kami sentiasa terbuka  untuk kalian semua.....T.Kasih..



31 August, 2010

Tips untuk menjadi "kaya"..

Kerja keras, tidak sombong, nasib kunci jadi jutawan

SEBUT soal wang, siapa saja tidak tertunggu-tunggu jika diberi peluang menjadi lebih kaya. Mengapa tidak, kemakmuran dan kejayaan hidup selalu dikaitkan dengan kesenangan dan keselesaan yang diukur dalam bentuk Ringgit Malaysia (RM).

Faktor kesenangan dan keselesaan hidup inilah yang menjadi matlamat kebanyakan individu dalam meniti hari dan merancang kehidupan.

Namun, usah bermimpi di siang hari atau memasang angan-angan kosong. Kekayaan bukanlah sesuatu yang mudah diperoleh. Jika disingkap cerita individu yang diiktiraf sebagai manusia paling kaya di dunia, sebahagian besar daripada tokoh ini menempuhi perjalanan hidup yang sukar.

Sepanjang survival hidup itulah mereka merasai 'jatuh dan bangun' serta menempuh pelbagai dugaan dalam mencapai kejayaan.

Dalam berangan-angan menjadi kaya, mungkin ramai antara kita tercari-cari modul yang boleh dicontohi bagi meraih gelaran jutawan. Jika ada panduan atau rujukan, sekurang-kurangnya strategi boleh direncanakan bagi merealisasikan impian.



Tip jadi kaya.

1. Mereka yang kaya percaya mereka boleh menjadi kaya.

Jika anda ragu-ragu dengan kemampuan menjadi kaya, ambil mana-mana majalah perniagaan dan lihat laporan mengenai kejayaan yang dicapai ramai ahli perniagaan.

Jangan fikir anda tidak mempunyai bakat seperti mereka. Sebaliknya cari jalan bagaimana mendapatkan kemahiran itu. Percayalah, jika anda sendiri tidak yakin bahawa anda boleh menjadi kaya, anda tidak akan berpeluang merasainya.

2. Mereka yang kaya meluangkan masa dan tenaga untuk belajar mengenai wang.

Biarpun terlalu menginginkan wang mereka menokok. ramai yang tidak meluangkan masa belajar dan memahirkan diri mengenai kaedah menjana wang. Sedangkan orang kaya sering meluangkan masa dan berusaha 'melebatkan' wang.

3. Mereka yang kaya mendapatkan nasihat kewangan betul

Antara rahsia penting golongan hartawan ialah mereka tidak bergantung sepenuhnya kepada institusi kewangan untuk mendapatkan nasihat. Ini kerana kebanyakan daripada institusi terbabit hanya mahu menjual produk dan perkhidmatan yang menguntungkan mereka saja. Golongan kaya akan mendapatkan khidmat nasihat dari pihak profesional dan berkecuali dalam menguruskan kewangan mereka.

4. Mereka yang kaya bijak mengaplikasikan teknik menjana kekayaan

Untuk mengaplikasi teknik menjana kekayaan bukan mudah. Ia memerlukan perubahan tabiat, kebiasaan dan keselesaan yang tidak memberikan keuntungan. Jika ingin berjaya, anda mesti bersedia untuk mengubah amalan tidak produktif anda selama ini.

5. Mereka yang kaya tahu bahawa mereka ingin menjadi kaya.

Istilah 'kebebasan kewangan' sememangnya sukar untuk memotivasikan diri. Tapi bagi golongan kaya, mereka tahu bagaimana kebebasan kewangan memberi manfaat kepada mereka. Misalnya, peluang menghabiskan lebih masa bersama keluarga, melancong dan sebagainya. Pendek kata, mereka tahu mengapa mereka perlu menjadi kaya!!!

30 August, 2010

SUASANA POSITIF..

CDM Wan Mahadzi menyampaikan mesej yang sangat penting kepada rakan kongsi yang baru melibatkan diri dalam industri ini bersama AKADEMI TAIPAN 181..
Dalam industri ini, suasana adalah satu peranan @ elemen yg sangat penting..bermula dari sedikit ia akan mencipta satu suasana yg bersemangat,bermotivasi,berilmu dan menghairahkan..Sesiapa juga yg bersama dlm industri ini akan terlibat dengan meeting,seminar,roadshow dan pelbagai bentuk perjumpaan lagi yg akan memberi momentum dan keyakinan yg sangat tinggi dan meluap-luap..
Rakan kongsi yg hadir tekun mendengar dan mengambil ilmu yg disampaikan...Tahniah!!! Akademi Taipan mendoakan kejayaan anda..


Tidak jemu-jemu menimba ilmu..Pasti menjadi CDM suatu hari nanti...
Di Akademi Taipan "suasana berniaga" sentiasa diwujudkan untuk mereka yg hadir sentiasa mempunyai momentum dan keyakinan yg sangat tinggi.."Suasana" yg ada akan mewujudkan satu persekitaran berniaga yg positif..Kehadiran mereka dalam "suasana" ini adalah golongan manusia yg sentiasa berfikiran terbuka dan positif..Yang memiliki satu keyakinan bahawa kejayaaan dan impian yg dimiliki akan dicapai suatu hari nanti..
Cukup Positif!!!! Walau sudah bergelar CDM,CDM Shahrina tetap mengambil nota untuk menambah ilmu..kita wajib contohi sikap yang sebegini...
Oleh yang demikian,kita seharusnya bersyukur kerana berada disatu Akademi yang mempunyai komitmen yang sangat tinggi untuk membantu kita menggapai apa jua impian yg selama ini kita impikan..CDM-CDM yang ada di Akademi Taipan dulu asalnya juga adalah golongan yg biasa2 sahaja..didalam Akademi Taipan inilah yg menyebabkan mereka ini menjadi insan-insan yg kini sangat LUARBIASA....Terima Kasih Taipan 181...

27 August, 2010

Safira Club 25 ogos 2010--CDM C.Mat hebat!!

Penyampaian yg bersahaja,banyak input,seronok mendengar,banyak membuka minda..( mukadimah sblm memberi ice breaking )

CDM Mohd Razali @ C.Mat graaduan dari Akademi Taipan 181 yg sgt berjaya..Graduate sbg CDM hanya dlm tempoh 5 1/2 bulan hanya dgn part time shj..Kini sgt commit untuk membantu semua warga Taipan untuk berjaya..

Safira Club 25ogos 2010--CDM Fitri Hebat!!

CDM Fitri yang sentiasa commit dgn biznes...CDM Fitri bersama isteri adalah org yg sentiasa paling awal dtg sblm meeting bermula..Sentiasa melemparkan senyuman kepada siapa jua yang mengujungi Akademi Taipan 181..Sangat Hebat..Sangat Luar Biasa...Sangat Bersemangat..Satu Anugerah buat Taipan 181 Utara!!!

CDM Fitri bertindak sbg mc pada meeting mingguan...banyak membuka minda kepada mereka yg dah bersama perniagaan ini dan kepada mereka yg baru hadir bahawasanya "segala-galanya DUIT"...."sebagai manusia kita tak salah untuk berimpian menjadi JUTAWAN...bukan sekadar impian tetapi kita pergi mendapatkannya....GO FOR IT!!!..

Safira Club 25 ogos 2010


Kata-kata aluan dari CDM Hasmidar ( graduan dari Akademi Taipan Zon utara )


Berkongsi sedikit kisah kejayaan bersama Akademi Taipan 181..pernah terlibat bersama perniagaan ini lebih 5 tahun dengan konsep "menjual" dan bergelar graduan CDM selepas 3 tahun bersama Akademi Taipan 181..kini telah memandu dan bergaya dgn kereta idaman "BMW 5 series" setelah dibimbing sepenuhnya oleh Akademi Taipan 181.."saya boleh,anda pun boleh..kita semua pasti boleh!!.."..."bersama Akademi Taipan kita semua pasti boleh berjaya..insyaAllah!!"
















24 August, 2010

Sharing..


Sharing dari seseorang yg hiba melihat Akademi Taipan 181 mempunyai komitmen yg sangat tinggi untuk membantu BANGSA MELAYU...

Aroma Terapi Minda Taipan 181 Part #2


"Up Line DiHargai-Downline Disayangi-Side Line Dihormati'...."bagaikan air dicincang tak akan putus".."bagaikan kuku dgn isi" antara kata-kata yg diluahkan oleh CDM Faridah...begitulah keakraban pemimpin-pemimpin di dalam Akademi Taipan 181 dari dulu,kini insyaAllah hingga ke akhirnya
Semua Pemimpin2 didalam Taipan pernah berasakan hubungan antara pemimpin melebihi dari hubungan adik beradik..ikatan yg tersimpul ini semakin lama semakin sukar utk dileraikan..."ibarat cubit peha kiri,peha kanan terasa"..
Kepada anda yg bersam perniagaan ini harus pandang penting hubungan sesama kita dalam perniagaan ini lebih2 lagi kita berada di dalam satu ukhwah yg sgt baik..setiap kejayaan anda yg baru adalah komitment cikgu2 dlm Akademi Taipan....
Berada dibwh satu Syrkt yg kukuh bersam perniagaan yg diangkat sbg satu Industri di abad ke-21 ini dan bersama satu wadah/kumpulan terunggul,berada di satu akademi/universiti yg akan membimbing kita semua kearah kejayaan...kita tak perlu sedikit pun risau utk memikirkan bila kita akan berjaya...krn Taipan tidak akan meninggalkan anda.....

23 August, 2010

Jom..jom...

Jom kita jumpa prospek hari ni tak kira pagi,tghari,ptg,mlm,subuh..ramai manusia di luar sana sedang mencari peluang..nak raya,nak pakai duit..Jadi kita yg sedang genggam peluang buat apa nak simpan dlm poket..Jom kita ramai-ramai hebahkan pasal peluang ni...Jom kita niatkan agar Aidilfitri kali ni semua org boleh bergumbira..bukan setakat adilfitri tahun ni,,aidilfitri bila2 pun kita boleh beraya seadanya..Harga gula,minyak dah naik..tak perasan ke harga kuih Tat Nenas pun dah mahal....Jgnkan Tat Nenas,kuih tempeyek pun dah naik harga..Jom-jom kita tunjukkan peluang ni...kongsi-kongsi...Jgn simpan nanti jadi pekasam berulat...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...